Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, December 24, 2014

Sahabat dunia akhirat...

   Siapa sangka selepas 30 tahun, aku dapat berjumpa kembali dengan rakan sekolah.Alhamdulillah.... Niat asal nak jumpa satu keluarga tapi kerana hal yang tak dapat dielakkan, cuma dapat jumpa sahabat lama aku dan dua orang puterinya yang comel.Sahabat aku tu tinggal di Port Dickson dan kami berjumpa di Johor Bahru, dengan izin Allah.Tak sangka, senang sangat nak cam walau pun dah bertahun-tahun tak jumpa.Sahabat aku masih seperti dulu, peramah, baik hati dan sentiasa merendah diri.Aku senang tengok dia bahagia dengan anak-anak yang comel.Mudah-mudahan, kebahagiaan temanku itu berkekalan ke akhir hayat.Kalau ada umur panjang, insyaallah, suatu masa kita akan bertemu kembali.Terima kasih kerana sudi berjumpa kembali.

Ghazali Daud

Sahabatku dunia akhirat.
   

Dua puteri comel sahabatku, si kakak Puteri Syamimi Najihah Ghazali dan si adik, Puteri Sofea Nadiah Ghazali.Moga kakak dapat jadi seorang doktor  dan adik dapat jadi seorang guru matematik seperti yang dicita-citakan.

p/s : Hadiah nanti acik pos ye.Terlupa nak beri hari tu.
Salam buat mama.

Majlis jejak kasih...

  Alahai... Seminggu tak up date blog dek dihambat masalah dan kekangan masa.Dalam seminggu tu macam-macam perkara berlaku.Pertama, majlis bacaan tahlil dan Yaasin untuk kawan-kawan sekolah yang telah meninggal dunia.Al Fatihah buat teman-temanku Mat Zam Gatmin, Tumin Tarman dan Kamarudin Maidin.Sedihlah juga kerana baru je jumpa semula selepas bertahun-tahun dipisahkan oleh masa.Moga roh teman-temanku diletakkan di kalangan mereka yang beriman.

   Selepas tahlil dan bacaan Yaasin, barulah berpeluang berborak bertanya khabar dengan kawan-kawan lama.Maklumlah ada yang dah 28 tahun tak jumpa.Terharu rasanya dapat berjumpa kembali.Kalau boleh nak berborak sampai ke pagi.Tentang jamuan, malam tu pakat-pakat bawa makanan.Kalau zaman aku kecik dulu dipanggil 'kuih teriak' tapi zaman sekarang orang panggil potluck.Makanan melimpah ruah.Alhamdulillah..... Terima kasihlah pada tuan rumah, temanku Rosadah Md Sam dan suami yang sudi menerima kami.Terima kasih juga kepada admin, temanku Naien yang bersusah payah menjejak kami.Jasamu dikenang.Moga ukhwah yang terjalin akan berkekalan ke akhir hayat....



Tuan admin berbaju biru.



Sahabat susah dan senang



Sahabat sebenarnya...





Sahabat dulu, kini dan selamanya...






Semoga mentari 2015 yang akan hadir, terus memberi sinar buat kita semua.

Tarikh majlis : 13 Disember 2014
Hari : Ahad
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Taman Kota Masai, Pasir Gudang
Perhimpunan semula bekas-bekas pelajar SMK Pasir Gudang dan SMK Dato' Penggawa Timur, Masai.

Saturday, December 13, 2014

Khasiat beras rebus

    Hari ini nak cerita pasal beras.Dari kecil kita kenal beras,kan?Maklumlah.Orang Melayu.Beras wajib ada dalam rumah.Tak kiralah beras jenis apa.Baru-baru ini, setelah sembuh dari sakit, selera makan aku bertambah.Kalau boleh sekali makan 2,3 pinggan.Tapi mengenangkan saiz pinggang yang tak berapa nak kecik, aku terpaksalah fikirkan beras yang mengenyangkan tetapi saiz badan aku boleh maintain.

