Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, January 30, 2014

Spontan Cai po typo.

Cai po? 
-
-
-
-
-
-
-
Aku suka!
SEDAP!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
typo?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku tak suka!
Menyampah!
(Mood = Bengang.Asyik typo)


Cai po dari Google.

Tak sabar reunion!

   Esok Tahun Baru Cina.Aku tak sambut sebab aku bukan Cina walau pun ada orang kata muka aku macam Cina.tapi, aku tumpang seronok kerana masa inilah aku dapat berkumpul adik-beradik di rumah emak.Yeah!Dapatlah borak lama-lama sambil kunyah-kunyah apa yang patut!

Seronok tengok telatah anak buah aku si Farhan.



Makan besar anak-beranak.Lupakan diet sekejap.

Mother,father, gentleman!

   Semalam aku mengajar OPS.Ala.... program yang mewajibkan pelajar bertutur fully English the whole lesson dan tak boleh menulis langsung tu.Program ni pun baru bagi aku kerana dah tiga tahun aku mengajar sesi pagi, tingkatan 4 dan 5.Mula-mula agak blur juga tapi fullamak!!!Rupanya seronok giler mengajar budak-budak Form 1 speaking.Walau pun kelas last tapi speaking skill dia orang boleh tahan.

   Nak jadi cerita, semalam aku mengajar kelas 1 Bestari iaitu kelas keenam.Vocab mudah je. mother, father, brother dan ayat-ayat mudah untuk perbualan.Dek kerana 100 % anak murid aku lidah belacan, punyalah susah nak sebut 'th' style orang putih.Semua sebut 'de' ala-ala Lawak Ke Der.Aku jenis yang perfect kot jadi aku latih juga dia orang sebut style mat salleh makan keju.

   Wow!Tak sangka!Budak-budak punyalah suka.Riuh satu kelas.Semua humming like bees.Aku nak talking like a bear barulah mudah aku nak betulkan sebutan yang salah.Selepas aku check pronunciation tiap pelajar, tibalah masa untuk anak-anak murid aku tu answer together.Aku sebut 'mother', dia orang sebut 'mother', aku sebut 'father', dia orang sebut 'father' tapi eh tiba-tiba ada sambungan siap berlagu lagi... Mother, father, gentleman! Dua, tiga kali aku try, itu juga dia orang cakap.tak kisahlah.Asalkan budak-budak tu happy belajar dan boleh sebut 'th' dengan betul.

   Aku tertanya-tanya juga kenapa ada 'gentlemen'.Aku tak ajar pun.Bila aku siasat, rupa-rupanya dia orang ikut lagu Psy yang tajuk Gentleman tu.Alahai!Ketinggalan zaman rupanya aku.Manalah aku perasan tu lagu Psy!Hahahahaha! Mood = Tak sabar nak sambung mengajar balik anak-anak Form 1 aku tu lepas cuti raya Cina ni.

Wednesday, January 29, 2014

Dinasaur gemuk pendek.


Jaga-jaga!Dinasaur!


Legoland : Besarnya buah!


Legoland :Thai ke Vietnam ni?


Legoland : The airport.


Legoland : The musical fountain.


Bisu lagi.


Penatnya bisu...


Ops!Ops!Mulut kena jahit!


Masih kena bisu.

....padahal tak sempat. Hehehehe!



Jangan makan aku!

   Ya Allah!Kenapalah emak bela benda tu?Walau pun berantai, aku takut!Apalah sangat rantai tu?Sekali direntap, habis putus.Emak yakin sangat yang rantai tu kukuh.Aduh emak!Kenapalah emak buat aku ketar kepala lutut!Matanya besar memandang aku seolah-olah seluruh tubuh aku akan ditelan.Sesekali suaranya bergema membuat jantungku berdegup amat kencang,Aduh mak!Aku takut!Maafkan aku mak.Bukan aku tak mau membantu menukar bekas makanannya tapi dekat ke kandangnya pun aku gerun.Habis peluh ku dingin panas jantan betina menitik laju.Maafkan aku emak kerana aku terpaksa ingkar arahanmu.Aku terpaksa lari..

