Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, August 31, 2014

Merewang koci dan rebus lesung.

   Sabtu, 30 Ogos,selepas zohor, aku rewang di rumah jiran selang 3 pintu dari rumah.Majlis sambut menantu anak sulung.Anak murid aku juga dulu.Macam biasalah bila merewang;potong bawang, gunting lada, potong sayur, potong timun, nenas dan macam-macam lagi.Tapi yang paling aku suka ialah buat kuih koci.Dari gentel inti sampailah membungkus.Seronok merewang ramai-ramai.

   Semasa merewang, makcik-makcik dan nenek yang ada sempat buat teguran tentang orang sekarang.Pertama, kalau ikut adat Johor sebenar, jika majlis bertunang atau menghantar pengantin lelaki untuk majlis di pihak perempuan, kaum kerabat terdekat iaitu ibu, bapa, datuk atau nenek, tak manis ikut sekali.Konon katanya tak percaya pada orang kepercayaan yang telah jadi wakil.Tentang majlis bertunang, aku setuju sebab bertunang belum ada lesen nak bergambar berdua-duaan antara bakal pengantin, jadi kurang manis kalau bakal pengantin lelaki ikut sama.Tapi kalau majlis menghantar pengantin ke rumah pihak perempuan, tak salah kalau emak ayah, datuk atau nenek ikut sekali.Itu pendapat akulah.Zaman dah berubah, kan?

   Sedang kami seronok berbual-bual, tiba-tiba langit mendung dengan awan hitam tebal.Tanda hari nak hujan.Di tempat aku ni, kalau hujan lebat, mesti beserta guruh dan kilat berdentum-dentum.Tapi, sebelum hujan turun tu, seorang makcik tu kata, kalau zaman dulu, untuk elakkan hujan, pihak pengantin perempuan akan melontar baju pengantin ke atas bumbung.Petua mengelakkan hujan konon katanya.Oklah.Boleh terima lagi.Tapi petua merebus anak lesung dan pastikan anak lesung tu tak empuk untuk mengelakkan hujan, bunyinya sungguh lucu!Tak logik langsung!Makcik-makcik dan nenek-nenek yang ada pun ketawa geli hati.Memanglah anak lesung takkan empuk!Iye tak?Hehehe!

   Tak lama kemudian, hujan pun turun dengan sangat lebat kira-kira sejam.Habis kami yang merewang di luar basah kuyup.Seronok pulak dah lama tak main hujan!Masa-masa beginilah nampak sangat betapa seronoknya buat majlis kahwin cara rewang kerana dapat merapatkan silaturrahim.Semua bekerjasama dan bergotong-royong.Tapi kalau upah katerer, tak de peluanglah nak beramah mesra.Kan?Sehingga jam 6 petang, selepas kenyang dijamu dengan nasi putih dengan pelbagai lauk, barulah kami pulang.Esok pulak merewang semasa majlis.


Inti koci 


Aku, Hishamuddin dan ayah.

      Cuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan, agak sibuk bagi aku.Jumaat, 29 Ogos, walau pun mata masih lagi merah, aku ke rumah ayah.Mana boleh tidak.Kakak tak kembar aku balik.Seronok tolong kakak memasak di dapur.Hobi kakak aku ni memang memasak.Balik sehari pun, macam-macam masakan dia buat.Kali ini kakak aku masak pecal terung, ayam goreng dan sayur campur goreng sos tiram.Untuk dessert, kakak aku masak bubur jagung.Mmmmm.....mabeles!!!Hehehe!Tapi, aku tolong sekerat jalan je.Lepas sejam makan ubat gatal dek kerana konjunktivitis( sakit mata daa),mata aku macam kena gam.Tak boleh tahan.Apa lagi, letak je kepala, aku pun zzzzzzzz. 2 jam kau!

   Sebelah malamnya pulak, aku ke rumah jiran sebelah merangkap bekas teman sekerja merangkap emak saudara sepupu aku.Aku panggil Cik Ilah walau pun nama asalnya Masrawati.Orangnya alahai, baik yang amat.Dahlah cantik.Pandai masak pulak tu.Cik Ilah buat majlis doa selamat kerana anak sulungnya akan ke Makasar, Indonesia untuk belajar menjadi doktor.Alhamdulillah....Malam tu Cik Ilah masak lauk pucuk kayu tempoyak kegemaran aku.Wow!Mabeles!Mabeles!Walau pun tak makan nasi, penuh juga pinggan aku dengan sayur pucuk kayu tu.Terima kasihlah Cik Ilah.

