Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, April 4, 2014

Cucuk tang sana, cucuk tang sini.

   Maaf kerana aku lambat respon pada soalan tentang kesihatan aku.Bukan apa, kalau boleh tak nak ingat tentang sakit.Tapi, untuk mengelakkan cerita yang tidak-tidak, aku maklumkan di sini bahawa aku dah 90% sihat.Keputusan ujian darah belum keluar tapi badan rasa lebih sihat.Cuma demam selsema je beserta batuk dan sakit tekak.Oh ya!Adalah sikit ulser dalam mulut sebab cuaca dan koyak sikit di kiri kanan mulut.

   Aku ambik darah pada 25 Mac lepas.Mula-mula cucuk di 'pelipat' lengan kiri,Tapi nurse kata tak de urat timbul.Dicucuknya 2,3 minit cari urat.Dia cucuk perlahan je tapi sorong tarik, sorong tarik jarum tu, lebam jugalah kesannya.Adui!Kemudian cancel sebab jarum bengkok!Klai kedua, nurse cuba cucuk di tangan kanan, urat dekat dengan jari telunjuk.Pun sama.Sorong tarik, sorong tarik, hampeh.Aku dah jadi zombi ke tak de darah ni?Last choice tukar pulak jauh sikit di tangan yang sama.Barulah ada darah.Itu pun dalam juga kena cucuk.

   Lepas kena cucuk, aku demam 2 hari.Kebetulan kot sebab masa tu belum selsema.Last check up, doktor kata usus aku ok.Tak de tanda-tanda langsung sakit yang mengganggu aku selama ni.Alhamdulillah.... Tapi ubat masih tetap kena makan cuma kurang sikit dos.Dengan kata lain, siang tak payah makan ubat.Next check up, 8 April ni.Minta-minta semua ok dan aku dapat lepaskan diri dari ubat.Hari ni, tinggal luka di ibu jari belum sembuh sangat sampaikan hilang cap jari kiri aku.Seminggu dua lagi oklah harapan aku.

   Semasa aku sakit, anak-anak kelas 1 Luhur siap doakan aku supaya cepat sembuh dan boleh tidur dengan lena.Aku terharu sangat.Walau pun dia orang macam murai dan lipas kudung tak reti duduk diam, ingat juga dia orang nak doakan kesejahteraan aku.Sayang dia orang sangat-sangat.Mudah-mudahan, bila aku tambah sihat, makin aktiflah aku berblog.Dah lama dah hilang skill nak menulis....



Lepas sihat, aku kuat makan balik.Muka pun dah macam doraemon.

0 comments:

Let's have a break!