Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, February 10, 2014

Panggil aku Lola.

   Aku perhatikan sekarang ni makin ramai pasangan ibu bapa muda yang ajar anak 'speaking'.Rasa macam high class gitu.Aku tak lah menyampah.Baguslah tu.Tapi, kalau boleh, ajarlah speaking omputih yang betul.Jangan syok sendiri.Bukan apa, susah sungguh aku nak betulkan lidah anak-anak murid aku yang terbiasa cakap omputih style ikut suka.Tapi, janganlah sampai lupa bahasa ibunda kita.Bahasa Melayu tu kan indah?

   Selain itu, aku tengok, ramai juga pasangan muda yang ajar anak-anak panggil tok nenek atau emak ayah saudara dengan panggilan macam omputih.Contohnya uncle, auntie, grandma dan grandpa.Janggal sangat bunyinya.Kalau orang Jawa, apalah salah ajar panggil wak ke, cik ke, nyai ke, yai ke, embah ke, bibik ke (bibik maknanya makcik tau.Bukan orang gaji).Ni macam malu je nak mengaku orang Jawa walau pun dah sah-sah nama sendiri pun punyalah pekat jawanya.Geli rasanya panggil yai iaitu atuk dengan grandpa walau pun nama atuk tu Samingan.Kan?Kalau macam tu, aku nak satu hari nanti cucu aku panggil aku LOLA.Macam mana?Kelas tak?


Siapa nak ikut Lola gi legoland?


   

0 comments:

Let's have a break!