   Siang 30 hb bersamaan Sabtu, sedang aku berguring-guringan sambil baca surat khabar sebagai sarapan pagi wajib, ayah telefon.Bila ayah telefon, berdebar semacam je.Hehehe!Rupa-rupanya ayah ajak ke majlis perkahwinan 2 pupu aku di Austin Golf Club di Mount Austin.(Alah... Di JB je pun.Bukan overseas)Aku pun segera bersiap bergaya sikit-sikit macam Mak Datin dengan baju lace dan handbag mahal sikit.Hehehe!Kalau selekeh nanti, ayah kutuk.Shhh!Maklumlah.Ayah bekas askar.Disiplin, beb!

   Sampai di bangunan cantik tersergam indah tu, kebetulan di depan aku kereta vip w22w jenis Perdana.Kereta rasmi YB Halimah Sadique tu.Aku pun follow dan dapatlah parking betul-betul di tepi dewan.Kalau tak, masak aku nak menapak.Aku muda sikit, bolehlah tahan.Tapi ayah?Mujur tak perlu jalan jauh.Turun je kereta, mak aih, ramainya kaki tangan @ kendarat berbaris di sepanjang pintu masuk.Ada yang seragam purple, ada yang seragam oren dan ada yang seragam pink.

   Aku terpandang seorang tok guru berbaju silat warna hitam dan emas.Fuyoooo!Dengan janggut dan jambang macam tok-tok guru zaman dulu.Ada juga budak-budak lelaki berbaju ala-ala pendekar zaman dulu.Ni mesti untuk adat menyambut pengantin lelaki ni.Siapa yang tak berapa pasti tentang adat perkahwinan di Johor, bolehlah selongkar entry-entry lama aku.Ada aku kongsikan secara detail.Termasuklah adat tol untuk suka-suka tu.Kalau nak cerita semua, tak sempatlah pulak.

   Jamuan macam biasa,lauk pengantin.Nasi beriani, laksa Johor dan dessert ice cream pun disediakan.Makan bufet dan ikut sukalah banyak mana nak makan.Tapi, adat majlis, makan ala kadar je dahlah kan.Tak baik ambik makanan sepinggan terak dah tu tak makan.Almubazir!Oh ya.Ada juga gear box @ tulang kambing masak masam manis.Aku makan semeja dengan ayah sambil ayah sibuk bertegur sapa dengan orang-orang politik kenalan ayah.Ayah aku dulu orang kuat UMNO.Entah datuk sapa je entah yang tegur ayah.

   Habis makan, DJ umumkan ketibaan VIP bersama ibu bapa mempelai.Wah!Datuk Seri Hishamuddin datang!!Bila DS muncul je, dengan senyuman lebar DS tak jemu melayan macam-macam orang yang ajak bergambar untuk kenang-kenangan.Ayah pun teruja jumpa DS dan kita orang pun ambil peluang bergambar.Lepas tu, barulah kita balik.(Dengan senyuman di bibir kerana dapat jumpa saudara dan DS Hishamuddin yang sporting)Ramai juga kawan-kawan berbangsa Cina yang bergambar dengan Datuk Seri.Lepas bergambar dan makan, kami pun berangkat pulang.Lambat-lambat nanti, sesak pulang jalan balik ke rumah.


Ayah terlupa pakai kasut kilat hari ni.Seronok bukan main jumpa DS Hishamuddin.
Bapa pengantin perempuan berbaju purple di belakang; Datuk Maulizan Bujang.

selfie, jangan tak selfie!

~ BERSAMBUNG~




   

  

Azam merdeka.MERDEKA!

  Hari ini, Ahad, 31 Ogos 2014, tepat jam 12.00 pagi, aku mula menarikan jejari tak berapa runcingku di kernal jagung En.Lenovo hitamku.Sambil sibuk menari-narikan jari-jemariku, si Nunez Gonzalez juga sibuk cuba melompat naik ke atas En.Lenovoku.Alahai anak!Berilah peluang emak nak update blog.Dahlah bulan ni mak kena tambah RM10 untuk purchase booster sebab dah terlebih guna 21.54 GB.Kau kacau pulak!Nak manja pun karang-karanglah.Atau pun kau takutkan bunyi bunga api yang berdentum-dentam di langit saat ini?Jangan takut nak.Itu cuma tanda sambutan betapa meriahnya malam merdeka.Tiada kaitan langsung dengan bedilan meriam seperti di Gaza.Relax sayang!Cuba jadi kuat seperti anak-anak Palestin.

   Aku tahu orang berazam semasa sambutan tahun baru.Tapi aku berazam  sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 hari ini.Aku berazam untuk lebih tegar berblogging.Dengan kata lain, aku ingin merancakkan lagi jejari tak berapa runcingku untuk terus menari dan menari setiap malam atau dengan kata lain setiap pagi.Jangan gelak ye.Itu azam tulus dari hatiku.Di samping berazam untuk jadi insan lebih baik dunia dan akhirat.(Ah!Cliche!)Mudah-mudahan, aku berjaya meletakkan ranking Alexaku kembali di bawah 1k seperti suatu waktu dulu.

