Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, May 5, 2014

Cara halang belalang makan tanaman.

   Aku baru je rasa seronok sebab pokok-pokok bunga yang aku tanam, bukan main sihat.Tiap-tiap hari aku belai, aku peluk aku cium.Lebih-lebih lagi pokok bunga ros aku.Ada 15 kuntum yang sedang kembang dan entah berapa entah yang masih kudup.Tapi, petang tadi, aku perasan ada daun yang berlubang.Belek punya belek, barulah aku perasan, ada belalng kecik dok baik punya berjoget-joget lagu joget Pahang, sambil kunyah daun bunga ros aku.Hampeh betul!

   Aku cuba tangkap.Aku tak kejam tau cuma terpaksa.Siapa suruh Cek Lang tu makan pokok kesayangan aku?Tapi, penat aku cuba, tak dapat-dapat nak tangkap.Agak-agak, adalah dalam 5,6 ekor.Yang menari zapin pun ada aku tengok.Tu tak campur yang bertango!Bertuah punya belalang!Kucing aku si Chika dan Kasmir pun cuba nak tangkap tapi Cek Lang anak beranak tu, jadi akrobat pulak.Akhirnya langsung tak dapat nak tangkap.Ada tak sesiapa tahu cara nak halang Cek Lang anak beranak tu serang pokok bunga ros aku?


Inilah ghupe Cek Lang tu.

2 comments:

sud@is said...

Saya menghadapi masalah sama juga serangn belalang...
tengok tajuk ingatkan ada cara menghalang disini....

Akhirnya sy sembur fumakila H20

grOundnUt said...

OoOO...gitu kisahnye...

Let's have a break!