Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, November 30, 2014

2 sekali pergi...

   Hari ini, Ahad, 30 November 2014.Seorang lagi anakku meninggal.Tak sampai seminggu 3 yang pergi.Siapa tak sedih!Tapi aku redha.Mungkin itu yang terbaik untuk mereka.Mudah-mudahan, akan ada lagi Louie, Coco dan Bobbi  yang akan lahir.Lenalah dalam tidurmu yang panjang, sayang!


Kenangan Coco


Bobbi ....


Saturday, November 29, 2014

Asyik Ben je!

   Fuyooo!!!Hari ni blogger famous yang terawal aku kenal, siapa lagi selain BEN ASHAARI,papa si Qhaliff dan Zahra, muncul lagi.Kali ini di Harian Metro.Bukan setakat ruangan tumpang, tetapi 2 muka penuh termasuk gambar.Rasa teruja nak berjaya macam BEN namun apakan daya aku tak upaya.Hehehe.Cukuplah apa yang aku ada.Tentang Ben Ashaari ni, kalau rasa nak kenal lebih lanjut, silalah ke ruangan apa entah dalam Harian Metro.Maaf.Aku dah tersengguk-sengguk.Untuk tahu kisah lanjut, baca di Harian Metro sendiri ye.Babai!


BEN ASHAARI

Ben, Qhaliff dan Zahra.
Terus cemerlang, ye Ben.

Friday, November 28, 2014

Izinkan aku pergi

   Cinta, kasih, sayang adalah milik Allah.Cinta, kasih , sayang adalah hak Allah.Maka bersyukurlah jika diberi peluang memiliki ketiga-tiganya.Namun andai cinta, kasih, sayang itu tidak kau bajai dengan hati-hati, janganlah kau bertingkah andai ketiga-tiganya berlalu pergi.Bukan mudah bagi cinta, kasih dan sayang untuk memulakan langkah.Tetapi apa yang pasti, cinta, kasih dan sayang perlukan ruang agar dapat bernafas dalam helaan yang lebih matang.

   Cinta, kasih, sayang bukanlah hak milik kekal.Hatta lafaz pernikahan juga akan terbatal kiranya berlaku perceraian.Pahit?Memang.Getir?Pasti.Sekali peluang yang diberi, telah lama dimungkiri.Jangan tamak.Tiada istilah cinta, kasih, sayang hak milik kekal.Hadapi kenyataan bahawa langit senja tiba jua.

Aku seorang penari.Berdosakah aku?

   Aku seorang penari.Juga penyanyi.Mmm....Maksud aku, aku melatih anak-anak muridku menari dan menyanyi.Sejak tahun-tahun awal perkhidmatan sampailah ke hari ini, tentu Kelab Kebudayaan, tarian, lakonan dan yang sepertinya menjadi tanggung jawab utama aku untuk ko kurikulum.Aku tak tahu kenapa.Seperti ada cop di dahi yang aku memang minat pada seni.Untuk majlis-majlis sekolah pun, nama aku jarang tercicir sebagai guru penasihat.Aku seronok.Aku suka sangat-sangat.Dari melatih koir sampailah lain-lain aktiviti seni.

     Semasa di sekolah rendah, aku pernah melatih seluruh kelas untuk menjayakan taridra Ulik Mayang.Walau pun sekolah kami sekolah kecil dengan peralatan yang minimum, kami berjaya mempersembahkan taridra yang sangat menarik.Di sekolah rendah juga, aku pernah menjadi penyelaras Majlis Anugerah Cemerlang peringkat sekolah.Maka dengan kerjasama guru-guru lain, Hari Anugerah Cemerlang sekolah kami berubah menjadi pentas bangsawan.Dengan ibu bapa yang hadir bertindak sebagai rakyat jelata.Aduhai!Kenangan yang tak kan aku lupakan buat selamanya.



   Di sekolah menengah, aku masih lagi penari, pelakon dan penyanyi.Maksud aku sebagai penasihat.Pasukan kami pernah menang pertandingan tarian rampaian inang, zapin dan joget serta tarian etnik pilihan iaitu Portugis.Aku puas hati walau pun terpaksa keluar duit sendiri untuk menampung kos pengangkutan, pakaian dan makanan selain bayaran untuk jurulatih khas yang aku bawa.Aku sanggup bersengkang mata menjahit sendiri pakaian tarian untuk mengurangkan kos.Aku puas hati bila kami menang.Walau bagaimana pun, aku kecil hati sedikit kerana kami dilabel sebagai puntung api neraka.Aku tahu kami salah tapi janganlah sesuka hati melabel kami.Aku menjalankan tugas pun atas tiket, Saya Yang Menurut Perintah.Bukankah pihak pentadbir sekolah yang menugaskan aku sebagai 'penari' dan 'penyanyi'?Kalau aktiviti kami salah, janganlah wujudkan kelab-kelab yang berkaitan di sekolah.Gantikan saja dengan kelab lain.Aku tak marah.Aku cuma kecil hati.Sedikit.Sekejap.



