Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, April 9, 2014

Kolesterol dan Luhur.

   Selasa : 8 April 2014, aku hadir ke Hospital Sultan Ismail seperti yang dijadualkan.Selepas mendaftar, perkara pertama yang aku dapat adalah laporan ujian darah yang telah aku jalani pada 25 Mac.Keseluruhan doktor kata aku sihat.Masalah cuma kolesterol tinggi dan buah pinggang tak cukup air.Tak pelik sebab aku memang kuat makan makanan kolesterol tinggi dan kurang minum air.Doktor pun bagi senarai makanan yang aku boleh makan dan tidak.Alamak!Daging merah langsung tak boleh.Kulit ayam pun tak boleh.Bulan depan kalau masih tak ok, aku kena refer ke Klinik Diet pulak.Tak sanggup den.

   Tentang yang lain, alhamdulillah...Yang ajaib, doktor kata, usus aku langsung tak ada masalah.Sedangkan selama aku sakit, usus tulah doktor kata yang paling banyak masalah.Oleh kerana aku dah sihat, mulai hari Isnin lepas,iaitu 7 April, aku dah mula bertugas di sesi pagi semula.Kesian pulak pada anak-anak aku di sesi petang.Ada yang menangis.Ada yang merajuk.Semasa aku sakit hari tu dia oranglah yang paling ambil berat.Tapi apa nak buat, aku diperlukan untuk mengajar ting 5.Hari akhir dengan anak-anak sesi petang, iaitu kelas 1 Luhur, sempatlah aku ambil gambar ramai-ramai sebagai kenang-kenangan.





Kalau teacher ada masa, nanti teacher buat something something untuk anak-anak ye.
Love you, too 1 LUHUR.


  

Let's have a break!