Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, April 4, 2014

Resipi sinigang na bangus...Sedapnya!

   Tajuk nampak pelik, tapi sebenarnya masak kampung biasa je.Sinigang tu lebih kurang masak singgang je.Hehehe!Masakan paling ringkas, cepat, murah dan berkhasiat.Aku tengok dalam cerita Filipina tu dia orang panggil sinigang.Tu yang aku letak tajuk sinigang tu.Resipi ni, mudah sangat.Selain cepat dimasak, ia juga sangat menyegarkan.Sesuai untuk hidangan tengah hari di musim panas macam sekarang ni.Bagi yang tak biasa, masak singgang atau sinigang ni ada banyak variasi.Di Terengganu, resipinya lain sedikit dengan di Johor.Jadi, kita trylah mana yang sesuai atai tambah je lah apa yang patut.

   Yang ni resipi aku :

Seekor ikan belanak / tamuk agak-agak besar tangan budak ( Kalau biasa tengok Qhaliff anak Ben Ashaari , lagi senang nak agak.Hehehe) Kalau tak de ikan tamuk / belanak, ikan siakap pun sodap.Jangan guna ikan kering sudah le.Ikan susu dan terubuk pun ok.

Bawang besar sebiji.Agak-agaklah saiz tu.Kalau suka banyak, letak 2 biji pun boleh.
Halia setengah inci.Sesiapa yang banyak angin, boleh je letak lebih.Jangan letak minyak angin sudah.

Kunyit hidup sikit.Agak-agak 1 cm cukup le.

Sedikit air asam jawa yang pekat.Kalau suka masam, boleh je letak lebih.Kalau nak ubah, guna air limau nipis, lemon atau guna belimbing buluh pun boleh.Jangan letak belimbing bintang tau.Yang tu tak masam.

Lada besar, sebiji merah, sebiji hijau.Nak bagi naik seri.Kalau suka letak bendi atau tomato.

Garam, perasa kalau suka.

Cara-caranya :

1.Siang ikan bersih-bersih.Nak potong boleh, nak biar seekor tergolek pun boleh.
2.Hiris bawang, halia dan kunyit.Lada cuma belah 2 je.
3.Masukkan ikan dalam periuk yang cantik.(Kalau periuk tak cantik, resipi tak jadi.Hehehehe!)
4.Letak air agak-agak cukup nak menghirup.
5.Masukkan semua bahan dihiris, bendi, tomato ,air asam, garam dan perasa.
6.Biar setengah mendidih baru masukkan lada yang dibelah dua.Nak letak awal boleh je tapi aku tak suka lada dah lembik.Tak sedap.
7.Biar mendidih agak-agak ikan dah cukup masak baru matikan api.
8.Bolehlah dihidang dan makan dengan nasi panas-panas.
9.Untuk lebih sedap, jangan lupa kicap ( bagi yang suka kicap) atau budu.Ala.... cencaluk pun boleh.

Selamat makan!


Sinigang na bangus, sepupu masak singgang dari Filipina.Yang ni guna ikan susu.

Silalah cuba.



0 comments:

Let's have a break!