Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, May 31, 2014

Tabahlah Mak.

   Macam-macam perkara berlaku sepanjang Cik Lenovo aku kejung koma.Banyak untuk dikongsi.Namun untuk hari ini cukuplah sekadar berkongsi kesedihan bersama teman blogger MAK DARA yang kehilangan suami tercinta.Aku doakan Mak Dara dan keluarga tabah menghadapi ujian Allah. 


Bicara Mak Dara

Al Fatihah buat suami Mak Dara Mathias Mohd Ali.

Tuesday, May 27, 2014

Kisah Si Ibu, atuk dan madu.


Nak tolong mak siram bunga ke bu?
Rajinnya ibu!
Dah tak rindu Yai lagi ye?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
    IBU adalah nama kucing aku di atas.Asalnya ibu ni kucing ayah aku ( Yai = atuk)Mula-mula ayah jumpa di masjid.Ayah beri makan.Tak lama kemudian Ibu ikut ayah balik.Jadi ayah pun belalah si ibu ni sampai dapat anak nama Belang.Tapi ayah tak larat nak bela 2 ekor.Ayah bela si anak je sebab Belang belum pandai jaga diri.Ayah pun hantar Ibu 3 kali ke taman perumahan bersebelahan dalam jarak 8 km.Eh!Setiap kali itulah Ibu ni balik rumah ayah.Masa tu Ibu bunting.Kesian aku tengok Ibu.Bapaknya kami gelar Samseng Kampung sebab rupa macam samseng ala-ala 6 jahanam dan kerjanya meronda satu kampung.Dahlah perut memboyot, Ibu jadi trauma terlampau bila nampak orang.

   Jadi, aku pun pungutlah si Ibu bawa balik.Huiii!!!Kuat betul kasih sayang Ibu pada ayah.Aku bawak balik pagi, petang Ibu dah sampai rumah ayah.Begitulah selama beberapa kali.Jarak rumah ayah adalah dalam 1 km.Bila Ibu beranak di rumah ayah, aku biarkan je 2 minggu.Tunggu baby besar sikit untuk aku bawak balik.Tapi bila aku bawak balik, semua anak Ibu mati.Huhuhu!Ibu pun jadi meroyan.Sekejap balik rumah ayah, sekejap balik rumah aku.Pernah sekali Ibu mengiau depan pintu rumah ayah pukul 1 pagi.Rindu sangat agaknya Ibu pada ayah.

   Tapi, lama-kelamaan, Ibu dapat terima aku sebagai emak dia yang baru.Aku sayang Ibu.Hari-hari aku peluk, aku cium dan aku bercakap dengan Ibu.Dan sekarang, Ibu dah tak balik dah rumah ayah.Ibu pun dah ada 2 ekor anak baru yang aku namakan Chika dan Chacha.Cukuplah keluarga aku.Panji sebagai bapak, dengan dua bini bermadu, Ibu yang aku ceritakan ni, yang aku panggil Ibu Putih dan seekor lagi kucing yang aku pungut aku namakan Ibu Kuning.Mereka bahagia dengan 6 ekor anak.2 ekor anak Ibu Putih, 4 lagi anak Ibu Kuning iaitu Nunez, Eli, Mika dan Kasmir.Bukti mereka bahagia adalah : Tak kira anak siapa, kedua-dua ibu akan sama-sama menyusukan.Bahagiakan? Hehehehe!



Yang ini Nunez anak Ibu Kuning tapi bulunya macam Ibu Putih.



Yang ini Eli anak Ibu Kuning juga.Pun langsung tak de ciri-ciri kuning.

Monday, May 26, 2014

Cara jana pendapatan melalui blog.

   Bagaimana menjana pendapatan melalui blog?Soalan ini banyak jawapannya.Maklumlah lain blogger lain caranya.Cubalah google tentu ada blogger-blogger yang update entry pasal tu.Kalau aku sendirilah, takdelah banyak mana aku menjana pendapatan dari blog.Setakat boleh bayar bil telephone dan internet je.Niat asal blogging pun bukan apa.Cuma teringin nak kongsi pengalaman hidup terutama sebagai seorang guru.Nak menulis dairi, aku jenis malas nak berkawan.Blog aku ni pun bukan macam blog cikgu-cikgu lain yang penuh dengan KBAT, HOTS,PISA, dan macam-macam lagi.Blog aku blog anchovy je.Setakat tulis apa yang aku rasa nak kongsi.Jadi, manalah ada pendapatan sangat.Jadi kalau ada yang tanya, Bagaimana Cara Menjana Pendapatan Dari Blog, jawapan aku, jadi diri sendiri jelah.Kalau tak faham, sila berguru pasal blogging banyak-banyak.Rajin-rajin ketuk pintu rumah blogger-blogger terkenal.Contohnya Ben AshaariHasrul Hassan dan ramai lagilah.Dengan kata lain, perlu betul-betul rajin dan ada komitmen.Kalau setakat suka-suka macam aku, manalah boleh jana pendapatan lebih.Ye dak?

