Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, September 12, 2014

Si pembocor kena rodok!

  Tajuk tak boleh blah, kata anak murid aku.Biasalah.... Aku tengah marah!Serius aku marah!Kalau cerita Hulk, aku dah bertukar jadi hijau!Tapi, aku tak naklah.Sebab Hulk baju terkoyak.Tinggal seluar kontot je.Tak tutup aurat.Jadi, aku jadi aku jelah.Aku marah dalam diam.Aku marah dengan jejari tak berapa runcing aku ni menangis-nangis laju atas mata-mata keyboad Encik Lenovo aku yang terkadang malas nak bekerja ni.

   Dengan kata lain, darjah kemarahan aku, ibarat air mendidih!!!100 ...errr mana pulak key 'darjah' ni.Aku taip jelah. .... ibarat air mendidih 100 darjah celcius.Betulkan kalau aku salah ye.Kalau letak telur sebiji pun boleh jadi hard boiled egg.Makan dengan kicap pun sodap.Tapi, kalau si pembocor yang buat aku marah sungguh-sungguh ni, jangankan letak kicap atau budu, letak cheese standard punya pun tak de rasa.Tasteless.Sama dengan otak dia yang tak bertimbang rasa sanggup bocorkan KERTAS SOALAN UPSR TAHUN NI.

   Sekali lagi aku ulang, KALAU AKU DAPAT SI PEMBOCOR OTAK DI LUTUT, AKU RODOK-RODOK PERUT DIA KASI BOCOR SAMA MACAM DIA BOCORKAN SOALAN UPSR TAHUN NI.Kalau tak pun, aku ikat kaki tangan dia, dah tu campak di kampung orang Asli.Biar dia pulak berkampung di tempat jin bertendang tu.Dah tu, tak payah kasi makan dan minum sebab tahap dia lebih rendah dari stray dogs!Sekurang-kurangnya stray dogs tak bocorkan KERTAS SOALAN UPSR.Grrrrrr!!!!!!

#kertassoalanupsrbocor

1 comments:

RosniWatie said...

Salam singgah dn done follow sini..
jom follow blog http://bungakayangan.blogspot.com/

Let's have a break!