   Aku lari dan lari dan lari.Aku takut amat sangat.Walau pun telah lama aku berlari, suaranya masih bergema di telinga ku.Ya Allah!Selamatkanlah aku!Tiba-tiba, aku terlihat seuah rumah besar diperbuat dari kayu.Dengan tangga amat tinggi dan dinding yang kelihatan kukuh, aku yakin akan selamat.Pun demikian, aku cuba juga mencari kalau-kalau ada bilik atau ruang untuk ku bersembunyi darinya.Sedang aku tercari-cari, aku terpandang ke luar jendela.

   Ya Allah!Dia terlepas, mak!Dari jendela ini aku nampak dia berlari pantas ke arah ku.Aku takut!Kakuku terpaku di lantai dan degup jantungku semakin maju.Aku cuba untuk berlari namun aku gagal.Peluh makin banyak menitis!Maafkan aku mak kerana mengingkari arahanmu maka kau lepaskan dia untuk mengajarku.Dalam beberapa detik, dia telah muncul di jendela dan memandangku dengan matanya yang membayangkan kematian.Ya Allah!Selamatkan aku...... Tiba-tiba... Kringgggggg!Bunyi jam loceng tanda aku mesti bangun untuk solat subuh.Syukur, ia cuma mimpi.Tapi, mengapa terlalu aneh?

Dia....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gambar Google.

... yang cuba membahamku.


No!No!Don't talk!


Tengok je.Cakap tak boleh!


Any comment?


Opps!Jangan cakap!


Alo lo bisu!


Dah lama tak bisu.


Ala... Bisu lagi.


Yes! ZAMIR terbaik!

  Aku tak berapa follow Masterchef All Stars 2014.Tapi first time aku tengok, dalam hati aku dah agak dah yang ZAMIR boleh menang.Bukan Soo Winci atau Celina tak bagus tapi ZAMIR ni ada kelebihan sendiri di sebalik pendiamnya tu.Lepas ni kalau dapat offer buat program sendiri, makin ramailah peminat si ZAMIR tu.Termasuklah anak dara aku yang kedua.Minat sangat dengan ZAMIR sampai rajin sungguh dia ke dapur.Hahaha!Senyum sampai ke telingalah dia sebab ZAMIR jadi juara!Mudah-mudahan lepas ni, bertambah seorang lagi chef bertaraf antarabangsa ala-ala Chef Wan.


Pinjam gambar dari blog Mak Dara Diva.

Dapatlah hilangkan sakit hati sebab JDT seri dengan Lion xii.

Aku selfish?

   Setelah aku timbang-timbangkan, oleh kerana aku selalu tumbang di sebelah pagi, maka aku volunteer untuk mengajar di sebelah petang.Alhamdulillah, pengetua aku setuju.Maka, mulai Ahad, 26 Januari lalu aku mula mengajar budak-budak tingkatan 1 dan 2.Dalam hati rasanya nak mengajar terus di sesi petang hingga ke hujung tahun tapi ramai pulak yang hantar sms, telefon dan jumpa aku mintak aku mengajar di sesi pagi balik.Rasa tak sampai hati pulak aku nak pentingkan diri sendiri.Huhuhu!

   Bila parents yang call, aku dapat beri alasan dengan yakin.Tapi bila anak-anak murid aku sendiri yang call atau jumpa personally, aku rasa sebak pulak.Rasa seolah-olah dia orang benar-benar perlukan aku.Kesian anak-anakku!Tapi demi kesihatan, aku terpaksa juga 'pentingkan diri' sendiri dulu.Insya Allah, kalau tak de aral melintang, selepas aku tak perlu lagi tumbang di pagi hari, aku akan mengajar di sesi pagi semula.



Tiba-tiba aku rindu kelas bertema aku dan anak-anak 5 SK 1 aku tahun lepas.
Apa khabar anak-anakku?


Apalah telanjang!Cis!

   Akhirnya dapat juga aku blogging malam ni setelah seminggu aku diulit lena ubat.Hehehehe!Masih perlu makan ubat tapi serius aku lupa nak ambik ubat.Insya Allah, hari Khamis ni aku gi HSI ambik ubat.Harap-harap tak delah mudarat.Amiin....

   Cerita pasal ubat, baru-baru ni aku ke Legoland untuk kali ke dua sebagai ubat menghilangkan stress.Apa taknya, dapat masuk free pakej Combo=Theme Park dan Water Park.Kalau nak bayar sendiri sayang pulak duit.Maklumlah aku cuma seorang guru biasa.Daripada aku membazir bayar tiket Legoland, baik aku beri sedekah pada anak-anak murid aku.

