Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, February 8, 2014

Nak bunuh diri...

   Soalan dari seorang follower...

Kalau ikutkan hati, dah lama saya bunuh diri.Hidup pun tak guna.Biar apa yang saya buat, saya tetap susah.Tuhan tak pernah sayang pada saya.Kalau Tuhan sayang, tentu dia dengar doa saya.Ini tidak.Dari dulu asyik masalah jadi teman saya.Saya dah puas berubat di hospital, tapi doktor kata saya sihat sedangkan badan saya tak pernah sihat.Dah beratus bomoh saya jumpa.Macam-macam benda saya buat tapi saya tak bahagia juga.Agaknya mati pilihan terbaik untuk saya.Kakak nak beri nasihat tak?Apa patut saya pilih, racun atau tejun bangunan tinggi?

?
?
?
?
?
?
?
?

   Respon aku?

   Masya Allah!Istighfar dik!Mati bukan jalan penyelesaian.Allah sayang pada adik sebab itulah Allah beri ujian yang lebih dari hambanya yang lain.Syaitan yang hasut adik supaya bunuh diri tu.Cuba bertenang.Tarik nafas dalam-dalam.Mungkin Allah banyak beri ujian tapi bukankah banyak juga nikmat yang Allah beri selama adik hidup ni?Bersyukurlah.... Mati bukan jalan terbaik.Muhasabah diri.Dekatkan diri lebih pada Allah.Pasrah dan redha.Insya Allah, hati akan lebih tenang.

   Kalau adik betul-berul perlukan seseorang untuk nasihat, adik boleh ke hospital.Jumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatri.Ingat!Jumpa kaunselor atau pakar psikiatri bukan bermakna adik gila.Mungkin fikiran adik yang terganggu oleh itu kesannya seolah-olah fizikal adik yang sakit.Sebab tu doktor kata adik sihat.Tentang bomoh, bukan tak boleh usaha cuma jangan sampai jadi syirik kerana percayakan bomoh. Apa yang penting, jangan sesekali terfikir nak bunuh diri.Itu semua hanyalah hasutan syaitan.   Apapun, selalu ingat.Segala yang berlaku pada kita, ada hikmahnya.Sentiasalah bersyukur.Terima kasih kerana sudi bertanya pada akak.


0 comments:

Let's have a break!