Sunday, August 23, 2015

Jamuan raya sekampung

   Pada penghujung Syawal yang lalu, bersamaan 15 Ogos 2015, telah diadakan Majlis Jamuan Hariraya sekampung di kampung aku.Kalau tak silap, ini kali ketiga majlis yang sama diadakan.Majlis diadakan di padang bola sepak kampung dengan persediaan makanan secara rewang.Bukan mudah untuk mengadakan majlis sebegini kerana ia memerlukan kerjasama banyak pihak.Jadi, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada ajk yang berkenaan.Tanpa mereka majlis takkan dapat dijayakan.

   Majlis bermula lebih kurang jam 9 malam dengan bacaan marhaban, doa dan ucapan alu-aluan.Dengan menu hariraya yang pelbagai, orang kampung menjamu selera di khemah-khemah yang disediakan dan juga di tikar-tikar yang dibentang.Bantuan hariraya juga disumbangkan kepada para ibu tunggal.Selain itu, cabutan nombor bertuah juga ada di samping sumbangan duit raya kepada anak-anak bawah 15 tahun.Sebagai penutup majlis, orang kampung disajikan dengan pertunjukan bunga api.Tahun hadapan, panjang umur, jumpa lagi


Antara tetamu yang hadir


Cabutan bertuah




2 comments:

Sop said...

wah, meriah sekampung beraya ye

Yana Yani said...

seronokkan kalau ada majlis perjumpaan gini
baru terasa meriah raya tu =)

Post a Comment