Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, August 15, 2015

Miang sangat!Ha!Kan dah kena!

   Sekarang sedang viral tentang lelaki miang yang buat benda tak senonoh sorang-sorang dalam train ( LRT atau komuter, tak pasti pulak) Video jelas tunjuk muka dia yang super duper tak tau malu.Rasanya monyet pun lagi tau malu.Nak kongsi video tu kat sini tapi geli pulak.Carilah sendiri sape yang teringin nak tengok tu.Rupanya selain kes buat benda tak senonoh sorang-sorang, lelaki tu juga ada buat operasi mintak duit.Gaya pun berubah-ubah.Kejap pakai jubah, kejap pakai spek hitam tapi yang pasti tetap akai tak dak!Mintak dijauhkan dari terkena dengan orang macam ni.

   Aku pernah juga jumpa spesis yang macam ni.Masa tu zaman bas mini warna pink.Aku tinggal di Bandar Tun Razak, Cheras.Pagi-pagi nak ke kuliah, kena berhimpit-himpit naik bas mini.Satu hari tu, orang punyalah ramai.Maka terpaksalah bertukar kejap jadi sardin.Tiba-tiba, aku rasa ada benda merayap di badan.Aku tepis, hilang kejap.Eh, tak lama ada lagi benda merayap.Aku tepis lagi.Eh tak guna betul!Dia merayap lagi!Aku pun naik geram.Aku pegang tangan tu, kemudian aku cucuk dengan pin tudung sekuat hati.Ha kau!Menjerit dia!Padan muka!Lepas tu terus dia tekan bell dan turun di depan Pusat Belia Antarabangsa.Siapa suruh mintak cucuk?Kan dah dapat sakit?



Bas mini pink 


0 comments:

Let's have a break!