Friday, November 7, 2014

Gerammmmm hm Gerammmm !!!!!!!

   Baru-baru ni aku tengok video buli yang viral tu.Video anak yatim baju merah yang last buat peace tu.GERRRRRRAM betul!!!!Kalau pembuli ada depan mata, mau aku korek-korek hidung dia guna glue gun panas yang aku guna buat felting!Kalau Tan Sri Dr.P.Ramlee ada, sesuai guna dialog; KENAPALAH KAU DILAHIRKAN SEBAGAI MANUSIA?LEBIH BAIK KAU DILAHIRKAN SEBAGAI BINATANG!!!Kucing aku yang binatang pun tak pernah buli adik-adik dia!Kurang asam punya pembuli!!! 

   Kalau tak silap, dalam video tu selepas adegan joget-joget suffle ala beruk mat yeh, ada seorang budak akal besar biji kacang hijau yang pakai tuala dah tu buat aksi MOPIKO!Siapa yang tak tau MOPIKO, meh aku terangkan.Aksi MOPIKO adalah merujuk kepada seorang lelaki (yang dah mumayiz, yang dah tau bezakan mana yang baik mana yang tidak) memakai pakaian ( tak kiralah jaket ke, tuala ke), yang tiba-tiba dengan bangga dan muka tak malunya menunjukkan aset dia yang di bawah!Ala... yang itu tu!@#$%^&*()! Tak faham sudah!Kalau betul apa yang aku nampak, maknanya memang sahlah budak-budak geng pembuli tu otak dah cair mengalir ke tongkeng!Opps!!!

   Apa-apa pun, aku harap ADIK NORAZHAR BIN SAAD yang kena buli tu, tabah menghadapi ujian dan dapat melupakan kenangan pahit tersebut.Anggap sajalah pembuli-pembuli tu sebagai orang kurang akal yang terikut hasutan syaitan, dik!Kalau adik boleh maafkan, maafkanlah sebab boleh dapat pahala tapi kita doakan mereka yang terlibat mendapat balasan yang setimpal.Tak sanggup tengok adik kena heret dan kena pijak kaki tu.Mudah-mudahan adik dapat jadi insan berguna di dunia dan akhirat.Jangan pulak adik bila besar nanti pun jadi pembuli ye.Ingat tu!




Inilah Adik Norazhar bin Saad dan adiknya.
( Gambar milik Sukan Star TV.)

1 comments:

Cik Iman said...

Rasanya dah kena tangkap kan pembuli tu? Rasanya la.

Post a Comment