Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, February 14, 2014

Warkah terbuka buat teman.teman.

   Aku frust.Bukan sebab putus cinta, tapi, aku frust sebab rekod aku jadi buruk sejak aku sakit.Kerja banyak tak siap.MC banyak.Nak jumpa orang pun aku tak de mood. Huhuhu!Nasib baiklah fikiran aku masih stabil kerana sedikit ilmu psikiatri yang aku miliki.Tak sia-sia pembacaan aku tentang ilmu psikiatri.Dulu, aku bercita-cita nak jadi pakar psikiatri tapi tak de rezeki.

   Oh ya!Di kesempatan ini, aku nak minta maaf pada teman-teman sekerja yang mungkin tak suka cara aku.Aku bukan tak suka berborak kosong,cerita hal keluarga, shopping atau bercuti.Tapi, aku jenis yang memang suka kerja.Mungkin silap aku kerana nampak seperti perfectionist.Apa pun yang aku buat, semuanya untuk kepuasan kerja ku sendiri.Aku tak pernah berniat menyusahkan orang lain supaya turut mengikut secara terpaksa apa juga yang aku mulakan.

   Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih atas sokongan teman-teman sekerja dan pihak majikan aku yang faham betapa selama aku 'bukan aku', dan aku sendiri tak mampu mengawal tindakan dan juga fikiranku.Maaf, andai keadaan aku yang demikian membuatkan banyak kerja yang terganggu.Sesungguhnya,tak pernah terlintas di hati untuk aku menyusahkan kalian.

     Apa pun, terima kasih Tuhan kerana membuka mataku antara teman intan dan kaca.Benarlah kata orang, teman bergembira sangat mudah dicari tapi teman berduka........   Akhir kata, bantu aku untuk jadi seperti aku yang dulu.

    

0 comments:

Let's have a break!