-
-
-
-
-
-
-
-


Dahlah Nunez.Jangan dok berangan nak jadi blogger macam mak.
Baik tolong jaga pokok bunga mak tu jangan bagi Si Panji tembak.
Nunez ( Kucing aku yang tengah termenung tu.Nama sempena pemain JDT Nunez Gonzale)
Panji ( Kucing aku juga.Nama sempena watak dalam sinetron apa entah)

   

Sunday, May 25, 2014

Ako si Eli Davide

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu aku takut sekarang aku garang
Dulu aku takut meronda
Sekarang akulah heronya......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Aku yang dulu
Kecik
Tomei
Imut-imut
Cute
Jalan pun ala-ala kucing demam
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Aku yang sekarang
Ala-ala Aaron Aziz.
Hehehe....

Catatan Hati : Seekor AKU bernama Eli Davide.

Nama sempena Eli Davide di bawah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


John Llyod Cruz in More Than Heart.
Emak aku kan peminat Telenovela Philippines.
Hehehehe!






Datuk Lee Chong Wei sujud syukur?

   Tika dan saat ini, tentu rakyat Malaysia sedang berdebar menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun dari India.Aku pun.Berdebar jantung jangan katalah.Walau pun beregu pertama kita tewas, tetapi tewas sikit sangat.Setakat jam 8.00 malam waktu Malaysia, kedudukan masih 1 sama.Mudah-mudahan kita takkan kempunan membawa pulang Piala Thomas malam ni.Sama-samalah kita berdoa ye.

   Cuma yang menariknya sebaik saja sah Datuk Lee Chong Wei menang perlawanan pertama, dia terus membuat aksi seolah-olah sujud syukur seperti orang Islam dan kemudian mencium gelanggang.Aku teringin nak tau.Dalam konteks agama lain terutama Kristian atau Buddha, ada tak aksi begitu sebagai tanda kejayaan atau syukur?Tapi jangan jadikan isu pulak ye.Aku saja nak tau je.


Badminton-lee chong wei.jpg

Sumber gambar dan biodata Datuk Lee Chong Wei di sini.

Ok.Kita sambung menonton Piala Thomas.

Wednesday, May 21, 2014

Entry tenggelam timbul.

   Alhamdulillah..... Walau pun Cik Lenovo aku masih koma, aku masih lagi dapat update blog walau pun cuma sesekali.Dengan kata lain, Cik Lenovo yang koma bukan penghalang untuk aku blogging.Yeahhh!!!Semangat gitu walau pun bengang juga kerana tak dapat nak merayau seperti selalu.Apa pun , terima kasihlah kepada mereka yang masih sudi melawat ke blog aku yang masih nyawa-nyawa ikan ni.

   Perkembangan terkini, aku masih lagi berulang-alik ke Hospital Sultan Ismail.Tak de yang serius cuma untuk kawalan kolesterol je. Doktor kata kena diet betul-betul kalau tidak takut kena serangan jantung.Iyelah tu.Aku ikut je.Cuma yang tak gemarnya kena ambil darah cucuk sana-sini yang betul-betul menyakitkan.Aktiviti lain seperti biasa, sekolah, layan anak-anak murid, sambut Hari Guru, dan macam-macam lagilah... Insyaallah, bila keadaan mengizinkan, macam-macam aku nak share.Tunggulah ye. Muahh!

Thursday, May 15, 2014

Doakan Azma.....

      Ya Allah ya Tuhanku.Aku bersyukur padamu kerana limpah kurnia yang kau beri.Walau pun tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya aku selalu tak sihat, namun ujian yang kau berikan tidak seberat ujian teman-temanku.Sekurang-kurangnya aku masih diberi nikmat untuk merasai indahnya nikmat dunia.Aku masih mampu bergerak bebas meski pun terkadang langkahku terganggu.

   Pada 12 Mei yang lalu, aku menjalani pemeriksaan rutin di Hospital Sultan Ismail.Masalah yang tinggal hanyalah kolesterol tinggi.Aku perlu mengikut diet yang diberi oleh doktor.Jika tidak masalah untuk jantung.Namun, seorang temanku terlantar tanpa mampu berbuat apa-apa di tingkat 5 wad HDW ( High Dependency Ward) di HSI.

  Asalnya cuma gangguan di perut yang dijangka gastrik.Tetapi rupa-rupanya appendiks yang dah pecah.Akibatnya temanku perlu menjalani 3 kali pembedahan dan yang terakhir perlu ditebuk lubang di perut untuk pengeluaran najis.Dengan wayar berselirat di seluruh badan, di mulut.... Ya Allah..... tak sanggup aku lihat.Dengan demam panas dan suhu badan tinggi menambahkan lagi buruknya keadaan.... Doakanlah temanku Puan / Cikgu Norazmawati binti Rasydan.

Wednesday, May 7, 2014

Bangunlah sayang dari koma.... Huhuhu!

