Thursday, April 10, 2014

Isu tudung Fareeda dan katak.

   Ramai yang dah tahu tentang isu menciplak dan serbuan tudung Fareeda baru-baru ini.Ada pro and con.Biasalah....Bagi aku yang tak pernah beli tudung Fareeda ni, aku taklah setuju 100% dengan serbuan tu.Tapi,aku faham perasaan tukang cipta asal rekaan tu kerana rekaan aku pun pernah diciplak.(Aku cerita di entry lain ye.Sebab aku curi-curi update blog sambil update VLE FROG yang tak berapa mesra dengan aku ni )

   Mungkin pihak Fareeda dah ajak berbincang dan bagi amaran kot.Tapi pihak yang menciplak tu buat dek je.Jadi, memang patutlah diserbu dan disaman.Soalnya bukan hak mencipta tudung yang dipertikaikan kerana nenek aku dulu pun bertudung.Tapi hak rekaan atau patern tudung tu.Maklumlah zaman dulu mana ada yang pakai tudung bertingkek-tingkek macam kek.Itu yang dikatakan menciplak tu.

   Dari sisi lain pulak, kalau tak ada tudung ciplak tu, tak de peluanglah bagi mereka yang terngin nak bertudung 'kek' tapi tak mampu.Biasalah, kita ni kan manusia.Orang bergaya cantik, kita pun nak bergaya cantik.Tudung Fareeda tu pulak harga macam bedil kata orang Teganu.Aku yang kerja dapat gaji tiap-tiap bulan ni pun fikir 100 kali nak buang duit beli tudung mahal-mahal.

   Kesimpulannya:Kita beli tudung yang kita mampu beli jelah.Lagi baik kalau kita boleh buat sendiri.Lagi pun kalau ikut pemerhatian aku, kebanyakan tudung yang konon cantik tu tak ikut cara bertudung sebenarnya kerana kebanyakannya pendek.Baik ikut cara pemakaian tudung makcik-makcik di kampung yang pakai tudung labuh.Barulah betul.Aku pun fikir nak bertudung labuh pulak selepas ni.Selain murah, selesa dan ikut arahan agama, ia dijamin takkkan dikira melanggar hak cipta.Jom!



Tudung Fareeda ciplak ni aku beli RM12 je di Batu 6, Kuala Terengganu.
Tudung Fareeda asli?Tak mampu nak beli.Baik aku beli novel Monalita Mansur!


  p/s: Kenapa tajuk ada katak? Ooo... Sebab ada kaitan dengan VLE FROG. Frog kan katak.

2 comments:

skuterlady.blogspot.my said...

betul tu... memang cantik tudung jenama tu. tapi... saya pun bila tengok harga... hmm... takpelah.. macam2 boleh ku beli dengan duit tu... ^_^

mahal sangatlah....

aksarafendi said...

keh3..mcm2 kan..sape suh jual mhal2, kan da kena ciplak

Post a Comment