Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, June 29, 2014

Kebun bunga kebun sayur

   Aktiviti kebun bunga aku teruskan walau pun bulan puasa.Setakat hari ni, jenis bunga yang aku berkenan sangat adalah mawar dan daisy.Senang nak hidup dan jaga.Bunga kekwa, petunia dan periwinkle aku suka juga tapi susah nak jaga.Sambil tu, aku cuba juga tanam pokok matahari, tomato ceri, terung,orkid dan pandan.Hajat di hati, selepas ni aku nak buat taman herba pulak.Sekurang-kurangnya, senang sikit aku nak masak.Tinggal petik aje di tepi rumah.Barulah boleh upload gambar masakan selalu macam Che Mat Gebu Tiffin Biru.Sebelum ni, aku dah beli 10 paket benih bunga dan sayur tapi entah mana aku campak.Puas cari tapi tak jumpa.Oklah.Aku share gambar je dulu.Mata pun dah mengantuk ni.Esok nak sahur.





Eh!Enterframe pulak si Nunez.





Ni benih markisa.

   

....dalam kenangan

   Kedatangan Ramadan membawa seribu makna bagi umat Islam.Ada yang gembira dan ada juga yang berduka kerana kehilangan mereka yang tersayang.Aku pun baru saja kehilangan yang tersayang.Allah ambil usianya di kala masih terlalu muda.Simptom awal cuma demam selsema biasa.Aku beri ubat demam dan selsema tapi tak sembuh-sembuh.Sedangkan dua,tiga hari sebelum itu, dia sihat walafiat.

   Mula-mula, aku perasan, hidungnya berhingus.Kemudian, bau nafasnya bertukar busuk.Air liur meleleh tanpa henti.Makan minum pun tak lalu.Matanya langsung tak bersinar.Suaranya sayu je.Semasa dia sihat, dia selalu temankan aku berkebun.Bila dia dah tak de, hanya gambarnya saja sebagai kenangan.Walau pun Allah pinjamkan dia hanya untuk 3 bulan lebih, aku sangat-sangat bersyukur kerana dia pernah memberi cahaya dalam hidupku.


Chacha dalam kenangan
10 Mac 2014 - 27 Jun 2014

Shopping, solat dan rezeki.

   Syukur alhamdulillah... Hari ni hari pertama ramadan.Malam tadi aku sempat ke masjid untuk terawih.Ramainya orang.Budak-budak kecik pun ada.Aku mampu buat 8 rakaat je.Mudah-mudahan malam ni dan malam-malam seterusnya aku berkesempatan untuk berterawih.Kebetulan tamat p&p sesi petang pukul 5.Kalau tak jem, pukul 6 dah sampai rumah.Malam bolehlah ke masjid.

   Cerita tentang solat, aku teringat pengalaman solat di beberapa pusat membeli-belah.Contohnya di Aeon Tebrau City.Ramai yang sanggup meluangkan masa untuk solat.Walau pun ada yang berpakaian agak seksi, tapi tetap menunaikan solat.Bila tiba waktu solat, ada pengumuman dibuat untuk maklumat pengunjung.Dalam surau pun ada pengawal keselamatan yang bertugas.Jadi, tak rasa risau untuk solat.

    Di Kip Mart Masai pun bila tiba waktu solat, orang boleh tahan ramai.Ada yang bawa anak umur tadika dan sama-sama solat.Alhamdulillah.... Kiranya kesedaran umat Islam untuk solat lebih tinggi jika dibanding zaman aku muda-muda dulu.Shopping, shopping juga tapi solat tetap tak tinggal.Ok.Aku sambung lagi nanti.Dah mula nak ribut petir dan hujan lebat di Pasir Gudang ni.Lama tak hujan.Rezeki Allah beri hujan sekejap lagi.


Selain hujan, Allah turunkan rezeki melimpah-ruah tahun ni contoh buah mangga yang anak buah aku pegang ni.Tanam di Seksyen 7, Shah Alam.



Yang ni rezeki Allah beri hasil dari tepi rumah.
Alhamdulillah....


Saturday, June 28, 2014

Fiyya atau Farah?

   Soalan hari ni tak de kena mengena dengan Feeya Iskandar Radio Sinar atau Farah mana-mana.Cuma nak cerita tentang anak sedara terbaru aku yang baru berusia 51 hari.Nama penuhnya Nur Farah Safiyya.Keluarga di Kajang panggil Farah tapi di Johor dah ramai benar yang nama Farah.Apa kata aku panggil Fiyya?Ok tak?