   Beras yang biasa aku makan adalah beras wangi.Sesekali aku makan beras biasa cap Rusa.Tetapi kedua-duanya tu agak menggemukkan.Maka misi mengenalpasti beras yang mesra perut dan mesra lemak pun aku jalankan.Beg pertama aku makan beras perang jenama XXXXXX.  Ala... langsung tak sedap.Macam makan nasi dah direndam air seminggu.Nak buang sayang jadi makan jelah sampai habis satu beg.Misi kecikkan pingang berjaya tapi tekak tak boleh nak terus terima.

   Misi kedua, aku melilau lagi mencari beras yang sesuai.Kali ini jodohku kuat dengan beras rebus.Serius aku tak tahu apa itu beras rebus.First time aku dengar.Warna agak keperangan.Rasa?Mmmm..... Bolehlah.Aku tak pasti sama ada beras rebus dan beras perang ni sama atau tidak.Antara kebaikan beras rebus yang aku kutip di Google adalah :

1. Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.Dengan kata lain sesuai untuk pesakit kencing manis.
2. Bila sudah kurang kanji@gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.
3. Boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Boleh diet guna beras ni.Kesan jangka panjang, boleh kekalkan saiz pinggang.
4. Mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat.
5. Mengandungi Mineral Magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.Bahan anti pengaratan ni aku tak berapa faham.Nanti kena cari maklumat lebih lanjut.
6. Menjaga jantung dan darah tinggi.Umur makin meningkat jadi memang patutlah kena jaga jantung dan darah tinggi.
7. Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.Yang ni aku tak berapa pasti.Kalau betul, tentu bagus untuk tulang.
8. Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser. Maknanya dengan makan beras rebus ni, dapatlah kurangkan risiko kanser.
Kesimpulannya, bagus juga beras rebus ni.Bolehlah aku check sama ada berat aku makin bertambah atau berkurangan.Tak larat nak jalan kalau berat sangat.Kan?
Fiyya makan beras apa, Fiyya?
Agak-agak, yang mana satu makan beras rebus?

Friday, December 12, 2014

Segmen : Ini entry terbaik 2014

   Dah berzaman tak ikuti apa-apa segmen.Blog aku pun dah naik bersawang dah.Ronda punya ronda terjumpa segmen menarik ni.Jomlah kita join.Untung-untung makin ramai follower. Hehehe!

Syarat segmen ada disertakan di bawah.Copy paste dari tokeh segmen.



1- Buat satu entry bertajuk 'Segmen:  Ini Entry terbaik 2014'
    Ok.Tengah buat ni.

2- Copy banner kat atas tu dan link kan ke entry ini.Dalam entry kawan2 tu letak kan link 2 entry terbaik kawan2.kalau bukan yang terbaik pun ,yang kawan2 suka pun boleh..
    Banner dah copy.
    2 entry aku yang aku rasa terbaik untuk tahun 2014 ini adalah :
     1.   http://scarlettj1.blogspot.com/2014/12/warkah-terakhir-buat-awak.html
     2.   http://scarlettj1.blogspot.com/2014/12/surat-terbuka-untuk-dymm-sultan.html

3- Jangan lupa follow ATAU letak blog ni kat bloglist kawan2 ye..sebab lepas tamat segmen ni saya akan kongsikan salah satu daripada dua entry tersebut di blog ini .Maknanya semua berpeluang untuk entrynya  dipilih.Jadi boleh la kita baca cerita2 paling menarik yang kawan2 tulis pada 2014 ni..kan??
    Dah follow dah.

4- Tinggalkan link entry kawan2 di entry ini.itu sahaja..

     Kejap lepas pos, bolehlah letak.

Dah siap?Senang je.

Oh ya , tarikh tutup adalah pada 25 Disember 2014.Banyak masa lagi.

Warkah terakhir buat awak

Assalamualaikum wth, 

   Kehadapan awak yang dihormati.Terlebih dahulu, jutaan maaf dipohonkan andai kata apa yang bakal saya nyatakan mengguris hati awak.(Kenyataannya hati awak sekeras batu;tidak akan mudah terguris) Tiada jalan lagi yang dapat saya ikut melainkan jalan penuh onak dan duri.

