Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, January 12, 2015

Hari kedua yang ceria ; Ironi

  12 Januari 2015 : Hari kedua persekolahan.Hari ini perhimpunan rasmi pertama diadakan.Guru-guru bersemangat dengan blazer.Barulah semangat.Nyanyian lagu-lagu wajib semasa perhimpunan juga bersemangat.Buat masa ini sedang berlangsung sesi orientasi bersama kaunselor.Bahasa dan pendekatan penuh kasih sayang.Sekolah kami le tu.

   Sebentar lagi, aku akan mula masuk ke kelas.PnP pertama untuk kelas 2 Fikrah.Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Ehem... semangat nak masuk kelas walau pun tekak sakit dan masih lagi dot dot dot.Redha sajalah.Yang penting happy! Da..... Sambung nanti malam ye.

Angin Malam - Broery Marantika

Hari pertama sesi persekolahan 2015

   11 Januari 2015  :Alhamdulillah...Hari pertama sesi persekolahan sesi 2015 telah pun berlalu tanpa sebarang masalah.Tahun 2015, memberi cabaran tersendiri buat aku dan teman-teman guru.Kebanjiran pelajar tingkatan 1 dengan 20 kelas!Jumlah pelajar 700+.Hanya pelajar tingkatan 1.Namun kami melihat sisi positif dengan menganggap anak-anak yang hadir sebagai pembawa rezeki dan kasih sayang.Insya Allah......







Terhibur melihat telatah anak-anak di hari pertama persekolahan.

   Selamat menempuh alam baru buat anak-anakku sayang terutama anak-anak di kelas 1KRK1.Nama-nama belum mampu ku hafal ....  Aina Marina, Asze, Dayana, Nurul Nadhirah, Ahidah, Iqhwan, Harith Najmi, Harith Aiman, Fakhrurazi, Nabila,Nurul Izzah, Lutfi dan lain-lain.Moga jadi anak yang cemerlang dunia akhirat. Juga buat anak angkatku Muhamad Azri Iskandar Abdullah di 1 Luhur.Moga terus cemerlang ye nak.Untuk anak-anak 1 Sukan, moga cemerlang seimbang antara sukan dan pelajaran.Buat teman-teman seperjuangan, kotakan janji laksanakan kata dengan slogan 1 sekolah 1 keluarga. 

Saturday, January 10, 2015

Rangkuman 1-10 Januari Plus decoupage

   Awal-awal tahun aku dah tertewas.Terlewat amat sangat untuk mengejar dateline blog.Ah!tak kiralah.Better late than never kata anak beranak Mr.Bean.Jadi, ku gerakkan juga jari- jemariku menari di papan kekunci ini biarpun bukan sebagai the keyboard warrior.

   Seperti tahun-tahun lalu,1 Januari hari jadi aku.Tak de apa yang istimewa melainkan ucapan ikhlas kawan-kawan dan anak-anak pelajar.Oh ya!Kiriman novel Jeriji Kasih dan buku santapan jiwa Mengenal Tuhan oleh seseorang yang telah lama menghilang.Mood 2015, untuk 2 minggu pertama ku rasakan tak tentu.Ibarat cuaca sekejap cerah, sekejap mendung, sekejap hujan setempat-setempat.Tiada apa yang menarik.Aku belum mendapat rentakku.

   1 Januari 2015, aku mulakan dengan tugas menjadi guru tingkatan 1 KRK 1.Tugas yang pernah aku galas pada 2007.Dalam daftar ada 45 nama tetapi yang mendaftar hanya 29 pelajar.Seperti biasa,pelajar 5A ramai yang ke sekolah berasrama penuh atau sebagainya.Bagus juga sekurang-kurangnya kuranglah jumlah pelajar tingkatan 1 di sekolahku yang jejak 800.Tingkatan 1 sahaja.Pendaftaran berjalan lancar.Alhamdulillah...Dengan bantuan Abang Long Mr Nesamony dan juniorku Pn.Fadilatul Firdaus.Terima kasih kerana membantu.Oleh kerana tiada pengasuh, OnFadilatul membawa 2 anaknya berusia 4 dan 5 tahun.Adat kanak-kanak cepat bosan jadi aku berikan seorang sebatang marker pen dan biarkan mereka melukis di papan putih.Contenglah nak apa nak conteng.Mama kena fokus kerja.

   2 Januari 2015, aku ditugaskan membantu guru tingkatan 3.Tetapi tempatku telah digantikan dengan guru lain.Keadaan kritikal kerana jumlah guru yang tak cukup.Ramai yang masih belum bertugas kerana terperangkap dengan banjir di Kelantan jadi aku ronda-ronda dan terjumpa guru tingkatan yang tiada pembantu.Aku pun dengan suka rela menghulurkan bantuan.Pendaftaran lancar.Alhamdulillah....

   3 Januari sekadar berehat di rumah dengan hobi baruku decoupage.Dapatlah aku siapkan 4 yang berbeza.Not bad kata orang untuk orang baru seperti aku.4 hingga 8 Januari kelas ditangguhkan kerana bencana banjir jadi aku teruskan dengan hobi decoupage aku.Dapatlah lagi 4 hasil terbaru.Aku upload di FB dan kata guruku, boleh tahan.Alhamdulillah....   8 Januari 2015 pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan anak-anak dibuat.Tak berapa ramai yang hadir.Asal plan pukul 11 akan dimulakan pemberian namun ditunda ke 12 lebih kerana bank kehabisan duit.Apa pun alhamdulillah... Lancar

   9 dan 10 Januari, aku di rumah mengadap novel Jeriji Kasih yang baru aku terima.Terima kasih pada sahabat yang memberi.Cukup kena dengan seleraku.11 Januari, aku hadir lagi di sisi anak-anak pelajar untuk memulakan sesi persekolahan.Mmmmm .... rindu juga aku pada keletah anak-anak di sekolah.Tahun baru azam baru, aku harap mood blogging aku pun tambah baruBukan seperti ayam kenyang mematuk jagung.Satu-satu.Lambat.Ok.Wish me luck!


Gambar untuk FB aku.Terpikat pulak.Cantik.


Mudah-mudahan all dreams come true


Terima kasih Akmal, sudi jumpa teacher.


Decoupage 




   

   


Let's have a break!