Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, August 14, 2015

Riang Ria Aidil Fitri 2015

   Syukur alhamdulillah... Majlis Riang Ria Aidil Fitri 2015 sekolah telah selamat diadakan dalam dua sesi pada hari Khamis, 13 Ogos yang lepas.Terpaksa buat dua sesi kerana kekangan keadaan, masa dan tempat.Sesi  pertama diadakan mulai jam 11 pagi hingga 1 tengah hari manakala sesi kedua mulai 4 petang hingga 6 petang.Waktu yang lain diisi dengan sesi p&p ( pengajaran dan pembelajaran atau kata mudahnya belajar la.Raya, raya juga tapi belajar jangan dilupa) Rasa seronok pulak tengok anak-anak belajar di kelas dengan lengkap berpakaian raya.Meriah.

   Majoriti pelajar adalah melayu jadi yang lelaki lengkap berbaju melayu sama ada cekak musang atau teluk belanga, bersongkok dan berkain samping.Mana kala yang perempuan memakai baju kurung.Tapi ada juga yang tak tahu baju kurung dan pakai baju 'terlebih kurung'.Redha je lah kan.Takkan nak suruh balik pulak.Terutama yang memakai kononnya jubah tapi jubah membawa rebah.Hihihi.Untung tak ramai.Sorang dua je. Yang menariknya pelajar bukan melayu berpakaian tradisional masing-masing.Cantik-cantiknya lenga budak-budak india.

   Menu jamuan terpulang kelas masing-masing.Macam-macam ada.Western, tradisional dan style Jepun pun ada.Terima kasih kepada ibu-ibu yang bekerjasama menyediakan juadah.Untuk guru, seekor kambing 'digolekkan' dan ditambah macam-macam lagi juadah lain.Oleh kerana aku jenis kurang makan, aku cuma makan beberapa hirisan kecil kambing golek, dua sudu salad buah, semangkuk cendol, semangkuk sup cendawan (diberi oleh seorang pelajar khas untuk aku.Terima kasihlah.Sedapnya sup cendawan awak) dua cucuk sate (kuah sate tu ada daun limau purut.Aku tak berapa sukalah) , sepotong kecil kek coklat Secret Recipe dan segelas air bandung.Itu je lah.Tu pun kenyang bukan main.Alhamdulillah.Nasi hujan panas, daging, ayam, soto dan yang lain tu,cikgu-cikgu kata sedap.Mewah sungguh orang Malaysia.

   Untuk memeriahkan majlis, disediakan hadiah khas untuk pakaian terbaik lelaki dan perempuan.Susah juga nak pilih kerana semua cantik-cantik.Akhirnya terpilihlah seorang pelajar Iban sebagai pemenang pakaian lelaki terbaik.Dengan lengkap berbaju teluk belanga, berkain samping dan bersongkok dari mula majlis sampailah habis dan usaha meminjam pakaian kawan melayu, melayakkan Harringson Kadir sebagai pemenang.Untuk pelajar perempuan pun susah juga nak pilih.Semua cantik-cantik.Maka yang terpilih tentulah ada faktor istimewa iaitu melambangkan gadis melayu yang simple, sederhana tapi cantik dan manis.Tak payah pakai baju bling bling atau penuh renda.Apa tah lagi baju seperti jubah tapi membawa padah.Pihak disiplin mewajibkan pelajar perempuan memakai kasut bertutup dan tidak bertumit.Pemenang bertuah yang terpilih inilah antara yang memenuhi setiap syarat dan garis panduan pihak disiplin.Jadi, tahniah kepada Siti Zukrina kerana terpilih.Pendek kata, majlis telah berjaya diadakan dengan jayanya.

         


Tahniah Harringson.Inilah antara contoh racial tolerance yang kita belajar tu.



Tahniah Zukrina.Less is more.

Moga berjumpa lagi di majlis tahun hadapan.

0 comments:

Let's have a break!