   Semalam Fiyya sampai rumah emak dari Kajang.Ya Allah geramnya aku tengok.Cool je.Menangis pun ala-ala manja.Rupa macam adik bongsu aku ada,(papa si Fiyya) macam emaknya pun ada(adik ipar aku).Comelnya!Dah lama tak pegang baby rasa macam nak pinjam bawak balik.Astik dukung cik Meow je.     Alah mak!Dah azan zohor dah.Aku belum belanja barang dapur lagi ni.Jumpa lagi petang nanti ye!



Fiyya umur sehari.




Fiyya dalam pantang.
Fuyooo !  JDT tu!



Fiyya dah lepas pantang.

Mydin Mall Taman Rinting dan cuti-cuti Johor.

   Assalamualaikum!Selamat Pagi semua!Apa plan hari ni?Bagi warga Johor Darul Ta'zim terutama di Pasir Gudang dan Masai, tentu ada yang merancang untuk ke Mydin Mall di Taman Rinting yang baru dibuka pada 26 Jun yang lalu.Almaklum sajalah, hampir puasa ni, macam-macam jenis barangan dengan harga sangat berpatutan ada dijual.

   Kebetulan pada 26 Jun lalu, aku berpeluang berkunjung ke Mydin Mall tu.Memang sangat menarik kerana tersangatlah meriahnya.Bukan setakat warga Johor, ramai juga saudara-saudara dari Singapura.Cayalah!Kalau dulu, kami warga Johor mesti ke Woodlands semasa nak puasa atau Hari Raya, tapi sekarang, warga Singapura pulak yang ke sini.

   Antara department yang menarik untuk dikunjungi adalah di bahagian sejadah dan telekung.Sehelai sejadah yang boleh tahan tebal dan cukup berkualiti boleh dibeli dengan harga cuma RM5 sehelai.Begitu juga dengan telekung dengan harga serendah RM40 untuk jenis Vietnam dengan bermacam warna.RM100 untuk 3 pasang pun ada tapi agak nipis dan tak sesuai untuk solat.Untuk telekung cotton jenis lama dengan renda biasa ada yang dijual dengan harga cuma RM17!Memang berbaloi!

   Di bahagian kelengkapan rumah pun macam-macam ada.Barangan keperluan Hari Raya pun dah berlambak-lambak.Tinggal pilih je.Cuma untuk kuih Hari Raya, aku galakkan kita buat sendiri.Bukan apa, berdasarkan pengalaman, kuih-kuih murah di pasar-pasaraya, memang murah tapi rasanya tak berapa ummmph.Rupa memang cantik.Oh ya!Aku tengok bekas kuih, macam-macam jenis dengan harga serendah RM2.90.Cukup berbaloi.Bukan saja murah tapi sangat cantik.Macam-macam warna ada.Alahai nak share gambar tak sempatlah pulak.

   Oh ya!Untuk pengetahuan semua, warga Johor bercuti panjang hujung minggu ni.Hari Khamis, 26 hb, cuti khas kerana JDT menang piala .... er... ummm bola sepak ..... alah lupalah pulak.Terima kasihlah pada Diaz yang menendang bola bagi gol. Hari Jumaat, memang cuti hujung minggu.Hari Sabtu, kami warga sekolah memang tak sekolah.Hari Ahad, cuti sempena awal Ramadan.Hari Isnin, bagi kebanyakan sekolah pun bercuti kerana cuti terkejut hari Khamis 26 hb tu, banyak sekolah ada program yang tak boleh dibatalkan ikut suka jadi ganti cuti hari Isnin.Itu yang shopping complex penuh semacam...

   Berbalik kisah Mydin Mall Taman Rinting tadi, bagi sesiapa nak ke sana, jangan risau kerana dari jauh dah nampak.Tak payah guna Waze etc.Guna mata je. Hehehehe.Siapa yang tau Restoran Mee Rebus Haji Wahid, senanglah nak cari Mydin Mall.Pasal parking, jangan risau, sangatlah luas.Yang penting, minyak kereta mesti ada.Kalau tak, parking luas pun tak guna kalau kereta tak boleh gerak.Hahaha!

   Selain Mydin Mall di Taman Rinting, awal-awal pagi macam sekarang ni, boleh juga ke pasar tani Pasir Gudang di Kompleks Pusat Bandar.Macam-macam ada.Nak beli organ dalaman lembu dan kambing pun ada.Hati, jantung, paru, pendek kata sebut je dan hulur RM. Tapi sesiapa ada kolesterol tinggi, jangan makan organ dalaman.Doktor marah sebab kolesterol naik.Macam aku ni.Kemudian, lepas shopping di pasar tani, boleh singgah First Lady beli baju raya.Macam-macam pilihan dan cantik-cantik pulak tu.