   Awak yang dihormati.Telah sekian lama saya memendam rasa menjeruk hati semata-mata untuk mempastikan istana yang dibina terus gah.Terus kukuh.Namun kenyataannya istana itu hanya wujud di mata saya, bukan mata awak.Oleh demikian, biar apa pun hiasan indah yang cuba saya letakkan, tetap awak tarik runtuh tak tinggal kesan.Sampainya hati!

   Awak... Saya tak pernah tahu sama ada selama ini saya hanya bertepuk sebelah tangan atau tidak.Awak buat saya keliru.Sekejap awak tatang saya bagai minyak yang penuh.Sekejap awak cincang-cincang hati saya menjadi hancur luluh.Tiada kesan.Saya keliru.Hinggakan keliru bertukar menjadi dungu.Sayalah yang dungu itu.

   Awak.... Pernah sekali kita terpisah.Waktu itu saya nekad untuk terus menghapuskan nama awak dari hati.Hatta menyebut negeri awak pun saya ngeri.Namun campur tangan orang tua berjaya melembutkan hati saya.Mustahil awak lupa!Bila orang tua awak menangis dan merayu agar awak diberi peluang kedua.Maka, sekali lagi saya rela berkorban agar istana itu terus tegak meski asasnya selalu retak!

  Awak... Bukan niat saya menyusahkan dengan memberikan syarat-syarat tersebut untuk menerima awak kembali.Namun itu adalah jaminan untuk membuktikan yang awak benar-benar masih perlukan saya.Oleh itu, andai awak sendiri melanggar janji yang termetrai, jangan salahkan saya andai saya tidak mungkin akan terima.Cukuplah saya diperkotak-katikkan sesuku abad hidup bersama.Hati saya retak beribu-ribu.

   Awak....Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Sesungguhnya saya telah terlalu penat berlari mengejar sesuatu yang tak pasti.Tiada guna jika hanya saya yang cuba mendayung biduk di kiambang namun awak hanya memerhati malah selalu cuba mengkhianati.Benar awak.Biduk berlalu kiambang bertaut namun biduk kita berlalu, kiambang takkan mungkin akan bertaut!Maafkan saya awak.

   Suatu waktu dahulu, setiap denyut nadi dan desah nafas saya adalah untuk awak.Bukan penghargaan intan berlian yang saya mahukan namun cukuplah kata-kata terima kasih penyedap hati.Tetapi sebaliknya yang awak beri.Maka andai suatu masa nanti rasa kasih rasa sayang juga cinta yang melimpah ruah dalam dada saya bukan lagi milik awak, jangan sesekali awak salahkan saya.

   Awak... Tempoh lama membina mahligai bukan jaminan ia akan kekal selamanya.Apa tah lagi andai awak sendiri yang mahukan ia runtuh...Tiada guna kata sayang andai ia hanya temberang.Memang silap saya kerana terlalu mengharap cantiknya sinar bulan sedang kenyataannya ia hanya palsu belaka.Maaf, awak...Saya telah terlalu letih menjadi orang lain, bukan saya.Izinkan saya berhenti berlakon dan jadi diri saya sendiri.

   Awak.... Apabila keputusan telah pun bulat, biarpun saya awak label sebagai si pengikut kata yang tak punya otak,saya akan tetap bertindak.Demi sebuah kebahagiaan yang mutlak.Salah awak sendiri kerana terlalu lokek berkongsi rasa.Saya tak perlu basa-basi rumah tangga tetapi yang saya dambakan adalah ketenangan yang abadi tanpa terganggu dek awak yang selalu emosi.Maafkan saya, awak.

   Awak... Andai ditanya masihkah lagi ada cinta untuk awak dalam dada saya, terus-terang saya nyatakan sedikit demi sedikit ia telah pergi dan mustahil akan kembali.Usahlah awak rayu.Usahlah awak paksa ia kembali.Cukuplah hanya sekali peluang diberi.Saya telah terlalu letih berlari mengejar sesuatu yang tak pasti.

