Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, August 7, 2015

Petua rambut cantik dulu dan sekarang

   Nak petua rambut cantik?Boleh saja.Berdasarkan pengalaman aku sendiri ye.Tapi, sebelum tu aku suka nak ingatkan, kalau ikut petua aku ni, hasilnya taklah serta-merta kecuali menggunakan produk yang aku akan ceritakan di hujung entry ni.Ok.Petuanya begini.....Dulu zaman aku anak dara, aku suka sangat cuba petua-petua orang lama.Termasuklah petua menjaga rambut.

   Pertama, untuk mendapatkan rambut yang hitam dan lambat beruban, aku amalkan guna santan kelapa perahan pertama.Dengan kata lain santan pekat yang 100% santan tanpa dicampur apa pun termasuklah air walau setitik.Sapukan dan urutkan di kulit kepala sampai rata.Kemudian balut kepala dengan tuala.Zaman aku dulu balut dengan kain batik je.Janji balut.Ikut sukalah nak berapa lama asal tak sampai setahun.Hihihi...Kepala akan rasa sejuk je. Kemudian, cucilah rambut dan kepala bersih-bersih.Gunakan shampoo macam biasa.Zaman aku dulu lanyak dengan sabun Lux .Maklumlah, orang kampung. Hasilnya, sampai sekarang, umur dah hampir lima series, rambut aku masih lagi hitam dan tak de la banyak uban.Setakat sehelai dua je.

   Kedua, untuk dapatkan rambut berkilat, kita kena cari pokok pisang.Caranya, bila ada pokok pisang yang ditebang, korek bahagian tengah di batang pisang yang tinggal tu.Tunggu sejam dua.Tapi pstikan bersih ye.Selepas sejam atau dua jam, akan ada air jernih yang berkumpul di situ.Sapu air tu di kepala dan rambut rata-rata.Pakai macam conditioner.Tak payah basuh ye.Hasilnya rambut akan berkilat dan nampak bermaya.Untuk yang ketiga pulak, petua untuk elak kelemumur.Caranya pun mudah.Carilah daun bunga raya yang hijau tua.Ramas sampai keluar lendir.Campur air sikit je.Sapu di kepala macam pakai conditioner juga.Inshaallah, dengan izin Allah, kelemumur tak de atau sangat kurang.

   Ha.... itulah petua-petua yang aku amalkan untuk dapatkan rambut yang lebat, hitam, berkilat, tak de uban dan kurang kelemumur macam sekarang.Bukan nak menunjuk ye cuma nak menjawab soalan rakan-rakan yang selalu bertanya.Cuma, kenalah rajin amalkan.Kalau sekali buat terus nak dapat hasilnya, mintak maaf je lah.Tak de magik.Tapi, untuk yang betul-betul nak kan hasil yang cepat, aku syorkan, guna produk di bawah.Sangat-sangat berkesan.Kalau skala aku bagi 5 bintang.Aku akan cerita lebih lanjut dalam entry seterusnya.Petang atau malam ni kot sebab sekejap lagi aku nak ke rumah kakak aku.Rindu lah pulak kakak kembar tak kembar aku tu.Kak Yong!Tunggu aku datang ye!!!!


Yang ni produk magik yang aku baru guna tapi sangat superb.
Sesuai untuk yang nakkan hasil segera
Tunggu aku update tau.

2 comments:

qaseh dalia said...

hurm rambut kite banyak gugur ~

lia ummiirfan said...

wahh., susah jugak yea nak amalkan petua nie soecially bab pisang tu., mane nak carik.. hihi..

Let's have a break!