Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, September 14, 2014

Sporotrichosis..... Jangan ganggu Belang!

   Hari ini, hampir seminggu aku menjaga Belang, kucing ayah.Walau pun bulunya bertompok-tompok, tapi ayah namakannya Belang sempena kucing yang pernah ayah bela.Belang ni sebenarnya anak Putih, Ibu kucing yang aku pelihara.Belang kucing kesayangan ayah dan kami, anak cucu ayah.Belang kucing yang manja, sihat dan aktif.

   Sebagai kucing kampung, Belang bebas ke sana sini.Suatu hari Belang balik dengan badan luka-luka.Kami sangka Belang bergaduh dengan kucing jantan lain.Biasanya, seminggu dua, sembuhlah.Tapi keadaan Belang makin lama makin teruk.Hujung minggu cuti hari kemerdekaan, kami cuba bawa Belang berjumpa vet tapi klinik semua tutup.Jadi, hendak tak hendak, terpaksalah tunggu habis cuti.

   Bila klinik dah beroperasi, adik aku bawa Belang jumpa vet.Malangnya kata vet, dah agak terlambat untuk kami dapatkan rawatan.Belang kemungkinan besar diserang SPOROTRICHOSIS!Kata vet lagi, kalau tak sembuh dan luka-luka di tubuh Belang makin melarat, Belang mesti dibunuh!Aduh!Tak sanggup aku tengok Belang dibunuh!Ayah pun sayang sangat pada Belang.Sejak Belang di rumah aku, Belang selalu berbunyi sedih.Sesekali airmatanya mengalir.Mungkin Belang rindukan ayah.

   Dua hari lepas, ayah kata nak melawat Belang, tapi malangnya ayah tak berapa sihat.Ayah sakit dada.Mujur adik lelaki aku yang di Shah Alam balik sempena cuti.Sekarang ni pun ayah masih tak sihat.Jadi, tak dapatlah ayah tengok Belang.Petang tadi, semasa sapukan ubat Belang, aku tengok luka Belang makin parah!!!Ya Allah!Jauhkanlah Belang dari sporotrichosis!Huhuhu!Esok aku cerita tentang penyakit ini ye.Aku nak jenguk ayah dulu.


Masa ni Belang belum teruk sangat.

2 comments:

Mohd Ghazali Abdullah said...

Sedih pula baca kisah ni

Diana Rashid said...

alah..kesian nya..dia jadi macam kurap ke apa??

Let's have a break!