   Rasanya duniaku sepi tanpamu.Sejak 21 April lalu kau koma tak sedar-sedar.Doktor kata peluangmu untuk selamat 50-50.Aduh!Risaunya aku!Andai kau tiada, akan suramlah duniaku.Mana mungkin aku temui kekasih yang setia seperti dirimu.Biarpun usiamu meningkat tua, aku masih amat memerlukanmu.Sedarlah segera.Bangunlah sayang dari koma.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cik Lenovo kesayanganku mogok tak boleh on.
Koma dari 21 April lepas.
Huhuhu!

Tumpat, Johor.

   Dua hari lepas aku masuk ke kelas.Ada seorang pelajar tu, bukan main pekat bunyi Kelantannya.Bila aku tanya, asal mana.Dia kata Tumpat.Sahlah orang Kelantan.Aku tanya lagi, bila pindah Pasir Gudang.Dia kata, baru lagi.Aku pun ok jelah.Tiba-tiba, anak murid aku tu kata; Tapi saya orang Johor tau! Alamak!Aku confuse sikit.Rupa-rupanya, dia mengaku jadi orang Johor sebab dah terserap semangat Johor Luaskan Kuasamu. HIDUP JOHOR!


Ini rupa peta Johor kalau ada yang tak tau.


My date tonight...


Ben Kilauan Emas 4.

Tuesday, May 6, 2014

Cara halang kucing memerut ikut suka.

   Sesiapa yang memelihara kucing kampung dan tinggal di kawasan kampung atau ala-ala kampung, tentu naik angin bila kucing yang kita sayang memerut ikut suka.Pantang nampak kawasan berpasir.Hatta atas rumput pun dia memerut.Pada hal kita dah sediakan baik punya tempat plus selesa untuk dia orang melepas hajat.Geram, kan?Segan pada jiran sebelah sebab tentu haruman yang terhasil terhidu juga oleh mereka.Betul tak?

  Masalah yang sama juga sedang aku hadapi.Silap aku juga.Manjakan sangat budak-budak tu.Sampai langsung tak takut.Malah pantang nampak muka aku atau kakak-kakak dia orang yang berdua tu, mesti budak-budak tu mengiau sikit punya manja.Sampaikan dua, tiga hari lepas, aku berdiri cuci pinggan, si Kasmir melompat atas badan aku nak naik atas bahu.Bertuah betul! Sampaikan luka pinggang aku dicengkam dek Kasmir! Aku nak marah pun tak sampai hati bila tengok muka manja dia.Aduh!

   Balik pada tajuk di atas, sedang aku pening fikirkan nak halang anak-anak berekor aku memerut ikut suka, anak aku yang sulung dapat idea untuk guna cuka.Caranya, curahkan cuka di mana-mana tempat yang kita nak halang makhluk-makhluk berbulu lembut tu memerut.Lepas aku cuba, alhamdulillah... Berkesanlah!Nampaknya kenalah aku beli cuka banyak-banyak sebab kawasan luar rumah aku ni luas.Mudah-mudahan, anak-anak manja aku tu, akan hanya memerut di kawasan yang ditetapkan.

   




Monday, May 5, 2014

Cara halang belalang makan tanaman.

   Aku baru je rasa seronok sebab pokok-pokok bunga yang aku tanam, bukan main sihat.Tiap-tiap hari aku belai, aku peluk aku cium.Lebih-lebih lagi pokok bunga ros aku.Ada 15 kuntum yang sedang kembang dan entah berapa entah yang masih kudup.Tapi, petang tadi, aku perasan ada daun yang berlubang.Belek punya belek, barulah aku perasan, ada belalng kecik dok baik punya berjoget-joget lagu joget Pahang, sambil kunyah daun bunga ros aku.Hampeh betul!

   Aku cuba tangkap.Aku tak kejam tau cuma terpaksa.Siapa suruh Cek Lang tu makan pokok kesayangan aku?Tapi, penat aku cuba, tak dapat-dapat nak tangkap.Agak-agak, adalah dalam 5,6 ekor.Yang menari zapin pun ada aku tengok.Tu tak campur yang bertango!Bertuah punya belalang!Kucing aku si Chika dan Kasmir pun cuba nak tangkap tapi Cek Lang anak beranak tu, jadi akrobat pulak.Akhirnya langsung tak dapat nak tangkap.Ada tak sesiapa tahu cara nak halang Cek Lang anak beranak tu serang pokok bunga ros aku?


Inilah ghupe Cek Lang tu.

Love you Luciano!

   Minit ke 13, Johor Darul Takzim dapat satu gol.Alhamdulillah.... Mudah-mudahan, rentak permainan JDT terus cemerlang, gemilang dan terbilang.Luaskan kuasamu Johor!  # senyumsampaitelingaorangjohor.

Aneh dan terima kasih...

   Hidup ini terkadang aneh.Sekejap di atas, sekejap di bawah.Sekejap gembira, sekejap berduka.Jika tersilap langkah, tanpa iman di dada walau sekelumit cuma, pasti kita akan menyalahkan takdir.Tambah parah jika kita menyalahkan Allah.Lihat orang lain bahagia dan kita derita, bisikan syaitan boleh memesongkan akidah.Moga dijauhkan hendaknya.................


Terima kasih kerana memberiku ujian...

Let's have a break!