Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, April 18, 2015

Apa Cik Fiyya kata

   Assalamualaikum acik-acik!Dah lama Fiyya tak muncul di blog Cik Uji sebab Cik Uji pun dah lama tak muncul.Kik!Kik!Kik!Hari ni Fiyya muncul balik.Fiyya is a big girl now.Bulan depan Fiyya dah setahun.Fiyya dah tumbuh gigi, dah pandai jalan, dan macam-macam lagi lah.Untuk hari jadi Fiyya bulan depan, Cik Uji dah belikan sesuatu.Fiyya pun tak tau apa bendanya.Cik Uji nak buat surprise le tu.Suka la Fiyya.Kalau pergi mana-mana, nampak baju baby girl,mesti Cik Uji teringatkan Fiyya.Kan?Kan?Hihihi!



   Enterframe gambar Fiyya satu.Ha... itulah rupa Fiyya sekarang.Dah babam!Apa taknya.Hari-hari mama beri makan puri.Macam-macam puri mama bagiNasib baik tak angkasapuri.Eh!Angkasapuri tu apa?Fiyya tak taulah. Selain mama, papa pun suka suap Fiyya puri.Kalau baby zaman dulu, dia orang makan puri juga tapi puri lenyek.Contohnya pisang lenyek.Wah!Berkhasiat juga tu.Fiyya makan puri kurma dan.... apa ek.Lupa pulak.


   Ha...Yang inilah papa Fiyya.Handsome kan?Papa Fiyya memang gelap sikit sebab dia suka memancing.Tapi, gelap-gelap pun papa jadi kesayangan ramai orang.Maklumlah papa kan anak bongsu.Fiyya pulak anak sulung.Mmmm....bilalah agaknya Fiyya nak dapat adik ye mama?Hihihi!Semua orang suka kalau Fiyya ada adik.Fiyya apatah lagi.. Hihihi...Oklah acik-acik.Fiyya berhenti di sini dulu.Kalau ada masa, Fiyya jumpa acik-acik lagi... Assalamualaikum...

Yang benar,
Nur Farah Safiyya binti Ahmad Firdaus

0 comments:

Let's have a break!