   Awak... Andai ia jadi kenyataan, terimalah hakikat bahwa saya bukan hak milik awak yang mutlak.Jangan bersedih kiranya saya jadi orang asing dalam hidup awak.Bukankah itu yang awak mahu?Sesungguhnya saya keliru dalam mempertahankan sesuatu yang tak pasti maka tahun-tahun saya terbazir begitu saja.Awak tak sukakan saya jadi biarlah saya pergi buat selama-lamanya.

   Awak....Cukuplah.Izinkan saya meletakkan satu noktah.Saya telah terlalu letih.Terlalau!Terlalu!Tak guna awak pujuk.Tak guna awak rayu.Ibarat kaca yang pecah, mustahil hati saya akan bersatu kembali.Relakanlah saya mencari bahagia saya sendiri.Biar pun agak terlambat namun saya yakin ia belum terlewat.

   Akhir kata, izinkan saya kalungkan ucapan terima kasih kerana sudi menerima saya di sudut hati meskipun hanya sebagai pengemis sepi.Izinkan saya mencari bahagia saya sendiri.Lupakanlah saya buat selama-lamanya.

Yang benar,
Saya.



Kiambang kita takkan lagi bertaut.


Resipi kuih gendang

   Ha!!!!Yeah!!!Kak Yong nak buat kuih gendang Pengerang!My favourite.Kuih ni simple je tapi sedap dan yang penting membawa kenangan.Hihihi!Oleh kerana jarang sangat buat kuih ni, Kak Yong kakak kembar tak seiras aku pun call kakak sepupu yang mahir buat kuih gendang perang eh Pengerang.Sesiapa nak cuba, silakanlah ye.Tak de hak ekslusif pun.Sharing is caring.Tapi jangan mengaku hak milik sudahlah.Ok.Sebelum beri resipi, kita tengok gambar dulu.



Inilah dia si kuih gendang Pengerang.

Bahan-bahannya:
7 biji telur ayam (diblend sampai kembang)
3 cawan gula halus (Kalau nakkurang manis, kurangkan gula)
Santan pekat (ikut pekat)
Tepung gandum(ikut lembut)
Pekatan air daun pandan(ikut warna)
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh Soda bicarbonate 
Sedikit marjerin

Caranya:
1.Campurkan telur yang dipukul kembang dan gula halus.Kacau rata.
2.Masukkan garam, soda bicarbonate dan air pandan.Kacau rata.
3.Masukkan tepung dan santan pekat sedikit demi sedikit.
4.Masukkan sedikit marjerin.
5.Uli adunan nipis dan terap bulat agak-agak 5 cm diameter.
6.Goreng dengan minyak banyak

   Kuih yang jadi cantik, selepas digoreng, ia akan menggelembung macam gendang dan bila dibelah dua, akan kelihatan ruang kosong di tengah-tengah.Orang dulu-dulu cuma gunakan mulut gelas kaca je untuk terap.Kuih ni walaupun simple sangat tetapi sedap dengan bau yang wangi kerana guna pandan.Kalau ada yang tak suka bau pandan, bolehlah gant dengan esen ros atau perasa yang lain.Selamat mencuba.


Apa Fiyya kata

   Assalamualaikum acik-acik!Hari ni Fiyya muncul lagi.Fiyya nak cerita Fiyya pergi ke Beserah, di Kuantan.Kampung mama kot.Fiyya pun tak pasti.Plan asal papa kata nak balik Pasir Gudang tapi tak jadi.Tak pelah Fiyya ok je asalkan balik.Lambat atau cepat tak kisahlah.Papa kata cuti krismas nanti baru balik Pasir Gudang.Yeah!!!Tunggu Fiyya tau!Muah!Meh Fiyya belanja gambar satu.



Cantik tak Fiyya?
Nampaknya Fiyya pun suka sengih macam papa.

Sampai ternganga mulut!

   Sampai ternganga anak buah aku si Farhan.Gelihati tengok gambar.Rasanya ni lawatan ke Arfa Batik di Cendering, kot!Farhan!Farhan!