   Oh ya!Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tanah airku tercinta, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Merdeka buat semua teman-teman bloggerku.Kepada BEN ASHAARI DAN QHALIFF SERTA ZAHRANYA, CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU, KAK PAH DJ, RAFINA MIMI, MIA LIANA, AFZALSUKASUKI, ABANG TERROR, BONI KACAK, BANG GEDEK, MAMA TUNZ, KAK IMA HALIMATON MOH KEMBARA, dan ramai lagilah.Semoga merdeka yang kita sambut, melahirkan CINTA yang maha dalam kepada negara tercinta.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!


Cik Google pun sambut merdeka.


Saturday, August 23, 2014

Fiyya Firdaus siri 2

   Tak sabar-sabar nak sambung cerita pasal anak sedara kesayangan semua si Fiyya.Mula-mula aku plan nak ke Kajang hujung bulan Mei tapi kesihatan tak mengizinkan.Jadi tak dapatlah aku peluk si Fiyya.Frust.Tak pelah.Dapat tengok gambar pun jadilah.Kebetulan adik aku yang berpeluang ke Kajang jadi dia jelah yang peluk Fiyya untuk kami di Johor.Emak bila dapat cucu bongsu ni, aku tak boleh agak perasaannya.Bukan apa, emak aku jenis yang susah nak diagak perasaannya.Tapi ayah, aku tahu sangat ayah suka yang amat.Tapi macam yang aku katakan awal-awal, semua rasa curious pandai tak adik aku jaga anak?Maklumlah, adik aku tu anak bongsu.Selalu jaga ikan je.


Alamak!Papa Fiyya ambik gambar kaki daa!!!Kreatifnya.Macam anak selebriti, 
tunjuk kaki je.Muka tak boleh.


Papa Fiyya dah mula dah.Ada ke patut buat Fiyya jadi Amoi!Tak baik sungguh!



Aku tak sihat nak ke Kajang.Adik aku dan suami serta dua anaknya je
 yang dapat jumpa Fiyya.Jealous!Anak saudara aku yang berdua ni aku panggil Prof sebab hobi masing-masing adalah bercakap dengan semut.

~Bersambung~


Lebih quota da...

   Aku taklah gila blogging.Up date blog pun ala kadar je.Tapi bulan ni sampai terlebih 20 GB aku guna U Mobile aku.Dengan kata lain, dah terlebih quota yang ditetapkan iaitu 20 GB sebulan.Nak tambah lagi karang membazir pulak.Jadi aku bersabar jelah dengan kelajuan minimum umpama siput tersedut-sedut.Sabar jelah.


Anak kucing aku ni pun pelik tengok aku membebel sorang-sorang.

Friday, August 22, 2014

Fiyya Firdaus 1

  Hari ini, aku nak mula bercerita tentang anak buah aku yang terbaru.Baru lebih kurang 3 bulan lebih lahir ke dunia.Tarikh tepat, lupa pulak aku.Maklumlah, penyakit lupa aku masih ada lagi sikit-sikit.Anak buah aku ni adalah puteri sulung adik bongsu aku yang jadi kesayangan semua.Kisah tentang majlis pertunangan adik bongsu aku tu ada aku ceritakan di SINI.Nama anak buah yang jadi kesayangan semua ni NUR FARAH SAFIYYA BINTI AHMAD FIRDAUS.Nama pendek di Kajang sebelah adik ipar aku, Farah tapi oleh kerana dah ramai sangat Farah di Johor, kami panggil Fiyya.
   

   Inilah rupa Fiyya semasa baru lahir.Nampak macam dah beso!Lahir di Kajang tapi lupa pulak di hospital apa.Eeeiiii!!!Geramnya!!!Montel!Rasa nak tarik-tarik pipi Fiyya tu.Masa Fiyya baru lahir, semua anak beranak di Johor tertanya-tanya;Pandai ke si Daus ( adik bongsu kesayangan aku ) tu menguruskan anak?Selama bujang, hobi dia maaaaancing memanjang.Jangan-jangan Fiyya masih merah pun dah kena tinggal pergi mancing.Kemudian, adik aku send gambar yang ni pulak...


   Adik aku nampak kekok tapi sekurang-kurangnya dah berani dukung Fiyya yang baru je lahir.Petanda baik tu.Semua orang tak sabar nak tengok perkembangan seterusnya...............................
Oh ya!Adik aku baru text beritahu Fiyya lahir pada 9 Mei 2014,jam 5.10 pm bersamaan hari Jumaat di Kajang Plaza Medical Centre.Untuk entry pengenalan ni aku share gambar Fiyya umur sehari je dulu ye.