   Walau bagaimanapun, aku bahagia dengan tugasku.Tahun 2015, aku lepaskan tugas penasihat kelab berkaitan seni hiburan yang menjurus ke api neraka.Aku tawar diri jadi kelab Rukun negara sajalah.Boleh aku latih budak-budak menyanyi lagu-lagi patriotik.Eh!Mana boleh!Menyanyi tak boleh!Untuk badan beruniform, aku mohon undur diri dari menjadi penasihat pancaragam.Aku dah puas mencurah bakti sejak 2007.Aku dah puas berjalan ke mana-mana bersama-sama anak-anak band.Aku pun dah letih untuk menghabiskan masa hujung minggu berlatih.Tapi nampaknya, permohonan aku ditolak.Maaf ye rakan-rakan setugas.Aku perlu menjadi penasihat pancaragam lagi.Jangan labelkan aku sebagai ahli neraka ye.




Rakan-rakan setugasku yang cemerlang.


Ye!Betul!Aku sentuh hatinya!

   Ini bukan entry blowing my own trumpet @ masuk bakul angkat sendiri ye.Tapi ini adalah entry berdasarkan kenyataan yang aku rakamkan sendiri.Tak de copy paste dari mana-mana.Perkongsian isi adalah sabagai tanda penghargaan buat kawan-kawan seperjuanganku, GURU.Entry kali ini, berdasarkan setiap gambar ye.



   Gambar pertama aku rakam di Bilik Operasi Peperiksaan baru-baru ini iaitu sebelum Peperiksaan Akhir Tahun 2014.Bilik Operasi Peperiksaan kami boleh tahan sempit.Jadi bila ramai guru yang sedang menyiapkan urusan packing dan labellling kertas-kertas soalan, keadaan jadi sesak.Pandai-pandai kamilah nak cari ruangan bekerja masing-masing.Mana yang terpaksa staple sendiri kertas soalan kerana masalah teknikal pihak percetakan lebih susah kerana perlu ruangan lebih luas untuk menyusun kertas soalan mengikut muka surat.Maka terpaksalah guru dalam gambar yang aku rakam, 'menghimpitkan' diri ke dinding demi tugas.Lepas tu nak terus ke padang untuk PJK.Kalau ada yang tanya kenapa tak bawa kertas soalan keluar dari bilik tu dan buat di tempat lebih luas, jawapan aku adalah : kertas soalan tu tak boleh langsung dibawa keluar.Sempit ke tidak, di situlah kami wajib menyiapkan tugas.Jadi both thumbs up buat Cikgu Hanif dalam gambar di atas dan juga guru-guru lain.Semasa proses stapling atau packing, ada juga yang luka jari kerana kertas A4 putih tu sebenarnya sangat tajam!Bisa tau!



   Gambar kedua aku rakam semasa pelajar di kelas tambahan.Sekali pandang, geram juga kerana cikgu suruh belajar, dia bedal tidur!Rasa macam nak tarik je telinga tu.Tapi bila borak-borak pasal anak-anak manja ni di sekolah, konon katanya budak tu kerja malam.Tu yang mengantuk tu.Tak taulah sahih ke tidak.Bercerita tentang kerja semasa belajar ni, seminggu sebelum cuti, aku jumpa anak murid tingkatan 1 bekerja di sebuah kedai menjual jam tangan.Dressing memang dressing budak dah habis sekolah.Tapi, aku mengajar budak tu jadi aku kenallah.Bila aku tegur, tiba-tiba dia kata aku tersalah orang.Konon katanya dia dah form 4.Aku confuse kejap.Aikk?Aku belum tua sangat nak nyanyuk.Aku pun tanya elok-elok.Rupa-rupanya betul.Untuk dapat kerja, dia mengaku dia budak tingkatan 4 @16 tahun.Kalau tak bos tak nak ambik.Soalnya, bos ambik gitu je tak tengok ic ke?Mudah sangat.Maknanya mudah sangat anak murid aku tu mungkin akan diperkotak-katikkan tentang gaji atau lain-lain.