   Kunjungan kali pertama pada 18 Disember 2013 bersama keluarga kakak kedua aku dan kunjungan terkini bersama keluarga kakakku yang sulung.Walau pun kunjungan kedua, tapi kami cuba permainan yang berlainan.Contohnya kunjungan kali ini, kami berpeluang melawat 'satu dunia' menaiki train.Seronok tengok macam-macam replika dunia dalam bentuk lego.

   Kemudian, kami menembak musuh dalam gua firaun.Bukan sekali, tapi dua kali.Seronoklah pulak.Kebetulan pelawat tak ramai maka puaslah kami menembak.Hehehe!Nasib baik tak penyek dikepit pintu berduri.Lepas penat menembak, anak-anak buah sibuk nak naik Projek X.Ala.... Yang macam roller coaster tapi naik 4 orang je tu dan laju gila terlampau.Kali pertama aku naik tapi kali ni mintak maaflah.Tak kuasa mencabar jantung.Budak-budak tu naik sampai 7 kali.Mentang-mentanglah tak de orang.Penat aku tunggu kat bawah.

   Sambil-sambil tunggu tu aku duduk-duduk je depan entrance Projek X.Tiba-tiba ... KEBABOM!!! habis basah baju aku kena tembak bom air.Adalah sorang budak tu yang tekan tombol bom air.Dia pun  terkejut sebab tak sangka itu sebenarnya bom air.Habis basah baju dia.Budak tu dari China.Famili dari Korea yang duduk sebelah aku pun habis kena tempias.Hahaha!Keciknya mata budak China tu ketawa dengan pipi merah macam kartun China.Lepas penat main bom air dan naik Projek X, kami solat zohor, tukar pakaian dan yahooo!!!terus ke Water Park.

   Di Water Park hajat hati nak duduk lama-lama bawah the big bucket yang tumpahkan air tu tapi Ya Allah!Sejuknya sampai ke tulang.Maka aku , kakak aku dan abang ipar aku pun beredar ke kolam yang ada ombak buatan tu.Hangatlah sikit tapi cuma dapat tahan sekejap je.Sejuk sampai ke tulang hitam.Nasib baik aku bawa tuala.Dapatlah aku berselubung.Nak sewa Cabana, mm... tak mampu den.Mahal sangat!Budak-budak pun tak dapat mandi lama-lama sebab tak tahan sejuk.

   Sebelum mandi,  kami sewa 2 locker.Sistem canggih sangat sebab nak buka atau kunci tak guna kunci tapi guna scan ibu jari je.Terasa macam di overseas pulak.Cerita pasal overseas semasa kunjungan pertama aku yang nampak tapi kunjungan kali kedua ni kakak aku pulak yang nampak.Nampak apa?Aku nampak mat salleh cun giler telanjang bulat nak tukar baju dalam bilik tukar baju.Kakak aku pulak terkejut , nasib baik tak demam, nampak amoi negeri mana entah, telanjang bulat depan dia.Tak senonoh betulBeruk Mat Ye pun malu nak telanjang depan orang.Apalah telanjang!Cis!

    Oklah.Cukup cerita tentang Legoland.Aku share gambar jelah.Kalau ada rezeki aku teringin pulak ke Puteri harbour jumpa Hello Kitty dan Lat.Jumpa lagi!



Maskot Legoland yang kelakar sampai melatah abang ipar aku.


Sewa cabana ni RM300.Sayang duit bagi orang sederhana macam aku.
Dari membazir sewa cabana, baik aku beli sate pak cik Haron Cahaya Masai, makan ramai-ramai kat rumah emak.


Inilah Projek X yang berpotensi menanggalkan jantung aku. Tapi anak dan anak-anak buah aku, relax je naik macam naik basikal sebab tu sampai ulang naik 7 kali.



Nasi lemak lauk telur kakak aku yang sambalnya sangat ummph tu baru RM1.50.Ni nasi lemak sampai berpuluh-puluh ringgit.Tak logik di akal.Ayam golek seekor pun tak sampai RM25.Kan?Tapi, ramainya yang beli.Makmurnya negara aku.Tak delah sampai tak makan walau pun cuma kangkung je yang turun harga.
Hahahaha!