Good night Fiyya!Jumpa lagi esok!


Thursday, August 21, 2014

Darah ada kuman.

   Dah lama sungguh rasanya tak buat kraf.Tak kiralah kraf apa.Termasuklah felt.Sebab pertama, masa.Sebab kedua, kesihatan.Hari Rabu, 20 Ogos lepas, baru je kena ambil darah lagi.Tapi kali ni nasib baik sekali cucuk je dah dapat urat.Kalau tak, macam selalu, lima enam kali cucuk baru dapat urat.Tambah sakit lagi.Kata nurse cantik yang cakap lembut je tu, sebab aku dah berisi tu yang senang nak cari urat!Apa taknya, badan aku dah naik macam dipam-pam.

   Kalau ikut next appointment, 4 September ni aku ke Hospital Sultan Ismail lagi.Boring asyik ke hospital je tapi nak buat macam mana.Darah ada jangkitan kuman kalau ikut test hari Rabu lepas.Kuman masuk dari mana entah!Patutlah aku rasa lain macam je.Tapi, sakit-sakit aku, aku syukur sangat sebab aku takde masalah darah tinggi atau kencing manis.Aku juga takde sakit kronik seperti kanser dan sebagainya.Cuma antibodi badan aku je yang lemah.Tak taulah, mana silapnya.Aku fikir positif, semua tu sebagai satu cara Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil aku.Alhamdulillah.....


Lupa pulak ni tangan siapa.Tangan aku tak putih gebu macam ni.

Cara tuntut bonus RM3k

Pemberian bonus tu macam mana proses pembayarannya ya?

   Soalan di atas ditanyakan oleh seseorang selepas aku menulis entry tentang imbuhan yang aku anggap bonus hujung tahun kerana lulus CPT atau Cambridge Placement Test baru-baru ini.Dengan kata lain, bukan bonus yang diterima oleh semua guru.Yang layak mendapat imbuhan RM3k ialah mereka yang lulus dengan C1 ( Effective Profiency ) dan C2 (Mastery) mendapat RM5k.

   Dengan kata lain, mereka yang terlibat dan layak adalah guru Bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan tersebut dan mendapat C1 atau C2 saja.Proses pembayaran adalah dengan mencetak keputusan peperiksaan dan borang menuntut imbuhan di web berkaitan.Isi borang dan sahkan keputusan kemudian pihak sekolah akan proceed ke PPD setelah semua dokumen yang dikehendaki lengkap.Ia lebih sebagai insentif bagi guru-guru yang berkenaan.Bagi aku ia umpama bonus kerana tambahan pendapatan yang diberi atau diterima tanpa diduga.Dengan kata lain, semasa kami menduduki peperiksaan tersebut, takde dijanjikan dengan apa-apa insentif.Hanya sekadar memenuhi tuntutan kerja kerana kami 'yang menurut perintah'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk entry aku ni ye atau rujuk Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.


Anak buah aku si Adib Comel dengan bonus babahnya, buah mangga besar gajah.
Bonus juga tu!



Wednesday, August 20, 2014

Ayah buat spot check! Mana kuning telur?

   Bila ayah aku call, hati berdebar-debar.Bukan takut.Cuma segan dan rasa bersalah sebab dah berapa hari entah aku tak ke rumah ayah.Kebetulan, malam semalam, sedang aku asyik melayan kerja sekolah, lebih kurang jam 11.45 malam, ayah call.Aku jawab dengan dug dag dug dag.Takut ayah merajuk atau kecik hati sebab aku dah lama tak menjenguk.

   Mula-mula aku suspens sebab ayah buat suara budak kecik.Rupa-rupanya ayah nak bergurau.Hish!Ayah ni.Buat berdebar hati aku je.Bila ayah dah mula bercakap, barulah aku sedar, yang tujuan ayah telefon malam-malam sebenarnya ayah nak beritahu aku supaya aku cari  buah kuning telur untuk ubat.Ayah tau rupanya aku masih lagi ulang-alik ke hospital.Aku redha je sebab aku sedar, mungkin aku banyak dosa dan penyakit yang aku alami tujuannya untuk menghapus dosa-dosa kecil aku.Alhamdulillah....

   Aku rasa pernah dengar buah kuning telur tapi aku ingat-ingat lupa.Atas nasihat ayah, aku pun try google dan link berikut adalah maklumat yang aku dapat tentang buah kuning telur.Sumber Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kuning_Telur. Ala.... sikit sangat maklumatnya.Terpaksa masuk KEBUN le jawabnya.



