Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, August 14, 2015

Gambar istimewa siri 1

   Alahai... Sepanjang majlis melayan anak-anak selfie dan bergambar.Rajin sungguh.Macam-macam gaya.Suruh posing (eh tak payah suruh) cepat je masing-masing nak posing.Sampai penuh phone aku dengan gambar budak-budak.Lepas tu jenuh pulak nak upload ke FB atau hantar ke Whatsapp.Nasib la nak.Mana yang sempat, teacher share.Mana yang tak sempat, ambik je lah di FB teacher.Kalau pihak sekolah nak ambik untuk blog sekolah pun, aku izinkan.OK je.Asal jangan mengaku jadi tuan punya sudah.Tak larat dah nak letak watermark.Untuk entry ni, aku share yang rasanya istimewa je.Yang lain tengok di FB je ye.

Gambar ni istimewa sebab Rico pakai baju cekak musang.Harringson pulak pakai teluk belanga.Lagi tambah istimewa sebab ada Kai Meng dan Daniel.

Gambar ni istimewa sebab boleh nampak ' Less is more beauty'.
Siti Zukrina si beauty sedang menerima hadiah Pakaian Terbaiknya.

Gambar ni istimewa sebab ada Kecik, si Harith.
Kecil-kecil cili padi.

Gambar ni istimewa sebab ada Lawrence pelajar kelas 1 Sukan yang mengkhusus kepada bola sepak.Manalah tau satu hari jadi pemain bola sepak terkenal.Tambah istimewa dengan vest beridentiti iban macam si Lawrence.Cantik.

Gambar yang ni istimewa sebab si kaca mata tu sebijik muka kawan sekolah aku.
Nama pun sama.

Gambar ni istimewa sebab ada si Faiz yang comel.
Bukan badan je besar tapi cita-cita dan keyakinan diri yang tinggi sangat aku hormati.
Faiz antara pelajar berakhlak mulia di sekolah aku.

Ha.... Inilah gambar yang paling istimewa.Inilah wajah kesayangan warga sekolah bonda pengetua tercinta
Puan Rosnah Ismail, BCK.Gambar ni sangat istimewa sebab bonda sendiri yang mintak aku ambik gambar ni dan bonda posing.Bukan kandid.Aku nak ambik sendiri, malu.hihihi.Terima kasih la bonda.

Oklah.Nanti aku sambung update gambar istimewa siri yang lain pulak.

0 comments:

Let's have a break!