Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, October 25, 2014

Jaga!Ghimau nak mengamuk!!!

   Malam ni perang akan bermula.Penentuan hidup atau mati.Semua orang tak sabar.Belum-belum, dah ada yang pengsan dan patah kaki.Aku harap, malam ni tak de yang hilang nyawa pulak.Dengar kata, dari RM10,RM20 dan RM30, harga meningkat naik macam roket menjadi beratus-ratus!Penangan ulat t**k!!!Bilalah ulat-ulat ni mati ye?Sembur dengan Ridsect pun tak mati.

   Malam ni, aku pun nak berperang juga.Menyiapkan 15 lagi kertas exam yang belum bertanda.Semalam, sambil jeling-jeling gajah mengamuk di Pahang,dapatlah juga aku pulun menanda.Jadi, rasanya malam ni pun, sambil tengok harimau mengaum,dapatlah aku siapkan yang 15 lagi tu.Mudah-mudahan.Balik pada cerita berperang tu, aku harap, cuma perang di padang jelah.Tak payahlah terbawa-bawa sampai keluar padang.Tak sukalah gaduh-gaduh.

   Apa-apa pun, provokasi awal oleh segelintir penyokong ngimau (iye ke?) yang mengacau semasa pihak lawan berlatih, aku harap takkan melunturkan semangat kesukanan.Bak kata anak murid aku, apa kelas orang tua tengok bola bergaduh.Macam budak-budak!Iye juga kan? Sebagai pengakhir kata, sebagai anak Johor, aku harap Johor menang malam ni.(Dengan cara bersih.Tak naklah konon pengadil tak adil)  Jumpa di depan TV malam ni ye JDT!

3 comments:

Diana Rashid said...

gaduh2 pun tak guna..silap2 dok dalam lokap..kan?/bersukan la dengan semangat yang sihat..

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Saya baru menemukan blognya - nice:)
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

sud@is said...

Lama tak singgah sini
bergaduh pasal bola memang bodoh tahap 'piang' orang utagha kata....
orang tu main berbayar, yang kat luar dah la kluar duit bli tiket, rugi masa lalai segala perkara..ishyyy

Let's have a break!