Gambar dari Wikipedia

   Ikut maklumat yang aku dapat, buah ni rasanya macam keledek.Kalau macam keledek, maknanya, memang aku sukalah sangat.Terutama keledek Jepun yang manis tu!Fuhh!Ikut kata ayah, dengan mengamalkan makan buah ni, akan mengurangkan sakit aku.Taklah asyik makan pain killer je.Harap appointment HSI, bulan 1 tahun depan baru boleh buat rawatan.Mati kejung dululah aku nanti.

   Oleh yang demikian, jika ada sesiapa yang tinggal area Johor Bahru, Kota Tinggi, Masai atau Pasir Gudang, atau mana-mana jelah dalam Malaysia ni, kalau tau di mana aku boleh dapatkan buah kuning telur ni, tolonglah roger-roger kat aku.Kalau CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU ATAU BEN ASHAARI PAPA SI QHALIFF DAN ZAHRA tau, silalah inform pada aku ye.Thank you so much!

   Malam ni, aku tak sempat jenguk ayah lagi.Esok, aku akan pastikan ada masa jenguk ayah.Terima kasih ayah sebab sudi telefon dan tanya khabar.Esok kita jumpa ye!



Ayahku sayang.

Mika minta tolong!Tolong mak!

   Begitu pantas masa berlari.Baru je nak bermanja-manja dengan anak-anak cing tersayang, malam dah merangkak semakin larut.Rupa-rupanya dah lebih 12.30 malam!Nasib baik tak kena kacau dengan Cik Pon dok manja-manja dengan anak-anak cing aku di luar.Dan nasib baik jiran-jiran aku sporting sebab aku selalu jadi burung hantu tidur lewat-lewat.

   Setelah sedar malam semakin jauh meninggalkan aku bertemankan kik kik gelak anak dara aku berdua di ruang tamu kerana menonton Running Man, (entah apa yang lucunya entah!), aku baru mengorak langkah mengejut Cik Lenovo ungu aku, ajak dating up date blog.Tapi, macam selalu, Cik Lenovo aku merajuk manjang.Bila agaknya aku nak hantar ke kedai.Tapi, niat nak up date blog, kena teruskan.

   Lalu aku pun segera kejutkan Encik Lenovo Hitam aku yang baru 2 bulan aku ajak tinggal bersama.Hampeh!Walau pun laju, tapi entah kenapa tak de chemistry antara kami.Aku ingat nak transform Encik lenovo jadi Cik Lenovo.Aku nak tampal something glittering warna purple kat badan dia.Baru ada chemistry agaknya.Lalu, buat sementara, aku minta khidmat Encik ke cik (? Aku pun confuse) Compact Presario yang lahir tahun 2009 milik anak dara aku.Nasib baik masih lagi gagah walau pun terkadang agak ting tong sedikit.Hehehe!

   Apa yang penting?Kerjaaasama!Eh!Salah!Apa yang penting, tetap update blog!Opps!Kena stop dulu ni.Anak aku Si Mika menangis di luar.Minta tolong apa entah tu.Aku syak badan dia gatal sebab rupa-rupanya kutu di badan si Endo budak gelandangan yang aku ambik jadi anak angkat, dah berpindah ke badan anak-anak cing aku yang lain.Alahai!kena bawa jumpa Puan Vet le jawabnya.Tapi, hujung bulanlah pulak.Takkan aku nak tunggu RM3k yang aku bakal terima hasil lulus Cambridge Placement Test hari tu?*Wink!Wink* TUNGGU MIKA!MAK DATANG NI!!!


Mika dan adik-adik bersama ibunya.

Tuesday, August 19, 2014

Ambil 2 anak angkat.

   Hari ni, genap 2 hari aku ada anak angkat.Bukan seorang tapi 2.Dua-dua gelandangan.Kesian.Yang seorang tu badan penuh kutu.Ya Allah!Tentu gatal bukan main.Lepas mandi dan syampu, nampaknya dah ok sikit.Montel budaknya.Mata bulat bersinar.Yang satu lagi pun montel.tapi kesian sebab sebelah mata tak boleh buka kerana luka.Bergaduh kot.Tapi aku dah bubuh ubat dah.Mudah-mudahan cepat sembuh.   Walau pun cuma anak angkat, aku sayang dua-dua.Sorang aku namakan ENDO.Sorang lagi aku panggil BIRDIE.Mudah-mudahan serasi dua-dua tinggal dengan aku.


Rupa Endo serupa dengan ELI anak aku yang dah besar sikit ni.


Yang ni sebijik rupa si Birdie.


Rezeki RM3k.Bonus hujung tahun.

