Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, January 10, 2015

Rangkuman 1-10 Januari Plus decoupage

   Awal-awal tahun aku dah tertewas.Terlewat amat sangat untuk mengejar dateline blog.Ah!tak kiralah.Better late than never kata anak beranak Mr.Bean.Jadi, ku gerakkan juga jari- jemariku menari di papan kekunci ini biarpun bukan sebagai the keyboard warrior.

   Seperti tahun-tahun lalu,1 Januari hari jadi aku.Tak de apa yang istimewa melainkan ucapan ikhlas kawan-kawan dan anak-anak pelajar.Oh ya!Kiriman novel Jeriji Kasih dan buku santapan jiwa Mengenal Tuhan oleh seseorang yang telah lama menghilang.Mood 2015, untuk 2 minggu pertama ku rasakan tak tentu.Ibarat cuaca sekejap cerah, sekejap mendung, sekejap hujan setempat-setempat.Tiada apa yang menarik.Aku belum mendapat rentakku.

   1 Januari 2015, aku mulakan dengan tugas menjadi guru tingkatan 1 KRK 1.Tugas yang pernah aku galas pada 2007.Dalam daftar ada 45 nama tetapi yang mendaftar hanya 29 pelajar.Seperti biasa,pelajar 5A ramai yang ke sekolah berasrama penuh atau sebagainya.Bagus juga sekurang-kurangnya kuranglah jumlah pelajar tingkatan 1 di sekolahku yang jejak 800.Tingkatan 1 sahaja.Pendaftaran berjalan lancar.Alhamdulillah...Dengan bantuan Abang Long Mr Nesamony dan juniorku Pn.Fadilatul Firdaus.Terima kasih kerana membantu.Oleh kerana tiada pengasuh, OnFadilatul membawa 2 anaknya berusia 4 dan 5 tahun.Adat kanak-kanak cepat bosan jadi aku berikan seorang sebatang marker pen dan biarkan mereka melukis di papan putih.Contenglah nak apa nak conteng.Mama kena fokus kerja.

   2 Januari 2015, aku ditugaskan membantu guru tingkatan 3.Tetapi tempatku telah digantikan dengan guru lain.Keadaan kritikal kerana jumlah guru yang tak cukup.Ramai yang masih belum bertugas kerana terperangkap dengan banjir di Kelantan jadi aku ronda-ronda dan terjumpa guru tingkatan yang tiada pembantu.Aku pun dengan suka rela menghulurkan bantuan.Pendaftaran lancar.Alhamdulillah....

   3 Januari sekadar berehat di rumah dengan hobi baruku decoupage.Dapatlah aku siapkan 4 yang berbeza.Not bad kata orang untuk orang baru seperti aku.4 hingga 8 Januari kelas ditangguhkan kerana bencana banjir jadi aku teruskan dengan hobi decoupage aku.Dapatlah lagi 4 hasil terbaru.Aku upload di FB dan kata guruku, boleh tahan.Alhamdulillah....   8 Januari 2015 pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan anak-anak dibuat.Tak berapa ramai yang hadir.Asal plan pukul 11 akan dimulakan pemberian namun ditunda ke 12 lebih kerana bank kehabisan duit.Apa pun alhamdulillah... Lancar

   9 dan 10 Januari, aku di rumah mengadap novel Jeriji Kasih yang baru aku terima.Terima kasih pada sahabat yang memberi.Cukup kena dengan seleraku.11 Januari, aku hadir lagi di sisi anak-anak pelajar untuk memulakan sesi persekolahan.Mmmmm .... rindu juga aku pada keletah anak-anak di sekolah.Tahun baru azam baru, aku harap mood blogging aku pun tambah baruBukan seperti ayam kenyang mematuk jagung.Satu-satu.Lambat.Ok.Wish me luck!


Gambar untuk FB aku.Terpikat pulak.Cantik.


Mudah-mudahan all dreams come true


Terima kasih Akmal, sudi jumpa teacher.


Decoupage 




   

   


0 comments:

Let's have a break!