Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, December 4, 2014

Apa Fiyya kata pasal denggi dan Kasmir.

   Hai!Hai!Hai!Fiyya datang lagi.Macam biasalah...Kalau Cik Uji busy, Fiyyalah jadi blogger undangan.Sebenarnya Fiyya tak tau nak cakap apa.Cuma Fiyya nak nasihatkan acik-acik supaya awas dengan nyamuk.Maksud Fiyya nyamuk Aedes yang membawa denggi tu.2 hari lepas Cik Uji melawat jiran depan rumah yang kena denggi.Kesian..... Kena tahan di  High Dependancy Ward (HDW) atau terjemahannya Wad Kebergantungan Tinggi.Eh!Pandai-andai pulak Fiyya.Tangan Nyai Su ( jiran Cik Uji dan juga sedara kita) bengkak.Muka Nyai Su pun layu je, tak ceria macam biasa.

   Kata Cik Uji, nyamuk memang banyak.Walaupun kita manusia, kita besar tetapi nyamuk tu cinonet je, kita kena ada rasa takut.Takut untuk mendapat penyakit seperti denggi.Bulan lepas, kawan Cik Uji yang baru balik bertugas di Papua New Genuie (Eh.Macam mana da nak eja Genuie' ni) kena malaria.Malaria penyebabnya demam juga.Walau pun sehari sebelum meninggal dunia nampak sihat, akhirnya Allah sayang dan ambil juga.Oh ya.Anak sulung Nyai Su pun masuk wad sebab denggi.

   Minggu lepas Cik Uji dah check keliling rumah untuk pastikan tak de tempat pembiakan nyamuk.Tak sangka sungguh Fiyya sebab di celah pelepah pisang pun ada jentik-jentik.Manalah sangka, kan?Dalam rumah pun kena tengok juga.Satu lagi, Fiyya dengar ada orang datang fogging.Hahaha!Fiyya terbayang Kasmir kucing OKU Cik Uji yang tak suka orang fogging.Tentu susup sasap Kasmir lari.Oh ya!Cakap pasal Kasmir, Fiyya baru teringat yang Cik Uji kehilangan 3 anak dalam masa 3 hari.

   Mula-mula Louie yang sakit.Mulut berbuih.Matanya yang buntang, mintak tolong dari Cik Uji.Tak lama lepas tu meninggal.Cik Uji sedih sangat sampai left group Whatsapp kawan sekolah.Lepas Louie dah tinggal nama, Coco dan Bobbi pulak menyusul.esian Cik Uji.Sedih sangat.Fiyya nak tolong pujuk pun Fiyya tinggal di Ampang.Fiyya harap kucing-kucing yang lain semua sihat terutama Kasmir yang jadi sweetheart.Kalau jadi apa-apa pada Kasmir , tak taulah apa nak jadi.Oklah Fiyya nak tidur jap.Baby kena tidur banyak-banyak supaya cepat besar.Fiyya nak jadi budak besar.oleh tolong mama masak.Kalau mama beri, bila besar boleh ikut papa gi fishing.Hehehe!Ok.Fiyya belanja gambar ye.Babai!Tata!



Senyum manis dan ikhlas Fiyya yang tak de gigi untuk acik-acik.

2 comments:

Nurul Ashikin said...

Tompang senyum kat sini

Comel dak tecik neh
Acik kiss awak cikit eh

Sama macam anak sedara acik yg selalu menace

tebumanis78.blogspot.com

Diana Rashid said...

bahaya nya denggi..air bertankung sikit pun dah boleh jadi port dia tu..jaga2 la..

Let's have a break!