   Aduh!!!!Sibuk memanjang!Tapi, syukur alhamdulillah kerana kemurunganku semakin pergi.Yahuuu!Bolehlah aku lebih rajin up date blog walau pun tangan-tanganku akan tercabut macam sotong!Mood happy ditambah dengan berita durian runtuh RM3k!Siapa nak beri senang-senang wei!Dok mengajar dalam kelas pun dekat nak tercabut anak tekak baru boleh dapat.Itu pun dah bertahun mengajar baru rasa gaji mewah sikit.Syukur atas rahmatNya.

   Berbalik pada RM3k tu, sebenarnya yang ditawarkan ada dua : RM3 k dan RM5k.Tapi aku layakuntuk dapat RM3kje buat masani.Salah aku sendiri sebab masa jawab soalan tu main cincai boncai je.Apa taknya.Masa tu dahlah air cond tak de, wifi kat sekolah pulak masa tu, kalau lumba lari dengan siput babi, siput babi pun boleh gelak guling-guling!Punyalah lambat!Masih blur ye?Ok aku beri pencerahan secerah Safi Rania Gold yang aku guna.

   Pada 7 November 2012, semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris diwajibkan mengambil peperiksaan yang dinamakan CAMBRIDGE PLACEMENT TEST.Jenis ujian adalah Reading and Listening.Ujian dijalankan secara online dengan password yang entah apa-apa (oops!) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.Hari dan masa untuk ambil pun ditetapkan.Sesi tu kalau tak silap cuma 30 minit dengan 60 soalan.

   Semasa exam tu entah kenapa Cik Lenovo Ungu aku tu buat hal.Tiba-tiba je merajuk.Pada hal, tiap-tiap malam masa tu aku gila update blog.Kalau tak lebih 5 sehari tak sah.Jadi, aku gunalah laptop orang lain.Maklum sajalah, bila tak mesra, tentulah tak de chemistry.Tu yang aku cuma dapat tahap CEFR C1 ( Effective Profiency) je tu.Tambah dengan nervous sebab Puan Pengetua Cemerlang ada di depan jadi, bila tengok soalan berbelit sikit je, aku pun pass.Ingatkan boleh back.Tapi rupanya tak boleh!Hampeh betul!Masa masih ada 10 minit lagi masa aku dah habis jawab dan pass semua soalan.Membazir sungguh!

   Semasa tu, kita orang tak dijanjikan pun dengan habuan RM3k atau RM5k.Jadi buat macam tak berapa ikhlas.Ampunkan aku ya Allah!Rupa-rupanya, selepas hampir 2 tahun, barulah kita orang tahu, ada imbuhannya bagi keletihan melampau yang kami para guru alami masa tu.Apa pun tahniah buat semua yang berjaya tak kiralah dapat C1 (RM3k) atau C2 ( Mastery / RM5k).Yang tak berjaya, jangan putus asa.Cuba lagi tahun depan.Yang penting, kami para guru B.Inggeris telah membuktikan keupayaan kami sebagai guru B.Inggeris walau pun tiap-tiap hari makan belacan, budu, cincaluk, tempoyak!Fuhh!

    Kepada teman-teman seperjuangan yang masih belum menyemak keputusan, silalah ke 
http://apps.moe.gov.my/abpg/CPT/index.cfm untuk semak keputusan dan download keputusan serta borang untuk claim RM3k atau RM5k.Akhir kata, selamat maju jaya dan MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA opps MAJULAH BAHASA INGGERIS UNTUK NEGARA. Sekian, terima kasih dariku yang digelar Teacher Scarlett.


   

Monday, August 11, 2014

Bangga dengan Ben Ashaari.

    Seronok sungguh aku tengok BLOGGER POPULAR BEN ASHAARI dapat ke Paris, Perancis atas tiket blogger.Siapa kata blogger tak de masa depan?Kalau Ben Ashaari daddy si Qhaliff yang comel dan Zahra yang cute dengan rambut cacak tu tak jadi blogger full time, belum tentu dia dapat jejak kaki ke Paris.Kan?BEN ASHAARI yang kata tau.Bukan aku!

   Mula-mula berblogging dulu, aku pelik juga tengok si BEN ASHAARI ni.Kejap-kejap update.Kejap-kejap update.Sampaikan dalam 5 minit boleh publish 2 entry.Aku nak baca pun tak sempat.Penuh komitmen kata orang.Aku pulak, kejap-kejap tak sempat.Kejap-kejap sibuk.Mengalahkan Datuk Seri Najib.Pada hal aku cuma PPPS je.

   Mula-mula aku follow BEN ASHAARI dia belum jadi daddy si Qhaliff yang babam.Si Zahra pun belum nampak bayang lagi.Tapi,seiring dengan masa, bukan setakat blog BEN ASHAARI ada follower ribu-ribu, dengan hasil yang aku percaya masyuuuk, tapi dianugerahkan dengan 2 cahaya mata comel, Qhaliff dan Zahra. Hasil blogging tu.Hehehehe!

