Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, September 15, 2014

Pagi atau petang?

   Untuk pengetahuan mereka yang bertanya, mulai bulan April lalu, aku telah pun bertukar mengajar di sesi petang.Masih lagi di sekolah yang sama tetapi aku mengajar tingkatan 1 dan 2.Bukan tingkatan 4 dan 5 seperti biasa.Kalau bukan atas arahan pun, aku tak kisah mengajar di sesi petang.Bagi aku, tiada beza mengajar di sesi pagi atau petang.Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya.

   Jika di sesi pagi, tentulah aku sibuk dengan kelas SPM.Bulan Julai kalau boleh dah nak kena habis sukatan pelajaran.Kemudian kena buat latih tubi dan sebagainya.Untuk pelajar kelas atas, lebih kepada pengukuhan dan pengayaan.Tetapi untuk pelajar kelas harapan ( atau dulu digelar 'galus' iaitu antara gagal dengan lulus) pendekatannya tentu berbeza.Selain dari itu, tentu sedang sibuk mengkaji soalan-soalan tahun lepas supaya dapat dirangka langkah untuk membantu anak-anak SPM.Letih memang letih tetapi demi anak bangsa,aku redha.Yang penting mereka berjaya.

   Manakala di sesi petang pula, memanglah tiada peperiksaan besar.Tetapi kami para guru kena juga fikirkan pelbagai cara untuk membantu pelajar.Tambah-tambah lagi anak-anak belum cukup umur yang baru mengenal dunia.Macam-macam kerenah!Layan si A si B merajuk.Layan si B, si C pulak merajuk.Kebetulan untuk tingkatan 2, sistem set digunakan untuk subjek B.Inggeris.Kalau ikut senarai nama, set yang aku ajar takdelah ramai sangat.tapi bila kelas, mak aih,ramai sungguh!Rupa-rupanya ada yang tak nak ke set lain dengan cikgu lain.Nak dimarah, budak-budak tu nak belajar.Tak dimarah, makin ramai pulak yang masuk set aku.Aku pulak asyik lupa je nak tanya pentadbir.

   Di sesi pagi, budak-budak dah besar.Kena layan macam kawan.Tapi kena ada limit jugalah.Ibarat tarik rambut dalam tepung.Rambut tak putus, tepung tak berserak.Macam-macam cerita rahsia anak-anak share dengan aku.Di sesi petang pulak, aku kena bertindak sebagai seorang ibu.Kadang-kadang ada pelajar yang kena tinggal bas.Duit tak bawak.Kalau setakat seorang dua, boleh aku bawak balik sama.Tapi kalau dah 4,5 orang, aku sedekahkan jelah duit tambang bas.Tak sampai hati tengok dia orang balik jalan kaki.

   Di sesi petang ini juga, aku tengok , budak-budak lebih jujur.Ada pelajar yang aku lihat dah bulan September tapi t-shirt kokurikulum pun tak de lagi.Cuma pakai t-shirt putih plain.Tu pun dah tak berapa nak putih.Bila tanya kata tak mampu nak beli.Aku pun belikan sehelai.Tak sampai RM20 pun.Seronok tengok budak tu senyum sambil terus sarung t-shirt yang aku beli.Mudah-mudahan, jadi saham untuk aku di akhirat.Kesimpulannya, pagi atau petang, bagi aku ok je.







Tak kira apa pun bangsa mereka, semuanya anak-anak aku.

p/s: Pada ibu bapa yang minta aku mengajar di sesi pagi khas untuk melatih anak-anak mereka yang nak ambil SPM, aku minta maaf.Berilah aku peluang berehat tanpa fikirkan SPM untuk tahun ini ye.Maaf sangat-sangat.


   

0 comments:

Let's have a break!