Harimau tak simpan kuku lagi

   Alhamdulillah hari ni,12 Disember 2014, aku makin sihat.Demam dah kurang cuma tinggal sakit tekak.Mentari pagi ni pun nampaknya cukup ceria menyebarkan cahaya.Rakyat Malaysia aku percaya sedang seronok selepas lena diulit mimpi malam tadi kerana HARIMAU MALAYA kembali mengaum malam tadi dengan menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4.

   Malam tadi, aku tak mengikuti perlawanan Timbal balik separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam.Bukan tak sudi menyokong, tapi mengantuk giler lepas makan ubat.Walau bagaimanapun, aku ikuti perkembangan yang sentiasa dikemas kini oleh teman-teman sekerja di ruang WhatsApp.Siapa kata WhatsApp tu buang masa?Kan.Apa pun, aku doakan Harimau Malaya takkan terus menyimpan kuku di perlawanan akhir menentang Thailand nanti.Tahniah sekali lagi Harimau Malaya.


Harimau aku si Kasmir masih berselimut lagi.

   

   

Tuesday, December 9, 2014

Love ...


I Remember Years Ago, Someone Told Me I Should Take Caution When it Comes to Love, I Did
So Tell Them All I Know Now
Shout it From the Rooftops
Write it On the Sky Line
All We Had Is Gone Now
Tell Them I Was Happy
and My Heart is Broken
All My Scars Are Open
Tell Them What I Hoped Would Be
Impossible” 

― Shontelle



Love is ..

   
“Love means a lot to those whose hearts understand its rhythm and language” 






Apa yang aneh di Gegar Vaganza

   Tengok tajuk dah tau dah nak cerita pasal apa.Apa lagi?GEGAR VAGANZA!!!Tak baik cerita hal dunia?Eleh!Jangan hipokritlah.Hal akhirat, akhirat juga tapi tak bermakna kena lupakan hal dunia.Tak gitu?Oh ya!Cerita tentang GEGAR VAGANZA ada perkara aneh yang berlaku.Perkara ni ramai yang nampak tapi mungkin tak perasan.Nak tau?Meh dekat sikit dengar penjelasan aku.

   Cuba tengok peserta GEGAR VAGANZA.Rata-rata pesertanya dah lebih 4 series.Contohnya ya Ayai Ilusi,Halida, Ardilla, Nadia dan pujaan hatiku selamanya Rahmad Mega.Peserta yang lain walau pun tak berapa berusia telah dikategorikan sebagai dewasa.Lagu-lagu yang dibawa pun lagu-lagu lama.Tapi yang anehnya anak-anak murid aku yang baru 13 -17 tahun ramai yang suka lagu-lagu tu.Kenal penyanyinya dan yang paling aneh hafal senikatanya. Aneh tak?Kan aneh tu kan??? Adeh!Adeh!Gurau je




Ini dia pujaan hatiku...
RAHMAD MEGA.
Gambar Google

Penyakit D yang ditakuti.

   Kalau dulu kita ada penyakit PhD ( penyakit hasad dengki), sekarang kita ada penyakit D ( dengki).Tapi entry aku tak de kaitan dengan kedua-duanya.Penyakit yang aku maksudkan bukan yang tersebut di atas dan bukan yang sewaktu dengannya.Penyakit yang aku maksudkan adalah DENGGI.Yes! DENGGI .Kenapa tiba-tiba aku nak cerita tentang denggi?Ha... Alkisahnya begini...

   Dah seminggu aku rasa tak sihat.Kejap sakit abdomen, kejap sakit pinggang.Badan kejap panas kejap sejuk.Ah sudah!Kena denggi ke aku?Kebetulan jiran depan rumah 3 beranak kena denggi.Jangan-jangan aku pun kena denggi!Oh Jangan!Bila tanya kawan-kawan, ramai yang syorkan aku makan sup ketam.Alahai..Aku bukan tak suka sup ketam.Aku suka sangat makan ketam.Ketam kan sedap(Ketam kayu tak masuk kategori ye) Aku alergik pada ketam dan makanan laut lainnya.

