Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, May 6, 2014

Cara halang kucing memerut ikut suka.

   Sesiapa yang memelihara kucing kampung dan tinggal di kawasan kampung atau ala-ala kampung, tentu naik angin bila kucing yang kita sayang memerut ikut suka.Pantang nampak kawasan berpasir.Hatta atas rumput pun dia memerut.Pada hal kita dah sediakan baik punya tempat plus selesa untuk dia orang melepas hajat.Geram, kan?Segan pada jiran sebelah sebab tentu haruman yang terhasil terhidu juga oleh mereka.Betul tak?

  Masalah yang sama juga sedang aku hadapi.Silap aku juga.Manjakan sangat budak-budak tu.Sampai langsung tak takut.Malah pantang nampak muka aku atau kakak-kakak dia orang yang berdua tu, mesti budak-budak tu mengiau sikit punya manja.Sampaikan dua, tiga hari lepas, aku berdiri cuci pinggan, si Kasmir melompat atas badan aku nak naik atas bahu.Bertuah betul! Sampaikan luka pinggang aku dicengkam dek Kasmir! Aku nak marah pun tak sampai hati bila tengok muka manja dia.Aduh!

   Balik pada tajuk di atas, sedang aku pening fikirkan nak halang anak-anak berekor aku memerut ikut suka, anak aku yang sulung dapat idea untuk guna cuka.Caranya, curahkan cuka di mana-mana tempat yang kita nak halang makhluk-makhluk berbulu lembut tu memerut.Lepas aku cuba, alhamdulillah... Berkesanlah!Nampaknya kenalah aku beli cuka banyak-banyak sebab kawasan luar rumah aku ni luas.Mudah-mudahan, anak-anak manja aku tu, akan hanya memerut di kawasan yang ditetapkan.

   




1 comments:

@Fr!^n@ said...

cuka kalau letak kat tempat die memancut selalu tak jalan..mungkin sebab bau same.. tajam..hahaha
tapi untuk memerot belum cuba... akan cuba.. sian rumput orang sebelah dah kuning dikerjakan oleh tentera berpandu 3 ekor.. hhihi

tq...mahu cuba

Let's have a break!