   

Saturday, January 18, 2014

Johor Darul Takzim vs Perak

   Lama tak menonton JDT berjuang di padang.Malam ni, ramai-ramai menonton JDT di rumah emak dengan abang ipar, anak-anak saudara dan kucing ayah si Belang.Bila JDT main je, memang semangat nak menonton.Ops!Ops! Yeah! 2 kosong!Si Belang terkejut, terus lari.Hahaha!Minit ke 89, JDT 2 Perak 0.Alhamdulillah......

Baihakki Khaizan playing against Home United, Jan 2014.jpg

Ni Baihakki bin Khaizan, pemain baru JDT.

Petua menghilangkan stress.

  Aku tahu di zaman moden ni ramai yang stress.Aku pun pernah mengalami stress yang teruk.Punca utama bukan setakat kerja tetapi juga kesihatan, perkahwinan dan juga kewangan.Macam aku, stress utama adalah kesihatan.Mula-mula rasa macam nak terjun Menara Aqabah.Tapi, mujurlah aku cepat sedar yang semua tu ujian Allah.Jadi, sakit ke sihat ke aku cuba elakkan stress.

   Berdasarkan pengalaman, ada beberapa cara yang aku cuba untuk menghilangkan stress.Mula-mula tu memang rasa boleh handle sendiri tapi kalau badan dah beri isyarat yang aku perlu pertolongan, maka aku mesti cari pertolongan.Daripada aku mati katak bawah bangunan, kan?OK.Di sini aku kongsikan beberapa cara yang aku cuba untuk menghilangkan stress.

   1.Membaca Buku: Cara ni bagi yang ulat buku macam aku.Yang 'ulat bulu' jangan cuba.Nanti makin stress.Hehehehe!Antara buku yang aku suka sangat adalah Interlok, Siri Enid Blyton ( walau pun cerita budak-budak tapi aku suka sangat), Kehinde karya Buchi Emecheta dan lain-lain.Aku juga suka baca hikayat contohnya Hikayat Malim Deman.Aku juga suka sangat baca dictionary.24 jam ada dictionary kecik dengan aku.Selain tu aku akan cari Grammar Book besar gajah aku bila aku stress.Nak cuba?Oh ya!Siri-siri rakyat melayu atau luar negara pun aku suka.Ala cerita-cerita dongeng pun.

   2.Buat kraftangan: Karftangan ni tak perlu keluar belanja besar.Tak kiralah felting ke apa yang penting boleh mmbunuh stress.Pilihan aku adalah felting dan juga cross stitching.Seronok bila tengok hasil kerja tangan sendiri.Kalau tak suka felting dan cross stitching, boleh try buat bunga riben ke atau kfar jenis lain.Mudah-mudahan hilang stress tu.



Aku buat cross stitch ni khas untuk anak-anak dara aku.


   3.Menjahit: Ini pun my passion.Time stress aku suka reka baju.Dulu-dulu pernahlah aku reka dan jahit sendiri gown ala-ala princess anak-anak dara aku.Tapi sekarang anak-anak dara aku dah besar jadi aku fokus pada menjahit baju kurung jelah.Selain menimatkan duit sebab tak perlu upah orang, boleh juga menghilangkan stress.

   4.Blogging: Itu sudah semestinya!Tapi kenalah pastikan line ok.Kalau slow macam kura-kura tercekik, baik jangan blogging.Makin tambah stress rasanya.Time blogging bolehlah menjenguk ke blog-blog hebat contohnya blog Mia LianaBen daddy si Qhaliff atau Mak Dara. Selaindapat hilangkan stress, dapat juga tambah pengetahuan dan kenalan.

   5.Jaga mak:Bagi yang ada emak yang dah uur macam emak aku, bolehlah hilangkan stress dengan jaga emak.Tolong masak, kemaskan rumah emak, mandikan emak dan yang paling aku suka buatkan tocang rambut emak.Masa aku kecik-kecik dulu emak tocangkan rambut aku.Bila dah tua ni biarlah aku pulak tocangkan rambut emak.Lagi pun ini cara terbaik untuk elak rambut emak jadi kusut.Emak pun suka.Aku memanglah suka sebab hilang stress aku.

   6.Belai kucing:Dulu kucing aku ada seekor je, Si Panji, bujang badan ketak-ketak macam Wan Wala.Tapi sekarang aku ada 5 ekor kucing termasuk si Oyen, Nunez, Cici dan Ibu Putih.Bila aku stress je, aku mandikan si Oyen 3 beradik atau paling senang aku belai dan peluk je mana-mana kucing aku yang ada.Tapi sebelum tu aku kena pastikan aku makan ubat alahan kucing dulu.Kalau tak makin stress pulak nanti.Bila tengok kucing-kucing aku comel je dan bau wangi lepas mandi, aku pun hilang stress.


