Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, September 22, 2014

Cantiknya Tasik Biru dan merpati tak boleh terbang.

   Tak sangka!Rupa-rupanya wujud tasik yang amat cantik di Seri Alam!Selama berpuluh tahun tinggal di Pasir Gudang, baru sebulan dua ni aku tahu kewujudan tasik ni.Dengan airnya yang biru dan pemandangan yang indah, seolah-olah aku berada di alam fantasi.Aduhai!Indah sungguh ciptaan Allah yang maha esa.

   Tetapi, bukan mudah nak ke tasik Biru.Kalau setakat bawa kereta, pusing-pusing Seri Alam Bandar Ilmu ni, takkan jumpa punyalah.Ada tak de pun jumpa TESCO Seri Alam je tempat aku selalu beli bunga ros untuk taman aku.Jadi, langkah pertama kenalah tanya mereka yang tahu.Jadi, pada hari yang ditetapkan, aku pun dengan yakin, ajak bekas anak murid aku untuk tunjukkan jalan.Kebetulan, dia belajar di UiTM Pasir Gudang berhampiran tasik Biru.

   Rupa-rupanya, anak murid aku si genius tu pun tak pasti arah yang tepat.Jadi, terpaksalah kami bertanya pada pak guard di Sekolah Seni berdekatan.Kata pakcik tu, carilah palang dan signboard dilarang masuk.Ah!Sudah!Biar betul?Kawasan larangan ke?Fikir punya fikir kami ambil keputusan untuk pergi juga.Sekejap pun jadilah.Mula-mula, kami nampak ni......


   Memang betullah.Ini kawasan larangan!Ah!Aku nak tengok juga tasik Biru tu.Kami pun parking kereta di tepi jalan dan segera ke arah yang dimaksudkan.Main agak-agak je kerana langsung tiada tanda arah.Kawasan kuari rupanya.Biar betul ada tasik cantik di situ!


   Aku sangka terletak di tepi jalan je, jadi aku tak standby pakai pakaian yang sesuai.Dengan baju kurung dan beg tangan ala-ala nak ke sekolah, dengan high heel pulak tu, bunyi macam impossible je nak mendaki.Tapi, aku mendaki juga!Tak kira!Nak juga tengok tasik Biru.


   Penat tau aku mendaki!Nampak tak batu-batu tu!Silap-silap hari bulan, masuk Metro aku esok sebab jadi arwah jatuh mendaki.Hish!Nauzubillah....Tapi, azam mesti kuat.Aku nak jugak tengok tasik Biru.


   Fuyo!!!Dah mula nampak dah tasik Biru idaman hatiku.Masya Allah!Indahnya ciptaan Allah.Patutlah ramai sangat budak-budak cerita pasal tasik ni.Rupa-rupa ia umpama berlian yang terlindung.


   Oleh kerana kawasan ni kawasan larangan, dan risiko perlu ku tanggung sendiri, maka, aku tak boleh lama-lama.Posing mana yang patut, snap sana, snap sini dan yang paling penting dapat angle menarik.Cuaca masa tu taklah terlampau panas.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa... Mmmm....  Nyaman sungguh!


   Oklah.Aku kongsikan gambar tasik Biru yang memukau.Setuju tak?Angguk-angguk tanda setujulah tu ye tapi aku tak galakkkan datang kerana ia kawasan larangan.Jangan lupa tu!


   Yang nampak macam jalan tanah merah tu sebenarnya jalan untuk pekerja kuari.Bayangkan kalau tasik ni ditimbus.Sayangkan?Harap-harap, adalah usaha untuk memajukannya sebagai daya tarikan di Seri Alam.


   Posing dulu.Hati-hati, di belakang tu jurang.Walau pun tasik ni indah, tapi ia umpama perangkap maut dengan kedudukan kami nun di atas bukit.Bukan di tebing tasik.Cuba bayangkan kalau jatuh.


   Semasa gambar diambil, macam tak biru sangat tapi dalam gambar, birunya.......Cantik!!!!!


    Tasik ni memang cantik tapi janganlah disalah gunakan untuk memadu asmara menambah saham tak baik untuk ke neraka pulak.Memanglah 'tak buat apa-apa' tapi duduk berdua-duaan tanpa nikah tu 'buat apa-apalah' tu.Hiii!!!Aku sekeh juga kang budak tak cukup umur berdua ni.Oklah.Sila abaikan gambar dan perenggan terakhir ni ye.Sila nikmati pemandangan cantik tasik Biru tu je.

p/s:Sila belek di celah-celah daun di gambar terakhir tu.Nampak tak 'merpati dua ekor' tak boleh terbang dok bertenggek atas batu tu?Tapi batu dalam gambar tak nampak.'Merpati mabuk cinta' tu kalau jatuh ke bawah dengan ketinggian lebih 10 meter tu, agak mustahil untuk terus bernafas.


4 comments:

monalita mansor said...

Ya Allah semoga merpati tak boleh terbang itu diberikan rahmat taufik dan hidayah.

Masya-Allah, begitu cantik panorama lukisan Allah. Tapi cantiknya dijaga dengan jurang bahaya.

wati5862@yahoo.com said...

akak nampak nasi lemak udang di celah2 daun tu...daun simpo

tiga lalat said...

Salam. Hee belakang rumah saya saja dan pernah saya paparkan tasik biru ini dalam majalah photography:

http://3lalat.blogspot.com/2014/09/dunia-kamera-edisi-terakhir.html

tiga lalat said...

Salam. Hee tasik belakang rumah saya saja ini.

Let's have a break!