   Gambar ketiga, aku nak cerita tentang anak murid aku yang montel happy galas beg warna merah (oren?) tu. Nama anak murid aku yang istimewa ni Shahrul.Mula-mula kenal, aku dapati Shahrul seorang yang bermasalah untuk mingle / bercampur dengan anak-anak lain.Dia tak boleh duduk diam! Mulut pun boleh tahan.Suka menjawab.Suka kacau orang.Belajar langsung tak fokus.Orang lain dah habis menjawab 10 soalan, dia baru nak tulis tarikh!Kalau tak sabar, tak tahulah.Tapi, kerana sedikit pengalaman yang ada, aku guna psikologi.Sekali pun aku tak pernah denda guna suara tinggi atau denda secara fizikal.Aku cuba sentuh hatinya.Selepas beberapa bulan, alhamdulillah.Shahrul mula menunjukkan perkembangan yang positif.Dah takde kata-kata kesat dengan aku.Caci maki pun hilang.Lebih fokus dalam kelas.Lebih rajin dan bertanggung jawab.Semasa menanda kertas exam akhir tahun, aku letak target kelulusan 100% untuk kelas ni.Tapi aku risau Shahrul gagal.Entah apalah nanti yang dijawabnya.Namun, dengan kuasa Allah, Shahrul lulus!Alhamdulillah.... Walau pun cuma hampir C, aku dapat lihat potensi Shahrul untuk lebih cemerlang.Mudah-mudahan, ia akan menjadi kenyataan.Tapi, aku ralat kerana semasa aku pulangkan kertas soalan Sahrul bercuti.Tak taulah siapa yang tolong simpan.Shahrul nak tunjuk pada ayahnya.Manakala anak murid aku yang berdiri di belakang berbaju kelabu tu pulak attention seeker in the positive way.Selalu nak perhatian.Namanya Hadif.

   Sebagai kesimpulan, SESUNGGUHNYA AKU BAHAGIA BERGELAR SEORANG PENDIDIK MESKIPUN BUKAN SEDIKIT PELUH ATAU AIRMATAKU YANG TUMPAH.

   

Apa ni ye?Tolong Fiyya,please....

   Assalamualaikum acik-acik semua!Fiyya in the blog!Hari ni Fiyya nak ajak acik-acik main teka-teki.Sudi tak? Sajalah Fiyya nak tolong Cik Uji sebab Cik Uji tengah sibuk merewang pengantin Cik Dayat di rumah Nyai Leha.Fiyya tak tolong sebab papa dan mama tak dapat balik Johor.Tu yang Fiyya boring dan nak ajak main teka teki tu.

   Oklah acik-acik semua.Klu teka teki Fiyya macam ni.... Saya sejenis haiwan tapi saya bukan haiwan.Saya ada bulu tapi bukan bulu.Saya ada 4 kaki tapi tak boleh berdiri.Saya ada mulut, mata,telinga dan ekor tapi bukan mulut,mata, telinga dan ekor.Saya tak ambil exam tapi saya pergi sekolah.Saya macam singa tapi eh.... macam zirafah.Haaa.... Itulah teka teki Fiyaa ye acik-acik.Sila jawab!Jeng!Jeng!Jeng!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah dapat jawapan?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Alahai!Susah ye teka teki Fiyya?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Teka teki Fiyya soalan KBAT ye?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- Oklah.Oleh kerana Fiyya kesian, Fiyya beritahu jawapannya.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Makhluk ni ha.

Errr.... Acik, NI BINATANG APA?
Sorry.Fiyya kan budak kecik lagi.
Manalah Fiyya tau.
Wink!Wink!




Alamak!Sampai senget mulut Fiyya cari jawapan.

Shoo Shoo penyakit.Di mana sup jahat?

   Secara rasminya aku bukan lagi seorang pesakit ***.Dengan kata lain, say bye bye to all kinds of ubat.Alhamdulillah... Tak perlulah aku berulang alik dari rumah ke Hospital Sultan Ismail.Walau pun service terbaik, tapi kadang kala  ambil masa sejam juga untuk selesai semua urusan.Sebagai kesimpulan, service di Hospital Sultan Ismail aku beri 5 bintang!Manakala service untuk Klinik Kesihatan Hospital Sultan Ismail aku beri 4 bintang.Akhir sekali untuk service di Klinik Kesihatan Pasir Gudang cuma layak dapat 3 bintang.Service ok cuma petugas kurang mesra ayam eh alam.Harap-harap di masa depan, boleh dapat 5 bintang juga.

   Bila badan dah sihat, selera pun ikut sihat.Jeng!Jeng!Jeng!Asyik nak mengunyah je.Syukur alhamdulillah dengan nikmat makan yang Allah beri.Kalau tahun lepas, telan bubur pun umpama menelan duri ...Huhuhu!Badan tak bermaya, letih lesu sebab tak cukup zat.Tapi hari ni, asalkan halal dan bukan susu, tolak batu dan kayu semua aku telan.Hehehe!Dengan erti lain, berat badan pun bertambah.Alhamdulillah ( Tapi kena jaga supaya kekal agar penyakit tak sudi nak bertandang).

   Opps!!!Aku kena jaga supaya kadar kolesterol tak tinggi.Kalau tak, doktor kata boleh dapat serangan jantung.Minta dijauhkan olehNya.Jadi, walau pun aku boleh makan semuanya tak kiralah aku alergik atau tidak,aku kena sentiasa berhati-hati tentang kolesterol.Taknaklah sedap makan ikut tekak hari ni tapi esok-esok aku terbaring je atas katil kerana serangan jantung!Tak sanggup aku bayangkan.Oklah.Dah merepek pulak aku.harap tak boring ye.Jangan risau.Entry ni asli.takde copy paste.
   