Si Ibu Putih dan anak-anaknya yang dah jadi arwah

   7.Layan anak buah :Yang ni kalau time ada budget lebih, aku layan anak-anak buah aku gi makan kat Johnny's ke atau makan belangkas.Kalau tak pun aku belilah apa-apa cenderamata kecik yang tak berapa mahal untuk dia orang.Kalau tak de budget juga, aku suka tengok anak-anak sedara aku main ke perang-perang ke.Mana yang anak dara tu, aku suka dandan rambut sia orang.Hilang stress aku.

   8.Menonton TV :Masa aku terhad.Banyak benda nak dibuat.Jadi, bila ada masa dan nak hilangkan stress, aku akan menonton apa-apa cerita menarik yang aku rakam.Guna PVR ni sebenarnya bagus.Jimat masa sebab aku boleh forward time iklan.Tak kuasa aku nak tengok iklan time stress.Terutama di TV3 tu.Melampau banyak tahap gaban dia orang tayang iklan.Tengok Karoot Kemedia,ke Maharaja Lawak ke atau lain-lain rancangan yang boleh buat aku ketawa, boleh membantu aku menghilangkan stress.Oh ya.Aku baru menonton Janin Emas lakonan si kecik Puteri Balkish.Fuh!Hebat budak kecik tu berlakon.Kalah Risteena yang berlakon ala-ala tiang.

Gambar Google.

Mudah-mudahan jadi pelakon hebat yang tak lupa jati diri Melayu dan Islam.

Ok.Aku share 8 cara dulu.Dah aan Isyak dah.Stop jap.


 

Cerita blog.

   Baru-baru ni ada anak murid aku yang tanya, adakah blog tu versi moden untuk dairi.Aku kata, terpulang pada jenis blognya.Kalau blog peribadi, mungkin kot.Tapi, tak delah semua cerita peribadi mesti dikongsi di blog.Maklumlah, siapa saja yang boleh melayari internet, akan berpeluang membaca apa yang kita tulis.Bayangkan kalau yang kita tulis hal-hal peribadi yang tak patut kita kongsi, kan naya.Jadi kenalah fikir banyak kali sebelum upload or publish apa-apa material.Jangan menyesal tak sudah.

   Cerita pasal blog ni juga, sebenarnya aku rasa sediiiiiih sangat.Sedih kerana ..... tengoklah, blog aku sekarang.Dah tak meriah macam dulu.Kulit pun tinggal putih je.Sedih tau.Kalau dulu blog aku warna purple.Macam tahu je hati ku sedang galau.Nak hantar doktor, atau aku sendiri jadi dok tor, pun tak sempat.Dahlah CIK HP DJ 2515 aku masih lagi masuk wad.Huhuhu!Tengoklah sehari dua lagi.Galau lagi tak hati aku ni.Dahlah Alexa ranking aku makin teruk.



   

Friday, January 17, 2014

Felting ganti tidur.

   Alhamdulillah... Sempat juga aku siapkan tempahan yang ada.Walau pun cuma basic je kerana aku belum lagi lekatkan pin atau jadikan keychain dan lain-lain.Ada hikmahnya juga aku tak boleh tidur malam.Daripada pening-pening kepala paksa mata tidur, baik aku layan felting bagi rehat otak.Doktor beri ubat tidur tapi aku takut nak makan,


Selonggok tempahan belum ditukar menjadi brooch, hair clip,  book marker atau keychain.

Baby!!!!!!

   Selasa, 14 Januari 2014:Balik dari rumah emak, seperti biasa aku terus ke belakang rumah.Anak-anakku sibuk mintak makan.Sabarlah nak.Mak beri makan sekejap lagi.Tapi anak aku si Baby tak berbunyi pun.Entah siapalah yang letak Baby dalam kandang.Biasanya aku biar je dia bebas.Suka tengok dia terkedek-kedek dengan bulu kembang dan ekor kontotnya tu.Comel!

   Aku ambik si Baby dari kandang tapi Baby tak beri respon apa pun.Kenapa pulak ni?Semalam bukan main lagi manja dengan aku.Siap mandi terus tidur atas riba.Tapi, hari ni berbunyi pun tidak.Apa lagi nak menyusu!Entah-entah....   Rabu, 15 Januari 2014,aku check Baby di belakang.Innalillah.... Betul telahan aku.Baby tak sihat.Tapi, takkan tiba-tiba je?Rupa-rupanya.....