   Plan aku hari ni, nak ke Tesco Seri Alam jelah sebelum ke Mydin Mall di Taman Rinting.Aku nak beli barang dapur, barang basah dsbnya untuk persediaan puasa.Konon tahun ni aku tak nak ke bazaar sebab nak jaga badan eh kesihatan di samping nak jaga kocek.Aku suka sangat ke Tesco Seri Alam sebab aku boleh shopping bunga hidup untuk tambah koleksi bunga di rumah.Ni pun projek aku nak sambut Hari Raya sejak 3 bulan yang lepas.Setakat hari ni, alhamdulillah.... dah ada 17 pasu dengan pelbagai jenis bunga dan warna.Barulah berseri rumah aku.

   Oklah.... Aku minta diri dulu.Nak bersiap-siap pergi menyongket kejap lagi beli barang dapur sambil intai-intai bunga baru untuk koleksi @ projek taman bunga aku.Jom!Kita cuti-cuti Johor!Eh!Lupa pulak nak share pasal bazaar karat di Pasir Gudang.Kalau hari hari biasa, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 9 malam, boleh dilawati di perkarangan stesen bas Kompleks Pusat Bandar tapi mulai esok hingga 29 Ramadan, tempatnya akan ditukar ke Stadium Perbadanan Pasir Gudang.Jemputlah singgah!


 Projek taman tergantung.Recycle botol yang berlambak-lambak.



Projek awal bulan lepas.



Projek kulit telur belum siap lagi ni.



Recycle basikal lama anak buah aku.
Daripada Mail Upin Ipin jual 2 singgit, baik aku buat taman.



Abang Long Kawasan si Panji Semerang dan anak-anak pun tolong bagi support.






Friday, June 27, 2014

Dulu betina, sekarang jantan...Nasib baik tak....

   Syukur alhamdulillah..... Dengan limpah dan kurnianya dapat aku blogging semula.Yihaaaaaa!!!!Sambil naik kuda dan bawak lasso! Bukan apa, Cik Lenovo aku yang dulu tu koma tak sedar-sedar.Jangankan nak blogging, kerja sekolah pun banyak tertangguh.Nasib baik Bonda Pengetua faham.Oklah... Sila berkenalan dengan Cik Lenovo yang betina dan En.Lenovo yang jantan....Hehehehe!

Purple ni betina.


Hitam ni jantan.

Monday, June 16, 2014

Ayam sekolah dan OCD

   Aku nak minta pendapat tentang ayam sekolah.Maksud aku bukan ayam pergi sekolah tetapi memelihara ayam di sekolah.Ceritanya begini....Di sekolah aku ni ada satu aviary opss kandang besar dengan 4 ekor ayam;1 jantan 3 betina.Ayam betina tu dah mengeram pun.Memanglah comel ada ayam ala-ala zoo gitu tapi aku rasa kotorlah....

   Pertama, memang sah pada aku kotor sebab ayam tu tak mandi.Sorry!Sorry!Jangan marah aku buat lawak!Hehehehe!Maksud aku mesti ada habuk atau bulu atau apa-apa jelah yang terhasil dek ayam tu.Bila ayam-ayam tu poo poo, lagilah kotor.Setakat ni aku tak nampaklah pulak ada sesiapa tolong bersihkan kandang tu jadi dah sah makin lama tentu t*** ayam makin banyak.Eeeeiii!Geli tak?

   Kedua, entah kenapa aku risau sangat ada penyakit berjangkit yang mungkin akan disebarkan olah ayam-ayam yu,Maklumlah... ayam-ayam tu tak pernah pun jumpa vet.Mesti tak sihat 100%.Entah-entah banyak kutu cadbury di bulu-bulu ayam tu.Kata orang kena gigit kutu cadbury tu sakit tau!Cuba bayangkan kalau-kalau ada anak murid aku yang kena.

   Ketiga, tempat ayam-ayam tu dipamerkan sangatlah tak sesuai.Betul-betul di tengah-tengah antara kantin dan pusat sumber.Setakat ni memanglah tak de bau tak menyenangkan tapi entah kenapa kepala otak aku asyik terbayang je kuman, bakteria, hama dan entah apa lagi makhluk lain berasal dari ayam tu dok berterbangan time anak-anak muird aku makan.Apatah lagi bagi mereka yang makan di bangku-bangku di sekeliling kandang ayam tu.

   Keempat, kalau tak silap aku lah, dalam kawasan MPPG ni tak boleh bela ayam ikut suka.Contohnya kalau nak bela ayam di kawasan perumahan tentu ramai yang membantah atas alasan kebersihan dan kesihatan.Ini apatah lagi, dalam kawasan sekolah.Hmmmm apa pendapat anda?Nak je aku beritahu Bonda Pengetua supaya alihkan je kandang ayam tu jauh di belakang kawasan sekolah kalau masih nak pelihara juga.Kalau tak, memang aku tak lalu kawasan tu selalu sebab aku tak sanggup ternampak kuman, bakteria, hama dan yang sespesis dengannya dok melambai aku bila aku lalu?Tak logik?Apa pulak tak logik?Kan aku OCD!