Teringin pulak nak makan sup jahat.Kenapa sup jahat?
Sebab sup ni terutama sup lidah kan banyak kolesterol.
Jahatlah tu.
Asal 'papa' tak jahat sudah.

Aku yang munafik.Err...Aku tak sengaja!

   Antara tanda munafik adalah mungkir janji.Ya Allah!Mohon dijauhkan.Aku yang munafik.Berjanji tapi aku mungkiri.Tapi, aku tak sengaja!Puas aku cari helaian kertas itu namun aku gagal.Maka gagal jugalah aku menunaikan janji dan tercampaklah aku  ke dalam golongan munafik.Ya Allah!Kau tunjukkanlah jalan agar dapat aku temui helaian kertas itu dan tunaikan janjiku.Aku tak mahu menjadi munafik.

"Teacher jangan lupa tau!
"Ok.Teacher tak lupa.Sampai rumah je nanti teacher terus buat"
(Tapi dah seminggu bercuti, aku masih gagal menunaikan janji)

   Segala beg telah ku selongkar.Semua bilik telah ku geledah.Namun, bayangnya pun tak kelihatan.Inilah silapku kerana terlalu mudah berjanji tapi tanpa sengaja telah aku mungkiri.Ya Allah!Tunjukkan aku jalan terbaik di hari Jumaat yang mulia ini.Buat anak-anak teacher tersayang, teacher mohon maaf kerana tanpa sengaja menghilangkan helaian kertas mengandungi nombor-nombor telefon anak-anak.Itulah sebab mengapa hingga saat ini teacher masih belum lagi add anak-anak di Whatsapp.Kita bukan nak borak-borak kosong tapi untuk teacher salurkan apa juga maklumat penting persekolahan.Sabar ye.....




Kalau ada antara anak-anak yang terbaca, pm teacher di FB ye supaya dapat teacher salurkan maklumat tentang persekolahan.Teacher tak nak jadi munafik.




Janji untuk mengajak anak-anak berkunjung ke rumah juga belum dapat 
teacher tunaikan kerana masalah tertentu.Sabar ye.



Eh!Tiba-tiba teacher rasa rindulah.
Shahrul,Hadif, Hafnan, Azam, Faizal, dan anak-anak teacher yang lain, apa aktiviti cuti ni?
Tahun depan, teacher masih lagi di sesi petang.Jangan risau ye.
Jangan lupa baca buku teks tahun 2015 ye.




Thursday, November 27, 2014

Jiranku tukang kejut dan lain-lain...

   Di kesempatan kali ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga buat jiranku di hadapan rumah yang sudi mengejut aku setiap pagi.Tanpa gagal jiran aku telah berjaya melaksanakan tugasnya untuk mempastikan aku dapat mencelikkan mata setiap jam 5 pagi.Tak perlu jeritan jam loceng.Tak perlu goncangan kuat di pintu.Apatah lagi laungan.... Bangun!Bangun!...umpama jam ayam ayah yang rajin sungguh membangunkan orang.

   Lalu bagaimana?Caranya mudah saja.Cukup sekadar memanaskan enjin bas pekerja dengan saiz besar untuk 44 orang.Vrooom!Vrooom!Vrooom!Dan dengan kuasa yang maha esa, aku pun tanpa gagal membangunkan diri.Jadi sempatlah aku menikmati suasana pagi nan indah dengan kicau merdu burung merindu, kokokan manja si ayam jantan dan sesekali jeritan cengkerik bertingkah.Ah!Alangkah ruginya mereka yang melewatkan saat sepi subuh yang indah dengan tidur kurang berfaedah.Syukur alhamdulillah....

   Terima kasih jiranku kerana setiap jam 5 pagi, aku akan terjaga apabila kau mula menjalankan tugas mencari sesuap nasi.Bas biru yang kau parking betul-betul di depan rumahku tak pernah buat aku rasa terganggu meskipun ada antara mereka yang tidak faham dan cuba menjadi batu memercikkan api.Tanah ini milik Allah dan kau ada hak untuk berbuat demikian.Jadi, usahlah kau bimbang wahai jiran.

    Sekali lagi aku ingin hembuskan rasa terima kasih buatmu kerana dengan ketepatan masa dan disiplin tinggi yang kau miliki, aku dapat memulakan tugas seawal pagi.Alhamdulillah...Aku doakan Allah akan beri ganjaran pahala buatmu kerana aku tahu kau memiliki sekeping hati bersih bak salji.Terima kasih kerana menjadi jiran yang baik sejak 1996.Mudah-mudahan ukhwah antara kita, si tukang kejut dan dikejut, akan berkekalan ke hujung nyawa.