   Apa rahsia BEN ASHAARI?Aku percaya rahsia dia adalah, JADI DIRI SENDIRI.Tak payah susah-susah jadi orang lain seperti setengah-setengah blogger.Walau pun popular, BEN langsung tak sombong.Langsung tak kedekut ilmu.Apa tah lagi nak berlagak.Ada blogger berlagak, tau!Tobat aku tak nak tegur lagi.Serius!Tapi BEN ASHAARI langsung tidak!Ibarat padi, makin tunduk makin berisi!Terbaik,gitu!

   Kesimpulannya:  Aku tumpang berbangga dengan kejayaan blogger-blogger seperti Ben Asaari.Semasa aku mula-mula blogging dulu, ramai juga yang kata, ala.... hangat-hangat t**i ayam je.Tapi aku berjaya buktikan yang blog aku walau pun tak sepopular blog BEN ASHAARI atau CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU,blog aku masih hidup walau pun kadang-kala nyawa-nyawa ikan.Dah lebih 4 tahun dah.Alhamdulillah....

   Pengajaran yang aku dapat : Kena rajin-rajin update blog.Tak kiralah cerita pasal apa.Yang penting KERAP.Kalau tak, mesti hilang rentak menulis.Maksudnya, entry yang kita tulis tu bunyi tak best je.Macam.... macam..... MACAM AKULAH SEKARANG NI! HUA!!!!!!!Entah apa-apa je aku merepek. Jumpa lagilah ye.

YANG BENAR,
~AKU~
Sekian terima kasih.

Geram tapi nak marah siapa?

   Tersangkut lagi tak boleh up date blog gara-gara kerja terlampau banyak.Jangankan nak update sepuluh entry sehari, satu entry pun tak sempat.Balik rumah dah terbongkang macam katak kojol!Alahai!Kasihan sungguh nasib guru tahun 2014 ni.Dahlah sekejap-sekejap ada pemantau!Tak de chance langsung aku nak relax!Kalau ada baby, silap-silap jadi Firdaus Dullah baby aku, kurus kering main t**i!Geram sungguh!Nak marah siapa?Redha jelah.Fikirkan pahala untuk akhirat.Kira saham juga tu, kan?

Johor + Terengganu = burrp

   Hari ni dah berapa hari Syawal, ek?Aku pun tak ingat dah.Sibuk je manjang.Rasa nak tercabut kaki tangan aku.Nasib baik aku belum jadi mak-mak untuk sambut anak menantu balik raya atau sedia Open House.Kalau tak lagi haru!Tapi sempat jugalah aku masak soto dan nasi dagang untuk beberapa orang.Jadilah....Sekejap jadi orang Johor, sekejap jadi orang Terengganu.


Gambar soto pinjam  Selera Malaya punya.


Contoh nasi dagang dari Google hak milik kekal http://mainasidagang.blogspot.com/


Tuesday, August 5, 2014

Mc Dolah le kita.

   Siapa suka makan Mc D?Tanya anak-anak murid aku bila nak mulakan kelas tadi.Satu tangan pun tak diangakat.Maknanya takde seorang pun yang suka makan Mc D.Amboi!Setahu aku anak-anak murid aku tu ramai yang hantu Mc D.Pantang ada masa terluang mesti ramai-ramai berjemaah ke Mc D yang terletak hanya sepelaung dari sekolah aku.Tapi, kali ni seorang pun tak angkat tangan.Boikot!Boikot!Kata anak-anak murid aku.

   Aku tak sangka pulak kempen boikot barangan Israel begitu berkesan hinggakan budak-budak baru tingkatan 1 pun beria-ia boikot.Ingatkan di Whatapps je orang sibuk cerita tentang boikot.Sampaikan penuh Lenovo aku dengan mesej pasal boikot.Hebat sungguh our Malaysians' solidarity.Kalaulah semua rakyat Malaysia boleh bersatu hatu hati kan bagus.Ini tak!Nak pilih Menteri Besar pun kecoh.Kalah budak form 1 nak pilih Ketua Tingkatan.

   Oh ya!Cerita tentang Mc D dan boikot tadi, berlambak-lambak mesej masuk di Whatapps mintak aku boikot Mc D terutama hari Jumaat, 8 Ogos ni yang diisyhtiharkan (?) sebagai Hari Tanpa McD.Fuyooo!Hebat sungguh rakyat Malaysia.Bagi aku jangankan hari Jumaat ni, selama-lamanya pun tak pe sebab aku memang bukan penggemar Mc D.Jadi dengan senang hati aku pun akan menjayakan Hari Tanpa McD seMalaysia itu nanti.Jom ramai-ramai!Lepas ni kita ke Mc Dolah je lah ye!

