Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, October 30, 2014

Jangan gaduh!Tak baik tau!

   Sana sini orang cerita pasal bola.Hinggakan budak-budak nak SPM pun cerita pasal bola.Aku?Excitedlah juga.Aku anak Johor jadi dah tentulah aku harap JDT menang.Normallah tu kan?Tapi tak bermakna aku ada tiket untuk mengutuk, memaki, mengata dan yang sekeluarga dengannya akan negeri lawan JDT iaitu Pahang.Berperang di padang tak sama dengan berperang di medan peperangan.Jadi, aku rasa tak perlulah sampai nak 'tembak-menembak' di laman sosial.Sederhana, sudahlah.

    Kalau setakat kutuk mengutuk sesama rakyat jelata, aku marah sikit je.Tapi kalau dah sampai nak menghina kerabat Diraja kami, kira dah melampau!Budak-budak muda sekarang ramai yang ikut suka sesedap rasa je dok mengata.Dahlah mengata, disamakan pulak dengan Cik Bab!Lagilah aku hot!Itu dah melampau!Cikgu di sekolah penat ajar tentang hormat-menghormati.Takkan itu pun tak faham?Emak ayah pun tentu tak setuju dengan sikap kurang ajar tu.Yang di pihak kena kutuk tu, sabar jelah.Tak payahlah dilayan budak-budak setengah masak tu.Baiklah kita doakan yang baik-baik je.Johor dan Pahang kan dah lama bersaudara?


#finalpialamalaysiajdtlawanpahang

4 comments:

grOundnUt said...

Kalau kat dalam FB memang bersepah caci maki hamu para peminat bola... kadang terpaksa scroll up ajer ler... ehehhehe

Nys Anis said...

tak bai gaduh sana sini. keep it on natural . ignore thing that u can ignore , hee:D

Diana Rashid said...

kan??dapat apa la kalau bergaduh..silap2 bermalam kat lokap..:)

Anonymous said...

Keep calm, PAHANG MENANG!!!!

Let's have a break!