   Apa pun terima kasih Allah kerana memberikan aku jiran-jiran yang sangat memahami.Terima kasih Cik Yan si tukang kejut, isterinya Cik No, Wak Su sekeluarga(Tahniah atas kejayaan Ummi anak wak dalam UPSR semalam), Zaidi sekeluarga (aku geram sangat dengan anak jiranku ini yang bernama Zulaikha.Comel dan petah bercakap),Siti,Ros dan keluarga yang banyak membantu aku, Cik Esah dan keluarga, Cik Aman dan keluarga serta mereka yang selorong.Maafkan aku kerana gagal menjadi jiran yang baik.Mudah-mudahan, Allah memberi ganjaran buat kalian kerana memahami keadaanku yang begini.Terima kasih....



Bunga untuk Cik Yan.

Tuesday, November 25, 2014

Hukuman mati untuk aku.

   Hari ni, topik aku adalah CINTA.Kata orang cinta itu buta.Ah!Klise!Tapi, memang itu kenyataanya.Kalau cinta itu celik, tak mungkin enggang akan terbang bersama pipit?Biar pun bermacam perkara si pipit telah lakukan namun si enggang tetap terus ingin bersama-sama terbang.Demi cinta!Uwekk!!!Please be realistic!Zaman filem hindustan cintan-cintun dah habis.Tak de maknanya ada cinta setia.Cinta menyeksa adalah.Skeptikal?Well.... Ini pendapat aku sebagai seorang pecinta.LOVE IS NOT A WORD. LOVE IS A SENTENCE.A LIFE SENTENCE.So, anyone?Can you save me?
   


Coco dah baik demam.

   Alhamdulillah, anakku si Coco dah sihat sikit.Tinggal batuk-batuk je.Nafasnya pun dah stabil.Cuma, badannya masih rasa panas sikit lagi.Tapi, Coco dah mula nak makan walau pun belum berselera seperti biasanya.Mudah-mudahan, Coco tambah sihat.


Cepat sihat ye sayang.Hari ni mak nak gi sekolah jap.

Sunday, November 23, 2014

Anakku meninggal lagi....

   Sabtu, 22 November 2014, aku ke Taman Bayu Damai di Pengerang berhampiran Tanjung Sepang.Taman Bayu Damai adalah taman baru tempat saudara-maraku ditempatkan kerana RAPID Pengerang.Bertolak jam 9.30 pagi.Tak sempat aku nak cium anak-anak bulus yang ditinggalkan.Aku cuma sempat letakkan ProDiet dan air untuk sehari.Petang, hampir 6 petang baru tiba di rumah.Jirus pokok-pokok bunga sekejap dah pun gelap.Entah kenapa aku tak teringat nak jenguk anak-anak aku.



Tanjung Sepang

   Ahad, 23 November 2014,jam 8 pagi, aku keluar panggil anak-anak.Tiba-tiba aku lihat si Louie terbaring lesu.Mulutnya berbuih dan nampak dia buang air cair.Aku lap mulut dan badan Louie dan letakkan Louie di dalam.Selepas 2 jam aku tengok Louie macam dah ok.Aku pun senang hati.Badan Louie tak panas.Dia tak demam.Tapi selepas asar, aku jenguk sekali lagi.Rupa-rupanya Louie dah pergi buat selama-lamanya.Kalau Belang, kucing ayah yang aku tolong jaga pergi selamanya, aku tak terkilan kerana aku sempat jaga dalam sebulan.Tapi Louie baru 2 hari lepas berlari turun naik sofa keliling rumah, gonggong sapu tangan berlari ke sana sini...Hari ni dah tak de. Sedihnya.....Sekarang ni Coco pulak sedang demam.Doakan Coco aku ye.



Louie kenapa tinggalkan mak?
Coco (yang di belakang) cepat-cepat sembuh ye.

Friday, November 21, 2014

Surat Terbuka untuk pelajar SMKPG

    Salam muafakat 1 Johor anak-anakku sayang.Hari ini, 21 November 2014, secara rasminya bermulalah cuti sekolah kita.Cuti lebih kurang sebulan ini merupakan masa terbaik untuk anak-anak menjadi pelajar cemerlang di tahun-tahun hadapan.Mari teacher terangkan apa maksudnya.

1.Masa cuti panjang inilah anak-anak perlu ambil peluang untuk membaca buku teks tahun 2015.Buat nota ringkas untuk setiap bab bagi setiap subjek terutama sekali untuk subjek Sejarah.Teacher berpeluang melihat markah Sejarah anak-anak di tingkatan 2.Ramai yang gagal.Bila teacher tanya, jawapan sama iaitu tidak membaca.Kenapa tidak membaca?Jawapannya kerana tak cukup masa.Kenapa tak cukup masa?Jawapan anak-anak kerana belajar di saat akhir.Kan?Jadi bukan salah guru atau salah subjek yang dikatakan membosankan tetapi salah diri anak-anak sendiri yang tak punya jadual belajar yang betul.Tiada kejayaan yang datang bergolek, sayang.Jadi, bulatkan tekat untuk MEMBACA DAN MEMAHAMI ISI KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN TAHUN HADAPAN.Bila dah tahu nanti, bolehlah fikirkan soalan-soalan KBAT atau HOTS untuk ditanyakan pada guru.Bagi subjek teacher, teacher minta anak-anak bacalah dulu dan fahami sungguh-sungguh sukatan kita terutama Literature component.Kena rajin sayang.Kalau buat catatan dalam buku latihan biasa, teacher tak kisah kalau anak-anak nak guna buku tu juga sebagai buku latihan di tahun 2015 nanti.Yang penting buku tu kemas.

