Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, September 13, 2014

Yes!Cuti dah mula.

   Hari ni, Sabtu, 13 September 2014,hari kedua cuti persekolahan di Johor.Aku rasa seronok sangat.Setelah setahun, cuti kali ini benar-benar bermakna bagi aku.Bukan selama ini aku tak bercuti.Cuma selama ini aku tak berapa sihat.Tak boleh jadi burung hantu selalu.Bila tak dapat jadi burung hantu, memang tak de masa untuk aku merayap ke blog kawan-kawan.Hasilnya, blog pun sepi je macam cekodok sarapan pagi.Cekodok kalau dah sejuk mana sedap.Kan?Campak ke dinding pun melantun.

   Jadi, cuti kali ni aku berazam untuk isi sungguh.Pertama, aku mesti ke rumah emak.Kebetulan hari ni, kakak tak kembar aku balik.Bila Kak Yong balik, yang seronoknya, boleh rewang masak sama-sama di dapur.Menu hari ni, asam pedas ikan sembilang.Aku suka sangat terutama kepala dia.Fuh!Tak caya, tanya Encik Mat Gebu Tiffin Biru.Sayur cuma sayur air je.Tambah pulak dengan ulam petai.Kalau tak ingat aku tengah berdiet, hari ni berapa pinggan dah aku makan.

   Untuk dessert, hajat awal nak buat kuih tepung gomak.Tapi masa mencemburui kami.Maka kami tukar ke bubur kacang je lah.Hari ni juga, adik handsome aku dari Shah Alam buat surprise.Tiba-tiba je muncul satu family!Horeee!!!Seronoknya!!!Emak ayah pun senyum.Sekarang ni, adik aku yang juga cikgu, sedang menggunting rambut kami adik-beradik.Rambut aku yang panjang pun dah pendek macam rambut Saloma dalam biopic yang Melissa buat tu.Puas hati sangat!Kalau ke kedai, RM30 melayang!

   Aku bari je terima senarai order keychain.Semua sekali 30.Dah lama sangat tak buat felting.Inilah masanya.Sambil-sambil blogging dan buat kerja sekolah, bolehlah aku teruskan hobi felting.Hujung bulan ni aku berangan nak beli bigshoot pulak selain berangan nak buat macam-macam applique.Mudah-mudahan dipermudahkan.Saat ini juga, adik ipar aku yang pencen askar, sedang sibuk memotong rumput rumah ayah.Adik ipar aku memang tersangat rajin.Dahlah baik hati.Untung adik aku kerana tak perlu hanta anak-anak ke baby sitter.Dua-dua anak, adik ipar aku yang asuh.

   Oklah.Bau bubur kacang dah makin menggoda.Aku kena stop makan bubur kacang dulu.Cuma, aku kena beringat.Kalau makan banyak-banyak karang, habis lari diet aku.Sambil makan, kami sibuk cerita pasal pisang goreng keju letak coklat.Huhuhu................Oklah.Jumpa lagi!


Ayah dan anak cucu.


Anak buah dari Shah Alam.


 

Cuba teka, yang mana satu aku?

1 comments:

ewanthology said...

Cuti skolah dah mula, patutlah jln jem... parent bw anak2 balik kg dan jalan2 Rupa nya

Let's have a break!