Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, September 14, 2014

Kisah Pak Kukad, Nahkado Panggat dan Tok Pelesit.

   Baru-baru ini, aku ada menyemak kertas jawapan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan anak-anak tingkatan 1.Soalan-soalan semua pada aku senang sangat.Tak payah baca buku pun boleh jawab.Semua tu pengetahuan am.Terutama tajuk berkaitan cerita rakyat.

   Salah-satu bahagian soalan tu, anak-anak form 1 tu cuma perlu susun huruf yang diberi untuk mendapatkan jawapan.Ada juga diberi klu yang pada awalnya semua anak-anak form 1 akan score.Tapi rupa-rupanya cempedak jadi nangka!

   Contoh paling mudah adalah Pak Kaduk menjadi Pak Kukad, Nakhoda Tanggang menjadi Nahkoda Panggat dan Tok Selampit jadi Tok Pelesit!Mula-mula rasa nak tergelak tetapi kemudian aku rasa terkilan pulak.Kalau budak-budak tu tak tahu jawapan, maknanya budak-budak tu juga tak tahu cerita rakyat yang dimaksudkan.Sedangkan kisah Pak Kaduk, Tanggang dan sebagainya tu diwarisi turun-temurun.

   Anak-anak sekarang lebih suka cerita Frozen dan yang sewaktu dengannya.Kalau cerita rakyat ni tak de kelass!Kata dia orang.Tapi, bahagian soalan yang berbunyi: Apakah langkah-langkah yang patut diambil untuk mempastikan cerita rakyat tidak akan pupus?, budak-budak tu pandai pulak beri macam-macam cadangan.Salah satunya: Anak-anak muda hendaklah berbangga dan berkongsi cerita-cerita rakyat dengan mereka yang lebih junior.??? Kata tak de kelas, aku tanya.Mereka jawab, alah... kalau tak jawab gitu tak dapat markah.Boleh gitu?


Buku cerita rakyat koleksi aku di rumah.

#CeritaRakyat

0 comments:

Let's have a break!