Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, November 28, 2014

Ye!Betul!Aku sentuh hatinya!

   Ini bukan entry blowing my own trumpet @ masuk bakul angkat sendiri ye.Tapi ini adalah entry berdasarkan kenyataan yang aku rakamkan sendiri.Tak de copy paste dari mana-mana.Perkongsian isi adalah sabagai tanda penghargaan buat kawan-kawan seperjuanganku, GURU.Entry kali ini, berdasarkan setiap gambar ye.



   Gambar pertama aku rakam di Bilik Operasi Peperiksaan baru-baru ini iaitu sebelum Peperiksaan Akhir Tahun 2014.Bilik Operasi Peperiksaan kami boleh tahan sempit.Jadi bila ramai guru yang sedang menyiapkan urusan packing dan labellling kertas-kertas soalan, keadaan jadi sesak.Pandai-pandai kamilah nak cari ruangan bekerja masing-masing.Mana yang terpaksa staple sendiri kertas soalan kerana masalah teknikal pihak percetakan lebih susah kerana perlu ruangan lebih luas untuk menyusun kertas soalan mengikut muka surat.Maka terpaksalah guru dalam gambar yang aku rakam, 'menghimpitkan' diri ke dinding demi tugas.Lepas tu nak terus ke padang untuk PJK.Kalau ada yang tanya kenapa tak bawa kertas soalan keluar dari bilik tu dan buat di tempat lebih luas, jawapan aku adalah : kertas soalan tu tak boleh langsung dibawa keluar.Sempit ke tidak, di situlah kami wajib menyiapkan tugas.Jadi both thumbs up buat Cikgu Hanif dalam gambar di atas dan juga guru-guru lain.Semasa proses stapling atau packing, ada juga yang luka jari kerana kertas A4 putih tu sebenarnya sangat tajam!Bisa tau!



   Gambar kedua aku rakam semasa pelajar di kelas tambahan.Sekali pandang, geram juga kerana cikgu suruh belajar, dia bedal tidur!Rasa macam nak tarik je telinga tu.Tapi bila borak-borak pasal anak-anak manja ni di sekolah, konon katanya budak tu kerja malam.Tu yang mengantuk tu.Tak taulah sahih ke tidak.Bercerita tentang kerja semasa belajar ni, seminggu sebelum cuti, aku jumpa anak murid tingkatan 1 bekerja di sebuah kedai menjual jam tangan.Dressing memang dressing budak dah habis sekolah.Tapi, aku mengajar budak tu jadi aku kenallah.Bila aku tegur, tiba-tiba dia kata aku tersalah orang.Konon katanya dia dah form 4.Aku confuse kejap.Aikk?Aku belum tua sangat nak nyanyuk.Aku pun tanya elok-elok.Rupa-rupanya betul.Untuk dapat kerja, dia mengaku dia budak tingkatan 4 @16 tahun.Kalau tak bos tak nak ambik.Soalnya, bos ambik gitu je tak tengok ic ke?Mudah sangat.Maknanya mudah sangat anak murid aku tu mungkin akan diperkotak-katikkan tentang gaji atau lain-lain.



   Gambar ketiga, aku nak cerita tentang anak murid aku yang montel happy galas beg warna merah (oren?) tu. Nama anak murid aku yang istimewa ni Shahrul.Mula-mula kenal, aku dapati Shahrul seorang yang bermasalah untuk mingle / bercampur dengan anak-anak lain.Dia tak boleh duduk diam! Mulut pun boleh tahan.Suka menjawab.Suka kacau orang.Belajar langsung tak fokus.Orang lain dah habis menjawab 10 soalan, dia baru nak tulis tarikh!Kalau tak sabar, tak tahulah.Tapi, kerana sedikit pengalaman yang ada, aku guna psikologi.Sekali pun aku tak pernah denda guna suara tinggi atau denda secara fizikal.Aku cuba sentuh hatinya.Selepas beberapa bulan, alhamdulillah.Shahrul mula menunjukkan perkembangan yang positif.Dah takde kata-kata kesat dengan aku.Caci maki pun hilang.Lebih fokus dalam kelas.Lebih rajin dan bertanggung jawab.Semasa menanda kertas exam akhir tahun, aku letak target kelulusan 100% untuk kelas ni.Tapi aku risau Shahrul gagal.Entah apalah nanti yang dijawabnya.Namun, dengan kuasa Allah, Shahrul lulus!Alhamdulillah.... Walau pun cuma hampir C, aku dapat lihat potensi Shahrul untuk lebih cemerlang.Mudah-mudahan, ia akan menjadi kenyataan.Tapi, aku ralat kerana semasa aku pulangkan kertas soalan Sahrul bercuti.Tak taulah siapa yang tolong simpan.Shahrul nak tunjuk pada ayahnya.Manakala anak murid aku yang berdiri di belakang berbaju kelabu tu pulak attention seeker in the positive way.Selalu nak perhatian.Namanya Hadif.

   Sebagai kesimpulan, SESUNGGUHNYA AKU BAHAGIA BERGELAR SEORANG PENDIDIK MESKIPUN BUKAN SEDIKIT PELUH ATAU AIRMATAKU YANG TUMPAH.

   

1 comments:

Azira Abu Bakar said...

Terima Kasih Cikgu!
Jasamu sungguh tak ternilai dengan wang ringgit..

Let's have a break!