Thursday, November 6, 2014

Ayo!Dia datang!

   Tak lama lagi cuti sekolah.Selain budak-budak seronok nak bercuti, ada juga yang kecut perut.Takut kena potong!Ala... apa lagi!Potong tut!!!Cerita pasal potong teringat adik bongsu aku semasa baru kena potong.Berendam dalam periuk besar.Ayahlah yang tukang jaga.Maklumlah anak bongsu.Aku nak tengok pun takut.Emak jaga bab makan.berpantang mengalahkan orang beranak sulung.Hehehe!

   Tapi zaman sekarang, potong tut senang je.Hantar je klinik.Balik rumah 2,3 hari dah boleh main bola.Makan pun main belasah je.Tak de pulak bentan.Ala.... zaman dah berubah.Agak-agak nak bentan tu cepat-cepatlah ke hospital!Bagi anak-anak sedara aku ( Rujhan, Farhan, Ante, Adib)yang masih belum potong tut tu, jangan takutlah ye.Macam kena gigit semut je. Hehehe!


Ayo!Dia datang!
Dah kena potong!

0 comments:

Post a Comment