Gambar Google
Lebih kurang macam nilah rupa si Baby.

......................  laki aku terpijak si Baby.
Cool aje dia kata, " Siapa suruh jalan celah kaki"
Grrrrr!!!!

Malam tu, bengkak mata anak aku sebab adik dia meninggal mati terpijak!

    

Histeria, kembar tak siam dan manuk gemek.

   Lepas sembahnyang maghrib, aku ke rumah emak macam biasa.Badan masih tak berapa sihat tapi kalau tak jenguk emak, takut emak ternanti-nanti pulak.Sampai rumah emak, dua orang anak buah aku dah ada menunggu.Macam biasa, aku mula kemas sikit rumah emak dan jenguk apa yang ada di dapur.Ayah dah siap masak nasi sebelum ke masjid.

   Malam semalam, aku tak ke rumah emak kerana menyiapkan kerja sekolah sampai jam dua.Sedih pulak bila aku dapat tahu, lepas ayah balik dari masjid dalam pukul 9 malam, baru ayah nak memasak untuk ayah berdua dengan emak.Sedangkan aku sebelum jam 7 lagi aku dah kenyang.Tak patut betul aku jadi anak.Hu!Hu!Hu!

   Balik kepada cerita malam ni, selepas aku kemas-kemas rumah emak, aku baca suratkhabar sambil baring.Badan masih lagi rasa seram sejuk. Cerita dalam suratkhabar, kes histeria di SMK Tg Puteri Resort.Adik aku mengajar di sana.Tak sabar nak dengar cerita adik aku.Cerita dalam HARIAN METRO kadang-kadang bukan boleh percaya sangat.Opps!Lepas tahu cerita sebenar nanti, barulah aku cerita pasal histeria di sekolah adik aku tu.

   Lebih kurang dalam jam 9 malam, kakak sulung aku sekeluarga juga balik ke rumah emak.Yahoo!Memang seronok kalau kakak aku balik.Boleh berborak malam-malam.Paling seronok cerita hantu.Tak lupa juga seronok ingat balik kenangan zaman kecik-kecik semasa tinggal di kampung dulu.Aku pun tidur rumah emak malam ni.

  Semasa aku menaip ni, jam dah pun 11.47 malam.Tapi, rumah emak masih riuh.Anak-anak saudara aku sedang seronok makan maggi kari.Kakak dan abang ipar aku pulak tengah seronok cerita tentang 'manuk gemek'.Aku pun baru first time tahu apa tu 'manuk gemek'.Nak tau?Jap lagi aku share gambar 'manuk gemek'.



Kembar tak siam.
Aku dan kakak.


Inilah 'manuk gemek' aka burung puyuh.

ps: Sekarang ni ayah pun join cerita pasal susur-galur keturunan aku.Tiba-tiba, aku rasa makin sihat pulak.

: )


Wednesday, January 15, 2014

Kangkung yang sedap dan telus.

   Semua cerita kangkung.Tak habis-habis kangkung.Alahai!Rakyat Malaysia.Mehlah kita cerita benda lain pulak.Tapi aku nak juga cerita kangkung.Cerita kangkung aku bukan kangkung naik harga atau turun harga.Cerita kangkung aku telus.Tak de niat tersembunyi.Tak de underlying meaning.Telus setelus-telusnya.Tak percaya?Meh tengok gambar kangkung.



Tu dia!Kangkung celur cicah sambal asam.
Try buat pertama kali jering rebus.Fuyooo!Rasa macam pistachio!
Nak resipi?

BELI KANGKUNG DULU.

Tuesday, January 14, 2014

Sorok bau budu.

  Tajuk tentang budu.Yes!Aku pernah fobia dengan budu.Fobia dengan Kelantan kerana suatu kejadian yang tak ingin aku ingat.Tapi sampai bila?jadi, hari ni aku cuba mendekati kembali 'budu'. Bukan budu dalam botol.Tapi budu dalam TV.Dengan kata lain, aku menonton telemovie tentang budu hasil produk Balang Rimbun.Hasil sentuhan idea seniman (bagi aku dia layak digelar seniman) tersohor, SABRI YUNUS.