2.Semasa cuti ni, tolonglah jaga keselamatan anak-anak.Boleh dikatakan setiap tahun ada kawan-kawan kita yang meninggal dunia kerana kemalangan.Tak sanggup rasanya kehilangan kawan-kawan kita.Jadi, teacher ingatkan sentiasalah jaga keselamatan.Yang ada lesen memandu tu, pandulah atau tungganglah dengan berhemah.Sentiasa hati-hati.Yang tiada lesen, tak payahlah ye anak-anak.Kena saman nanti emak ayah juga yang kena bayar.Kesian kan?

3.Kepada anak-anak yang mengambil peluang bekerja, teacher nasihatkan bekerjalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.Jangan ikutkan sangat hati muda.Jaga pakaian dan penampilan tak kiralah anak-anak islam atau bukan.Gunakanlah gaji yang anak-anak dapat tu untuk membantu ibu bapa menampung belanja persekolahan tahun hadapan.Sambil bekerja tu,jangan lupa untuk belajar ye.

4.Kepada anak-anak tingkatan 1,2,3, kalau boleh janganlah keluar ke JB tanpa orang tua.Memang ada ibu ayah yang izinkan tetap sebagai seorang yang lebih berpengalaman, teacher rasa lebih banyak buruk dari baik jika anak-anak keluar tanpa pengawasan orang dewasa.Kalau nak keluar juga dengan kawan-kawan, sentiasalah berhati-hati.Jangan terlalu mudah percaya orang asing.Minta dijauhkan kes culik dan yang sepertinya.

5.Nasihat terakhir buat anak-anak sayang, masa cuti panjang inilah anak-anak patut ambil peluang untuk membantu ibu dan ayah.Jaga hati mereka ye.Bangun awal-awal.Solat subuh dan kalau boleh buatlah solat dhuha.Jangan liat solat terutama solat subuh.Bagi yang bukan muslim, buatlah apa yang terbaik ye.Untuk anak-anak muslim, kalau boleh ambilllah peluang untuk menghadiri kem-kem ibadat sebagai bekal di akhirat.Doa teacher moga kita semua diberkatiNya dan berjaya dunia akhirat.Akhir kata, salam sayang dari teacher.Jom kita jadi yang terbaik untuk tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya.



Belajar rajin-rajin ye.



Buat yang terbaik untuk ibu dan ayah.



Cuba tanya Tuan Bilal Rahman atau anakandanya Iqbal tentang peluang-peluang untuk kem-kem ibadat.

Jumpa lagi ye.
Assalamualaikum.

Thursday, November 20, 2014

Kesian muka senget.

   Assalamualaikum acik-acik!Hari ni Fiyya nak cerita pasal abang Panji.Kesian...... Kesian.... Kesian...... Hahaha!Fiyya kata kesian sebab abang Panji dah senget.Bukan otaknya senget tapi mukanya senget.Kesian abang Panji.Tapi masih lagi handsome .Tak caya?Jap lagi Fiyya tunjuk gambar abang Panji ye.Muka abang Panji senget sebab kena bisul.Mula-mula belah kanan.Kemudian belah kanan juga.Kesian....Meh Fiyya tunjuk abang Panji.



Kesian kan???Muka abang Panji dah senget.



Yang ni masa Abang Panji handsome.Masih pakai rantai.Hahaha!



Yang ni anak abang Panji.
Namanya abang Kasmir.
Abang Kasmir ni muka tak senget tapi otak senget.
Hahaha!
Maaf Cik Uji.



Fiyya belanja gambar Fiyya satu ye.

Wednesday, November 19, 2014

Macam mana semut kencing?

   Hai!Hai!Hai!Fiyya in the house!Hari ni Fiyya enterframe lagi sebab Cik Uji sibuk sangat siapkan kerja sekolah.Hari ni Fiyya nak cerita pasal sepupu Fiyya yang namanya Muhammad Farhan tu lagi.Fiyya gelak-gelak tengok abang Farhan buat kelakar.Baru-baru ni papa Fiyya kongsi gambar abang Farhan yang kelakar sangat.Sampai keluar air mata Cik Uji gelak bila tengok gambar tu.Kejap ek.Fiyya belek album Cik Uji.Abang Farhan ni kata Cik Uji budak bijak.Sebab tu macam-macam perkara pelik dia buat.Soalan pun macam-macam.Ada sekali tu abang Farhan tanya macam mana semut kencing.Fiyya pun tak pernah terfikir.Hahaha!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Hahaha!Inilah abang sepupu Fiyya, abang Farhan.