   

Monday, August 4, 2014

Ben Ashaari pakai loceng.

   Tak pernah aku terfikir nak beri loceng pada Abang Kawasan.Tapi aku terpaksa kerana banyak sangat kes culik sekarang ni.Aku takut Abang Kawasan aku kena culik.Kalau betul kena culik macam yang lain, alamat menangis tak berlagulah aku.Pilih punya pilih, Abang Long Kawasan terpaksa pakai loceng dan rantai warna merah.Fuyooo!Tambah handsome.

   Tapi baru seminggu dua pakai, aku terpaksa tanggalkan rantai dan loceng tu kerana Abang Long Kawasan aku tu terlibat dalam pergaduhan.Luka bukan main besau! Nak bawa jumpa doktor, susah bukan main jadi aku curahkan je minyak gamat.Mula-mula tersalah letak minyak gamat panas.Apa lagi, menjeritlah kawan tu.Alhamdulillah selepas hampir 2 minggu luka Abang Kawasan makin sembuh.Dari luka sebesar 3 inci diameter, sekarang tinggal tak sampai 1 inci.Tapi, senget sikit muka Abang Kawasan aku.Tak pelah.Janji awak sihat ye sayang.Muah!!!


Abang Long Kawasan semasa belum terlibat dengan pergaduhan.
Badan ketak-ketak macam blogger Ben Ashaari.
Nama lain Panji Semerang si meow kesayanganku.

#prayforgaza

Sunday, August 3, 2014

Semoga......

    Syukur Alhamdulillah.....Dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bertemu lagi di ruang siber.Terima kasih kepada yang masih sudi singgah meskipun entry terakhir bertarikh 26 Jun lalu.Dengan kata lain, sejak mula berblogging, inilah kali pertama aku tak update blog buat masa yang lama.Bukan aku merajuk, cuma kekangan masa dan kesihatan.Apa pun aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan minat dalam dunia blogging.

   Sejak kali terakhir aku update, bermacam-macam kejadian menimpa aku, kawan-kawan, saudara-mara, teman-teman blogger dan negara kita tercinta.Aku masih lagi terkesan dengan tertembaknya MH17 di ruang udara Donetsk, timur Ukraine.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Aku sedih tapi pihak keluarga berlebih-lebih lagi kesedihan mereka.Mudah-mudahan, mereka diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari muka.

   Kes kehilangan MH370 masih lagi belum terungkai.Hanya Allah yang mengetahui.Kalau aku punya kuasa, telah lama aku bantu mencarinya namun apakan daya aku hanyalah insan biasa yang lemah.Hingga saat ini, sekiranya ada kapal terbang yang terbang rendah, aku tetap terbayang, alangkah bagusnya andai kata kapal itulah MH370.Tiada yang mustahil bagiku dengan kuasa Allah Yang Maha Esa.

   Buat masa ini, krisis di GAZA masih lagi berterusan.Tak sanggup aku melihat mayat-mayat mereka yang tidak berdosa bergelimpangan berlumuran darah.Anak-anak kecil dibunuh seperti tiada harga.Ibu-ibu kehilangan suami dan anak-anak menjadi yatim piatu serta-merta.Alangkah bersyukurnya aku di bumi Malaysia kerana yang berdentum hanyalah meriam atau mercun tanda meriahnya sambutan Hari Raya.

   Cubaan yang aku terima tiada tandingnya jika dibandingkan dengan sakit dideritai saudara Mazidul Akmal, seorang blogger lantang dan petugas TV3 yang seringkali aku tunggu buah tangannya di kaca.Sesungguhnya cukup besar cubaan Allah s.w.t buatnya.Aku hanya mampu berdoa moga-moga saudaraku itu segera sembuh dan dapat berkongsi maklumat kembali di TV3.

     Pemergian Biduanita Negara Syarifah Aini juga menyentuh kalbuku.Ternyata begitu besar kasih Allah padanya maka diambil nyawanya pada bulan Ramadan yang mulia.Tiada lagi merdu suara bak buluh perindu yang sangat aku kagumi.Yang tinggal hanyalah kenangan manis seorang wanita bergelar ummi yang berjaya melahirkan seorang tahfiz sedangkan aku pun tak mampu.

   Betapa besar kuasa Allah dan hanya Dia yang maha mengetahui segalanya sama ada yang di langit atau yang di bumi.Aku sebagai makhluknya yang lemah hanya mampu berdoa mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa kecil dengan kurniaan sakit yang aku alami baru-baru ini.Doaku moga-moga aku akan terus diberi kekuatan untuk menghadapi apa juga cubaan yang mendatang.


Semoga aku diberi kekuatan untuk terus mendidik anak-anak bangsa 
sebaik anak muridku ISKANDAR

Let's have a break!