Handsomenya ayam ni.  

Sunday, June 15, 2014

Mimpi ke bulan.

   Alahai mengantuknya mata.Hajat hati nak blogwalking tapi apakan daya dream walking jelah lepas ni.Penat maklumlah hari ni kan dah mula sekolah.Turun naik bangunan dengan kasut 2 inci, penat tau!Lainlah kalau ada lif!Tapi tak pe.Untuk anak-anak murid aku sanggup walau pun balik rumah dah pasti minta urut! 

   Esok, aku mula mengajar di sesi petang semula.Aku tak kisah.Petang atau pagi aku terima je.Yang penting AKU YANG MENURUT PERINTAH.Yang penting, aku dah makin sihat dengan berat badan yang makin bertambah.Tak boleh jadi ni. Aku hsereo;nc;s['znxuuiobJAjkk,zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz   Alamak!Minta maaf!Aku terlelap pulak.Kan dah kata aku mengantuk tadi?Hehehehe!Jangan marah.Jumpa lagi lah ye.Aku nak mimpi ke bulan dulu ni zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........................................................

Monolog yang bulat itu bola.

   Musim bola dah tiba.Ramai yang excited.Semua bola.Minum bola.Tidur bola.Mimpi bola.Serba-serbi bola.Jangan solat pun bola sudahlah.Sebenarnya, aku minat juga bolasepak ni.Tapi aku minat JDT je.Keh!Keh!Keh!Jadi bila JDT main, baru aku jadi penonton depan TV.Nak ke stadium?Tak kot..... Tak kuasa nak pergi dengan orang ramai macam semut.

   Cerita tentang bolasepak yang bermusim 4 tahun sekali ni, sebenarnya aku tak habis fikir.Semangat apa ye yang menyebabkan orang kita beria-ia sambut musim bola ni.Sedangkan negara kita bukan ambil bahagian pun.Jika dibandingkan dengan Kejohanan Hoki Piala Dunia baru-baru ni yang aku rasa tak ramai yang sedar apatah lagi nak bermoodkan hoki.Teringin juga nak tengok restoran dan sebagainya yang dihias bertemakan hoki macam sekarang ni betemakan bolasepak.Kenapa kalau hoki orang tak kisah ye?

   Seperkara lagi, sanggup hantu-hantu bola bersengkang mata menunggu siaran di TV.Sedangkan negara kita tak terlibat pun.Semangat patriotik apa ye yang telah tersuntik di hati orang kita?Nak juga tahu, agar dapatlah kita suntikkan juga bila negara kita terlibat dengan apa-apa kejohanan peringkat dunia.Aku rasalah, orang kita ni banyak sungguh duit.Apa taknya, bila musim bola, berebut-rebut kita beli t shirt pasukan yang kita sokong sedangkan negara tu tak de kena mengena pun dengan kita.Kan?Bukan setakat beli yang pasar malam harga 2 singgit tu tapi sanggup beli sehelai t shirt dengan harga RM200.Almaklumla... Apa kelas pakai baju pasar malam?

   Hmmmm...... Aku pun pelik dan tak habis fikir tentang anak-anak murid aku.Betapa mereka sanggup bersusah payah dengan mata merah semata-mata nak jadi burung hantu menonton bola.Kalaulah semangat yang sama diterapkan untuk belajar... alangkah bagusnya!Kalau anak murid yang bukan orang kita, mereka memang selalu jadi burung hantu.Tapi burung hantu yang rajin belajar di lewat malam bukannya burung hantu nak seronok je main bola. Hmmmm...... Entahlah...

   Bola... bola.... Agaknya aku yang tak ikut peredaran masa kot? Hmmmm ..... #Fikir lagi.



Harap-harap orang kita termasuklah anak-anak murid aku tahu di mana letaknya negara-negara yang terlibat dengan FIFA 2014 WORLD CUP ni ye.


.....................

   Lebih kurang 2 minggu aku berhenti berblog sebagai menghormati teman blogger Mak Dara yang kehilangan suami tercinta,Martias Mohd Ali pada 29 Mei yang lalu.Meskipun aku mengenali Mak Dara hanya sebagai teman blogger, aku juga turut terkesan atas pemergian arwah.Hanya doa mudah-mudahan Allah berikan kekuatan kepada Mak Dara sekeluarga.Doa juga buat arwah Martias Mohd Ali, moga Allah swt meletakkan beliau di kalangan mereka yang beriman.

Let's have a break!