Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, September 6, 2014

Day 6 : Apa aku makan hari ni #Cabaran30Hari

    Hari ni hari ke 6 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari.Seronok juga dah lama tak join segmen ni.Untuk cabaran hari ni, senang je.Aku kena cerita tentang apa aku makan hari ni. (Up date biasa kalau tak de idea ni )Hehehe!

   Oklah.Memenuhi #cabaran3ohari #kelabbloggerbenashaari, aku dengan rela hati sudi berkongsi menu makanan aku hari ni.Mula-mula, sarapan pagi:Air kosong segelas dan limau sebiji.Jaga badan..... Minum pukul 11 pagi, aku minum air teh o kurang manis. Lunch pulak, emmmm.....apa ye aku makan hari ni?Errrr.... Oh ya.Lunh aku, air kosong dengan setitik pemanis ****.Walau pun setitik je, manisnya bukan main.Menu orang nak diet kononnya.

   Untuk minum petang, berat sikit iaitu 2 biji kuih epok-epok keledek @ karipap keledek saiz sederhana.Yang penting kulit karipap ni tak jarang ye.Cukup gemuk untuk beri aku tenaga.Hehehe.Tak lupa juga sepotong pisang goreng yang aku dah 'lap' minyaknya.Maklumlah, pisang goreng banyak minyak.Pisang goreng biasa je.Pisang goreng keju aku tak minat.Tekak melayu beb.  :-) Air untuk minum petang pun sama.Air kosong dengan setitik pemanis ****.

   Untuk makan malam @ dinner istilah glamournya, aku makan setengah senduk nasi goreng kosong.Cuma ada telur dan taburan ikan bilis je.Sesudu sayur bayam masak air dan air milo kurang manis secawan.Burrrp!Alhamdulillah.... Itulah yang aku makan hari ni.Tak kenyang?Memanglah.Aku kena turunkan berat badan dan jaga kolesterol.Kalau tak, bising pulak doktor yang jaga kolesterol aku.Huhuhu!

   Kesimpulannya : Hari ni itulah makanan yang aku makan.Esok, belum tahu lagi.Mana tau, esok 2,3 pinggan aku makan.Lebih-lebih lagi kalau ada petai, jering atau yang sewaktu dengannya.Mau 4,5 pinggan tu.Tekak Melayu lah katakan.Hahaha.Tapi, aku banyak makan benda lain hari ni iaitu ' berpinggan-pinggan kerja sekolah yang berlambak-lambak kalorinya'.Apa nak buat, aku banyak mc tahun ni.Banyak giler!Kata orang sekarang.Ni yang sakit leher dan bahu ni.Pinggang pun...Ada yang sudi nak tolong urut?


Geng nak menguruskan badan.

#cabaran30hari 
#kelabbloggerbenashaari

   

2 comments:

Cik Sue said...

wahhhhhh tabahnya berdiet,sue berdiet di mulut je,dah beratus kali kata diet,makannya berpinggan jugak hahhahaha

kak yatiadam said...

wah.. menu yg hebat..
jemput blogworking..

www.yatiadam.com

Let's have a break!