   Kalau makan ketam nanti, habislah timbul biji-biji air gatal di jari aku.Kemudian ia berubah menjadi biji-biji nanah.Kemudian berubah lagi jadi keras macam kena gam gajah.Kemudian berubah lagi jadi merekah retak seribu dan berdarah.Hoooo!!!Sakit tau!Tapi kerana takutkan denggi, aku makan juga sup ketam.Hasilnya?Dah berdarah-darah dah jari ni.( Betul ke sup ketam boleh bantu ubati denggi?Ye ke?)

   Demam masih juga tak sembuh walau pun dah bermangkuk sup ketam yang aku makan.Try jus betik pulak.Sebut tentang betik, aku si bendul ingatkan buah betik masak dibuat jus.Tapi rupa-rupanya jus daun betik.Kalau tanya orang kampung, caranya daun betik tu direbus dan minum airnya.Tapi bila aku Google, pakar berkata cara tu salah.Cara yang sebenar ada di SINI.SILA KLIK DAN BACA.JANGAN MALAS YE Cuma rasanya tak sedap.Almaklumlah ubat.

   Alhamdulillah... hari ni dah ok sikit.Tak perlu ambik darah kot.Aku paling tak suka ambik darah sebab sekali cucuk bukan terus keluar!Kulit tebal sgt dengan lemak.Dan of course aku tak suka penyakit D.Penyakit yang aku takuti, denggi.Demam panas biasa sebab penat dan rindu pada anak-anak murid aku di sekolah kot.Eleh!Macam iye je?


Buncit nampaknya perut tu Cik Des?
Gambar pinjam Google


   

Entry panas - tengah hari

   Hari ni aku nak membebel sikit.Ala-ala mak nenek tak dapat sentil tembakau.Kisahnya begini..... Aku bengang @ geram@sakit hati@ dan yang seerti dengannya pada spesis lelaki yang mulut tak de insurans.Membebel 24 jam.Kalah murai tercabut ekor.Biasanya yang kuat membebel ni perempuan.Tapi kalau yang kuat membebel ni spesis berlawanan takkan nak di gelar Cik Ondan? Hish!!!Geram!Baik tukar jantina je.Grrr!!!!Geram-geram karang aku staple juga mulut kau karang!


Cik Murai oi!!!
Awak jantan, betina atau Cik Ondan?

Petua ajar kucing memerut dengan penuh disiplin.

   Tajuk tak boleh blah.Kata budak-budak sekarang.Isu ini terlintas di kepala otak aku semasa aku bersihkan tempat kucing aku memerut @ buang air.Tak kiralah yang kecik atau besar.Walau pun perkara ni nampak kecik, namun boleh menimbulkan perang sesama jiran sekiranya kucing kita memerut ikut suka.Kan?Jadi, bagi sesiapa yang sedang menghadapi dilema disebabkan perangai tak berdisiplin si bulus memerut merata-rata, bolehlah ikut petua aku ni.

   Caranya senang je.Dalam dompet mesti ada RM.Kemudian, jangan malas start kereta dan berkunjunglah ke kedai barangan pet @ haiwan ternakan.Kemudian, buka mulut sikit dan kata macam ni; Apek!Pasir kucing ada? Bila apek tuan kedai kata ada, segeralah minta sebungkus brand terbaik punya.Pewangi apa terpulanglah.Kalau aku suka yang bau oren.Kemudian step seterusnya, bayar harga pasir tu dan segera balik ke rumah.

   Tiba di rumah ( sebaik-baiknya awak-awal pagi sebab kucing suka memerut awal pagi.Tak de sembelit punya), ambil takung atau bekas kucing memerut aka toilet dia daa... Kemudian tuangkan pasir tu ke dalam takung berkenaan.Pastikan ada bunyi semasa pasir tu dituang.Caranya tuang perlahan-lahan.Semasa tu, tanpa diajar, anak-anak bulus kita akan berkejar untuk segera memerut di takung berpasir yang kita sediakan.Tak percaya?Sila cuba ye. *Wink*


Setakat hari ni, aku puas hati guna jenama ni.
Gambar pinjam Google.

Let's have a break!