Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, May 25, 2014

Datuk Lee Chong Wei sujud syukur?

   Tika dan saat ini, tentu rakyat Malaysia sedang berdebar menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun dari India.Aku pun.Berdebar jantung jangan katalah.Walau pun beregu pertama kita tewas, tetapi tewas sikit sangat.Setakat jam 8.00 malam waktu Malaysia, kedudukan masih 1 sama.Mudah-mudahan kita takkan kempunan membawa pulang Piala Thomas malam ni.Sama-samalah kita berdoa ye.

   Cuma yang menariknya sebaik saja sah Datuk Lee Chong Wei menang perlawanan pertama, dia terus membuat aksi seolah-olah sujud syukur seperti orang Islam dan kemudian mencium gelanggang.Aku teringin nak tau.Dalam konteks agama lain terutama Kristian atau Buddha, ada tak aksi begitu sebagai tanda kejayaan atau syukur?Tapi jangan jadikan isu pulak ye.Aku saja nak tau je.


Badminton-lee chong wei.jpg

Sumber gambar dan biodata Datuk Lee Chong Wei di sini.

Ok.Kita sambung menonton Piala Thomas.

1 comments:

ewanthology said...

takde issue...dia bleh buat apa saja kat gelanggang tu.

Let's have a break!