Abang Farhan posing atas motor papa Fiyya.
Bukan pakai helmet je, kasut pun kasut papa Fiyya.
Hahaha!



Oklah acik-acik.Ostajah Fiyya nak tidur dulu.
Assalamualaikum.
(Fiyya nak baca doa sebelum tidur dulu)

Monday, November 17, 2014

Rupa-rupanya dek chok dan lok ching tu....

   Alhamdulillah....Majlis jamuan akhir tahn peringkat sekolah semalam telah pun berjalan dengan lancar.Sepertimana yang dimaklumkan, macam-macam menu ada.Sampaikan cukup untuk dibungkus dan dibawa pulang.Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menyumbangkan wang dan juga pelbagai makanan.Moga-moga diberkati Allah atas keikhlasan kita bersama.Tahniah juga kepada semua guru yang berganding bahu menjayakan jamuan kita.Mmmm.... masih terasa enaknya trifle... Resipi dah mintak dah.Nanti aku share ye.

    Plan awal kononnya na main dek chok tapi oleh kerana masa terhad dan pelajar ramai yang nak join, de chok ditukar ke futsal lelaki dan perempuan.Cuaca kurang memuaskan jadi futsal perempuan dijalankan di dalam dewan.Oh ya.Tentang dek chok hari tu, rupa-rupanya permainan teng teng.Aku biasa sebut hopscotch.Cewahhhhh!!!Rupa-rupanya orang pantai timur panggil dek chok.Manalah aku tahu?Hehehehe!Ada yang tak tau teng teng? Alahai.... Ini ha  aku share gambar dari Google.



Dek chok @ teng teng @ hopscotch

   Selain itu, kami belajar mengenal sejenis lagi makanan orang Kelantan iaitu lok ching.Ingatkan kuih bentuk loceng ke apa.Rupa-rupanya ia sejenis sate bulat-bulat yang dibuat dengan ikan dan tepung, dicicah sos pekat macam sos cili tapi manis.Di Terengganu aku pernah nampak orang jual guna motorsikal tapi tak pernahlah pulak try.Orang kata sedap.Mmmm ..oklah.



Ni gambar lok ching dari Google.

Ok.Kita tengok gambar majlis jamuan semalam.

   

Trifle sedap lapis red velvet.


Yang sebelah kiri tu untuk mi kari.


Sebelum makan posing dulu ye nak. 



Kelas mana makan sate ni?Terbaiklah.



Nasi kerabu biru.Cantik sangat.Rasa pun sedap.



Bukan main budak-budak ni bergurau main beg jadi astranout.



Sate dan pizza.Popular sungguh si sate ni.



KFC dan kek.Budak-budak bukan main suka.Aku dah tak berapa budak, dah kurang suka.



Eh!Enterframe pulak anak aku si Kasmir ni.
Sejuk ek yang.Tu yang tidur tu.

Sunday, November 16, 2014

Jamuan Dek Chok.

  Hari ini, jamuan akhir tahun peringkat sekolah diadakan di sekolahku.Jamuan ini khas untuk anak-ana sesi petang.Macam-macam menu aku lihat anak-anak aku bawa ke sekolah.Yang order pizza, KFC, McDonald jangan kiralah.Memang ramai.Parents pulak ramai yang sporting.Ada yang buatkan cup cake, kek macam-macam kek, kuih-muih dan macam-macam lagi.Air pun bermacam jenis.Dari air biasa hinggalah air luar biasa.Hehehe!Mewah sungguh anak-anak zaman sekarang.

   Zaman aku sekolah menengah dulu, kalau jamuan kelas, tak lain kuaci hitam,kuaci matahari, kuaci putih, kacang dan yang sewaktu dengannya.Itu dah kira cukup mewah.Air yang popular air sirap je.Kalau nak mewah dan glamour sikit, air sunquick.Berbeza sungguh dengan zaman sekarang.Yang buat cocktail pun ada.Makanan western pun ada yang bawa.Sporting sungguh emak ayah.Walau pun kongsi ramai-ramai, tapi besar juga modalnya tu.Seperkara lagi, semasa zaman aku sekolah agama dulu, kalau ada jamuan, mesti kena bawa pinggan dan cawan sendiri.Biasanya caman dan pinggan plastik.Tapi budak sekarang, guna yang pakai uang je.

   Perjalanan majlis hari ni, sebelum rehat dan selepas solat zohor, ada ceramah motivasi dariada pihak kaunseling.Mulai jam 3 petang barulah jamuan dimulakan.Ramai-ramai menjamu selera di dewan ( dewan yang cuma ada dinding sekerat dan bumbung).Selepas makan, ada acara futsalatau bola jaring juga acara-acara dalaman macam congkak dan sebagainya.Dengar-dengar, ada yang nak main dek chok.Aku pun tak faham dek chok tu apa.nantilah, bila dah confirm ada yang main dek chok, aku share gambarnya.





