Saturday, September 13, 2014

Ya!Betul!Anakku 15 orang.

   Hari ni, aku nak perkenalkan anak-anakku.Maaf ye.Aku ramai anak.Jumlah semua sekali 15 orang.Walau pun agak memenatkan, aku tak kisah melayan keletah anak-anakku setiap hari.Kata orang, anak membawa rezeki.Insyaallah... Mudah-mudahan.Tapi, aku jaga anak-anakku dengan setulus hati sebab aku sayang sangat anak-anakku.

   Anak sulung aku namanya Panji Semerang.Nama pendeknya Panji.Seorang yang gagah perkasa.Dulu, agak liar tapi bila dah tua sikit ni bukan main jinak lagi.Hobi, memanjat siling.Yang istimewanya tu, kalau tengah marah pun, bila dengar aku panggil, terus menjawab dengan sopan.Itu yang aku sayang sangat tu.

   Anak kedua, sebenarnya menantu aku.Isteri pertama Panji.Orangnya ganas.Ala-ala Kak Long kawasan.Pantang nampak madu dia, habis dikejar lintang-pukang.Tapi, bab jaga anak, bukan main pandai.Anak-anaknya semua terbela.Comel, gebu-gebu.Tapi pantang lapar, menantu aku yang aku panggil Kuning ni, mesti nak membongkar tudung saji!Menyampah!

  Anak ketiga, menantu aku juga.Isteri kedua si Panji.Sebenarnya, aku jaga Putih, menantu kedua aku ni, atas amanah ayah aku.Ayah yang jaga dia dulu.Putih ni punyalah lemah lembut.MasyaAllah!Orangnya cantik sangat.Istilah lain, jelita!Tapi, bab jaga anak tak berapa pandai.Anaknya semua meninggal.Sekarang ni pun Putih tinggal dalam rumah sebab masih dalam pantang.Baru je bersalin anak merdeka baru-baru ni.

   Anak aku yang keempat, anak si Kuning.Namanya Eli Davide.Orangnya cergas ya ampun!Pantang buka pintu, berdesup dia masuk.Anak aku yang kelima, adik si Eli.Kasmir namanya.Aku sayang sangat pada si Kasmir walau pun dia OKU.Dia ada cerebral palsy.Boleh berjalan tapi selalu terteleng-teleng, terpusing-pusing.Time makan punyalah bersepah tapi aku sayang sebab dia selalu hiburkan hati aku.

   Anak keenam namanya Mika.Selalu merajuk.Bila aku dukung Eli atau yang lain, dia selalu bawa diri.Mungkin dia rasa sebab dia hodoh kot.Tapi aku tak pernah bezakan kasih sayang aku.Anak ketujuh namanya Endo.Gemuk pendek tapi gebuss!Endo ni anak angkat.Tapi, aku sayang juga.Anak kelapan, namanya Coco Chanel.Fuh!Jejaka handsome.Kalah AARON AZIZ.Hobi, main bola.

   Anak aku yang ke sembilan, namanya Jimmy Choo.Yang ni pun jejaka handsome tapi ala-ala JERICHO ROSALES.Lemah lembut orangnya.Hobi sama juga, main bola.Anak ke sepuluh, namanya Louis Vutton. Kecil sedikit dibandingkan dengan yang lain tapi tetap handsome.Ukuran orang asia.Hobi pun main bola juga.Dia ni sempoi.Anak yang ke 11,12 dan 13, belum ada nama lagi.Baru je lahir 31 ogos hari tu.Tunggu dia orang besar sikit baru fikirkan nama sesuai.

   Anak ke 14, namanya Nunez Gonzales.Si Nunez ni tengah bujang trang tang tang.Ramai peminat.Asyik merayap je.Tapi takut bukan main dengan si Panji.Nunez ni pun anak Kuning dengan suami lama.Nunez ni manja sangat.Tapi kalau lapar, serupa macam ibu dia Si Kuning.Tak macam Putih.Lapar macam mana pun takkan bongkar tudung saji.

   Selain 15 yang ada, sebenarnya aku juga menjaga anak kesayangan ayah aku.Baru je minggu lepas aku ambil.Namanya Belang.Cerita tentang Belang, aku sedih sebab buat masa ini Belang sedang sakit.Badannya luka-luka.Mungkin luka bergaduh sebab Belang ni kuat merayap.Tapi Dr Rashidah cantik kata mungkin Belang terkena stroro... eh susah pulak nak menyebut.Nanti aku share pasal penyakit ni ye.Doakan Belang aku sihat ye.

   Fuh!Kalau nak dicerita, sampai esok pun tak siap entry aku ni.Setakat ni dulu untuk kenang-kenangan dengan anak-anak aku yang 15 orang ni.Mudah-mudahan, semua sihat sejahtera dan membesar dengan sempurna.Merekalah penghibur hatiku walau pun kocek koyak juga beli makanan yang agak mahal dan sesekali belanja jumpa doktor.


Anakku Si Panji Semerang yang gagah perkasa.


Kasmir ni manja terlebih.Atas laptop pun boleh tidur.


Kuning, si Kak Long kawasan.Anak dah besar panjang, 
si Nunez pun disusukan juga.
Yang lain tu, Mika, Kasmir dan Eli.


Ini si Belang sebelum jatuh sakit.





3 comments:

Unknown said...

hehe... comey comeyy.... sy pun geram jgk tgk tucin tucin comey ni... jom jemput ke blog juga ye... http://sihatgojes.blogspot.com/

Unknown said...

comeynyeeee.... ank ramai btul http://sihatgojes.blogspot.com/

impian said...

comelnye dema ni heee

Post a Comment