   Tajuk telemovie ni nampak macam komedi tapi bila ditonton, sangat jauh dari komedi.Dengan kata lain, telemovie ni membawa mesej yang bukan setakat gelak-gelak macam Raja Lawak.Kisah tentang seorang pemuda kelahiran Kelantan bernama Idris yang beranggapan dirinya hanya akan maju sekiranya melupakan asal keturunan sebagai orang Kelantan.Maka si Idris ni menukar namanya menjadi Ider, seorang pemuda konon asal Segambut dan anak saudara pada seseorang dari Pontian, Johor.

    Oleh kerana malu mengaku sebagai anak Kelantan, si Ider ni secara tak langsung seolah-olah menipu kedua orang tuanya.Hakikat sebenarnya, si Ider ni telah dididik untuk menyayangi budaya Kelantan kerana bapanya Pok Him adalah penggiat seni budaya Kelantan.Pok Him seorang tukang kebun tetapi sangat mahir tentang wau bulan.Oleh itu, tak mungkin kononnya si Idris akan lupa asal-usulnya.Malangnya, dengan anggapan dia takkan maju sekiranya tetap dengan jati diri Kelantan, si Ider cuba menukar asal-usulnya walau pun ia menyebabkan hubungannya dengan Fina, anak seorang pemandu teksi asal Kelantan, putus semata-mata kerana bapa si Fina hanya hendakkan orang Kelantan sebagai menantu.

   Rahsia si Ider akhirnya diketahui oleh rakan serumahnya, Nik Arif Nik Soh, kelulusan luar negeri berasal dari Kelantan yang sangat tebal jati dirinya.Dan si ayah, Pok Him juga kebetulan berjumpa dengan si Arif, bekas pelajar tempat Pok Him bekerja.Kenyataan tentang si idris yang bertukar menjadi Ider dan malu mengaku sebagai anak Kelantan, melukakan hati Pok Him.Selepas hanya 2 hari di Kuala Lumpur, Pok Him dan Mak Esah,ibu Idris, segera pulang ke Kelantan.Tujuan asal membawa Idris pulang untuk menyambut Aidil Adha terpaksa dilupakan.

   Babak Pok Him berjumpa dengan Idris di tempat kerjanya, betul-betul mengusik hati.Demi menjaga air muka Idris di depan teman setugas yang mengenalinya sebagai Ider, Pok Him sanggup mengaku dia hanyalah seorang tua yang mencari anak yang hilang.Si Ider yang konon membantunya dan Pok Him berulang kali mengucapkan terima kasih atas bantuan si Ider mencari 'anaknya yang hilang'.Tak de ekspresi bersalah pada wajah si Ider.Hanya selepas 'dibasuh' oleh Arif, teman serumahnya, barulah si Ider kembali menjadi Idris dan dalam babak akhir Idris menyambut Aidil Adha di kampung.

   Kesimpulan yang aku dapat, bila ada telemovie air tangan SABRI YUNUS, mesti kita tonton kerana di sebalik tajuknya yang tak komersil, mesej yang disampaikan tersangatlah dalam.SABRI YUNUS jugalah yang menghilangkan fobia aku pada Dikir Barat.Sebagai penutup, aku beri 5 bintang pada 'SOROK BAU BUDU' sepertimana aku beri 5 bintang juga pada hasil tangan SABRI YUNUS yang lain.Tahniah!


Gambar Google.


Sedapnya budu dan durian.

Tray dah tutup lah!

   Masih bergelut dengan my HP Deskjet 2515.Masih merajuk.Dah bawa jumpa doktor pun masih merajuk.Dahlah nak print dokumen berlambak-lambak.Stress mak macam ni.Tarik nafas!Tarik nafas!Niat di hati nak tolong print semua Yearly Lesson Plan for all my English teachers tapi nampaknya tak daya omak.Terpaksalah email je.Minta maaflah banyak-banyak teman-temanku semua.Ponek den pujuk-pujuk.Tak mau juga dia.Hadoi!!!Dahlah blog pun dah hilang colour!Tarik nafas lagi!Ponek bona den jadi cikgu sekolah.


Nak minta tolong siapa ni?
Penat dah try macam-macam cara.
Masih tetap blink-blink.
Tray dah tutup betul-betul tapi masih dapat mesej tray tak tutup.
Dah tu hampeh tak leh print langsung.

Dua gambar aku letak.Nak marah tu!

Let's have a break!