Tanya Cik Google gambar dek chok, gambar-gambar nilah yang keluar.



Yang ni bukan Dek Chok ye, Bobbi!
Ni bakul sampah mak.

Saturday, November 15, 2014

Fiyya makan telur ikan asam pedas.

   Hish!Takdelah.Fiyya mana boleh makan telur ikan.Apa lagi telur ikan asam pedas.Bukan Fiyya tak suka tapi kan Fiyya kecik lagi?Fiyya cuma makan puri kurma jelah.Itu pun papa tolong suap.Kalau tak Fiyya minum susu je.Nanti bila dah besar, Fiyya teringin juga nak makan telur ikan asam pedas.Telur ikan ni kan sebenarnya favourite Cik Uji dari zaman dulu lagi.Tak kiralah telur ikan apa.Cik Uji suka sangat.Papa Fiyya pun suka sangat makan telur ikan macam dalam gambar tu.Acik-acik suka tak???



Telur ikan asam pedas ni Mak Ti Fiyya yang masak.
Mak Ti tu kakak Cik Uji.

Sesuai untuk makan tengah hari kan?

Friday, November 14, 2014

Apa Fiyya kata...

   Assalamualaikum acik-acik semua!Maaflah sebab dah berapa hari entah Fiyya tak muncul.Bukan Fiyya sombong cuma Fiyya tak sihat.Sakit kena cucuk dengan misi.Mama kata sakit sikit je tapi bila acik misi tu dah tarik jarum dari peha Fiyya, adoiiii sakit sangat!!!Apa lagi!Fiyya pun melalaklah!Tapi Fiyya menangis sekejap je.Fiyya segan nak menangis lama-lama.Lagipun video Fiyya kena cucuk dengan acik misi tu mama hantar pada Whatsapp Anak Cucu Yai Nyai.Ramai yang tengok.Cik Uji pun tengok.Hehehe!Malulah Fiyya.Jadi, Fiyya tak kongsi kat sinilah ye! (Shhhh!!!Lagi pun gambar tu nampak aurat!Hehehe) Oh ya!Lupa nak beritahu.Masa acik misi tu cucuk Fiyya, papa yang pegang Fiyya.Terbaiklah papa.Mama tukang ambik gambar je.Mama tak sampai hati tengok Fiyya kena cucuk agaknya.Untung Fiyya ada papa macam papa.Alhamdulillah....

   Selain dari tak sihat, Fiyya lama tak borak-borak dengan acik-acik semua sebab Cik Uji sibuk.Kata Cik Uji, cuti sekolah dah nak tiba.Banyak kerja yang mesti diselesaikan segera.Lagi pun Cik Uji hari tu susah hati sebab si Kasmir, anak Cik Uji yang tak sihat tu hilang.Puas Cik Uji cari.Sehari semalam Kasmir hilang.Esoknya masa Cik Uji siap-siap nak ke sekolah, Cik Uji jerit nama Kasmir kuat-kuat.Tiba-tiba bunyi Kasmir menyahut.Rupa-rupanya Kasmir di rumah jiran belakang rumah.Jatuh tebing dan tak pandai naik.Kesian Kasmir.Sekarang ni sekejap-sekejap Cik Uji jenguk Kasmir di luar.Takut hilang lagi.Sebelum tu, Cik Uji tengah buat projek kumbang.Ni Fiyya tunjuk.


   

   Oleh kerana risaukan Kasmir hilang, Cik Uji belum sempat sapu pengilat dan letak mata.Lagi pun tak berapa kering sangat lagi.Kumbang tu Cik Uji buat dari cengkerang kekapis yang Yai beli di Maslee.Cik Uji basuh, lap kering-kering dan lukis.Cik Uji kata nak guna untuk projek seni.Fiyya pun tak tahu projek seni apa.Cik Uji memang minat seni.Cik Uji ni kreatif.Abang sepupu Fiyya pun ada yang kreatif tau!Sekejap Fiyya bongkar album cari gambar sepupu Fiyya yang kreatif tu.Jap ek.......



   Inilah abang sepupu Fiyya yang kreatif tu.Namanya Muhammad Farhan.Tengok tu abang Farhan buat eksperimen guna hanger.Keatif kan?Ada sekali tu abang Farhan jadi robot guna kotak.Betul-betul macam transformer!Hahaha!Oklah.Fiyya nak berlatih merangkak lagi.Tak lulus-lulus dari minggu lepas.Angkat punggung je Fiyya pas.Lepas tu fail.Hahahaha!Penat sangat-sangat!Lagi pun Cik Uji banyak kerja sekolah nak kena siapkan.Ada masa nanti kita jumpa lagi ye.Tata!!!


Penatnya practise merangkak....


Inilah Kasmir kesayangan Cik Uji.


Ala... Papa Fiyya suka sangat buat lawak.Hahaha!



Let's have a break!