Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, August 3, 2014

Semoga......

    Syukur Alhamdulillah.....Dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bertemu lagi di ruang siber.Terima kasih kepada yang masih sudi singgah meskipun entry terakhir bertarikh 26 Jun lalu.Dengan kata lain, sejak mula berblogging, inilah kali pertama aku tak update blog buat masa yang lama.Bukan aku merajuk, cuma kekangan masa dan kesihatan.Apa pun aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan minat dalam dunia blogging.

   Sejak kali terakhir aku update, bermacam-macam kejadian menimpa aku, kawan-kawan, saudara-mara, teman-teman blogger dan negara kita tercinta.Aku masih lagi terkesan dengan tertembaknya MH17 di ruang udara Donetsk, timur Ukraine.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Aku sedih tapi pihak keluarga berlebih-lebih lagi kesedihan mereka.Mudah-mudahan, mereka diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari muka.

   Kes kehilangan MH370 masih lagi belum terungkai.Hanya Allah yang mengetahui.Kalau aku punya kuasa, telah lama aku bantu mencarinya namun apakan daya aku hanyalah insan biasa yang lemah.Hingga saat ini, sekiranya ada kapal terbang yang terbang rendah, aku tetap terbayang, alangkah bagusnya andai kata kapal itulah MH370.Tiada yang mustahil bagiku dengan kuasa Allah Yang Maha Esa.

   Buat masa ini, krisis di GAZA masih lagi berterusan.Tak sanggup aku melihat mayat-mayat mereka yang tidak berdosa bergelimpangan berlumuran darah.Anak-anak kecil dibunuh seperti tiada harga.Ibu-ibu kehilangan suami dan anak-anak menjadi yatim piatu serta-merta.Alangkah bersyukurnya aku di bumi Malaysia kerana yang berdentum hanyalah meriam atau mercun tanda meriahnya sambutan Hari Raya.

   Cubaan yang aku terima tiada tandingnya jika dibandingkan dengan sakit dideritai saudara Mazidul Akmal, seorang blogger lantang dan petugas TV3 yang seringkali aku tunggu buah tangannya di kaca.Sesungguhnya cukup besar cubaan Allah s.w.t buatnya.Aku hanya mampu berdoa moga-moga saudaraku itu segera sembuh dan dapat berkongsi maklumat kembali di TV3.

     Pemergian Biduanita Negara Syarifah Aini juga menyentuh kalbuku.Ternyata begitu besar kasih Allah padanya maka diambil nyawanya pada bulan Ramadan yang mulia.Tiada lagi merdu suara bak buluh perindu yang sangat aku kagumi.Yang tinggal hanyalah kenangan manis seorang wanita bergelar ummi yang berjaya melahirkan seorang tahfiz sedangkan aku pun tak mampu.

   Betapa besar kuasa Allah dan hanya Dia yang maha mengetahui segalanya sama ada yang di langit atau yang di bumi.Aku sebagai makhluknya yang lemah hanya mampu berdoa mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa kecil dengan kurniaan sakit yang aku alami baru-baru ini.Doaku moga-moga aku akan terus diberi kekuatan untuk menghadapi apa juga cubaan yang mendatang.


Semoga aku diberi kekuatan untuk terus mendidik anak-anak bangsa 
sebaik anak muridku ISKANDAR

0 comments:

Let's have a break!