Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, February 21, 2015

Buang tebiat gi stadium

   Jumaat, 20 Februari 2015, aku ke Stadium Pasir Gudang dengan anak-anak buah.Saja nak menonton perlawanan bolasepak antara JDT11 dan Kuantan FC (ke FA?) .Perlawanan mula pukul 8.45 malam tapi pukul 6 aku dah kena paksa masuk.Suasana di stadium macam biasalah bila ada perlawanan.Polis merata-rata.Menyampah!FRU pun ada.Kawalan dan check masuk boleh tahan ketat.Ramai juga yang masuk awal.Time solat tak jadi masalah sebab surau disediakan dan di surau lelaki kata anak buah aku, sembahyang berjemaah.

   Sebelum perlawanan mula, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, kesayangan rakyat Johor hadir.Sebelum perlawanan, budak-budak Boys Of Strait mula chanting.Meriah stadium.Naik semangat kaki bola.Sebenarnya, aku kurang minat bolasepak jadi sementara orang sibuk tengok bola, aku layan handphone je sambil borak-borak dengan jiran yang turut sama hadir.Dapatlah juga curi masa baca novel.Hihihi....Perlawanan meriah dengan keputusan JDT 11 5 gol berbalas 2.

   Yang seronoknya, aku tengok, penonton tak kira atuk-atuk, makcik-makcik atau budak baru belajar berdiri semua berdiri tegak semasa lagu Bangsa Johor dan Negaraku dinyanyikan.Majoriti ikut menyanyi.Pakaian jangan katalah..rata-rata bangga dengan identiti Johor.Cayalah!Dengan bendera, sepanduk, mafla, kain rentang semua tunjukkan semangat cintakan Johor.Semasa perlawanan pulak, sepanjang masa budak-budak Boys Of Strait tak henti-henti nyanyikan lagu semangat.Tak rasa penat agaknya budak-budak tu.Terkenang pulak semasa melatih Pasir Gudang School Band tahun 2007-20010 di padang yang sama.Oklah...Tengok gambar je lah.Tepu pulak idea.



Budak-budak Boys Of Straight dengan sepanduk dan bendera, 
menyanyi beri semangat tak henti-henti.



Sempat posing jap dengan budak-budak BOS

   Oh ya.Lupa nak ucapkan terima kasih pada kawan aku yang tolong belikan tiket.
Harap beli sendiri.... jangan harap.Ramai bebeno!Terima kasih daun keladi ye Taib!


Tunggu Dongyan datang!

    Ada yang tegur kenapa aku suka sangat share gambar Marian Rivera dan Dingdong Dantes.Jawapannya, mudah je.Sebab aku suka sangat pelakon dua orang dari Filipina tu.Aku suka kerana of course lah dua-dua tu kacak dan jelita tapi bagi aku yang memandang, mereka berdua bukan sekadar kacak dan jelita pada wajah tetapi juga pada hati.Nampak macam ikhlas je.Pada pendapat aku le.Yang kedua kerana lakonan mantap kedua-duanya.Tak kiralah apa watak yang diberi, mesti hidup lakonannya.Setengahnya tu harap muka je lawa tapi lakonan macam kuih akok.Hihihi!!!

   Ketiga kenapa aku suka Dongyan kerana nampak keduanya begitu hormat dan kasih pada orang tua.Tapi berdasarkan gambarlah.Tak perlu pos cantik je 24 jam.Sesiapa pun dilayan sama rata.Bila keduanya ada jodoh, lagilah aku suka.Bagai pinang dibelah dua.Bagai cincin dengan permata.Sangat sesuai!!!Jika tengok di FB, peminat Dongyan ni bukan setakat di Filipina je, tapi serata dunia...dan aku salah seorang dari mereka.Salah ke?Untuk kenang-kenangan, aku dah mintak anak murid aku budak Filipina yang sekarang ada di kampungnya untuk belikan aku majalah YES khas perkahwinan Marian dan Dingdong.Bukan taksub ye.Setakat minat je.



Tak sabar nak belek!

Friday, February 20, 2015

Cik Fiyya dating bertiga

   Hai acik-acik!Fiyya enterframe lagi!Cik Uji asyik sibuk je jadi Fiyya tolonglah update blog.Kali ni Fiyya nak cerita pengalaman Fiyya makan kat luar.Macam biasalah...Fiyya mesti pergi dengan papa dan mama.Fiyya tak taulah apa yang papa dan mama pesan.Fiyya nak pesan juga tapi papa tak bagi.Eh!Kedekut le papa!Fiyya nak rasa juga!Tapi bila Fiyya tengok ada lada, eh tak jadilah.Fiyya masih kategori baby jadi lada is a no no!Puas hati jelah Fiyya minum susu.Apa nak buat...nasib badan....



Fiyya nak posing comel tapi macam biasa papa suka curi gambo.
Papa ni!!!

Cik Fiyya berkemas

   Hai acik-acik!Fiyya dah siap mandi dah.Sekarang ni Fiyya tengah tolong mama lipat baju sementara tunggu luch.Mama Fiyya masak apa entah untuk papa.Tapi untuk Fiyya,macam biasa kot.Puri macam-macam jenis puri.Apa nak buat..Fiyya belum tumbuh gigi.Kalau dah ada gigi nanti, bolehlah Fiyya makan macam-macam.Oh ya...Sementara tunggu mama masak, Fiyya tolonglah mama kemas rumah.Nak menyapu, penyapu lebih tinggi dari Fiyya.Nak vacuum, takut dengan Fiyya sekali vacuum sedut.Jadi yang selamat, Fiyya tolong lipat baju jelah.Tu pun sakit pinggang Fiyya...Hehehe....Oklah acik-acik.Fiyya sambung tugas dulu ye.Babai!!!



Mula-mula, kemas pakaian Fiyya dulu.Terkejut sampai melopong mulut Fiyya.
Suka sangat papa snap gambar curi-curi.Tak sempat Fiyya nak pose comel.

Cik Fiyya tak mandi pagi

   Hai acik-acik!Jangan marah ye.Fiyya belum sempat mandi lagi ni.Masih pakai baju tidur.Hihihi!!!Bukan tak nak mandi tapi sejuklah pulak.Ala... Fiyya kan baby lagi.Mandi lambat sikit apa salahnya.Masih wangi lagi kan?Hihihi.Tapi walau pun belum mandi, Fiyya tetap kena breakfast.Minum susu mana cukup.Mama selalu buatkan Fiyya puree eh puri apa entah.Kurma kot.Mmmm... sedap!!Hingga menjilat jari!Oklah acik-acik semua.Fiyya nak breakfast dulu!Babai!


Ulat sampah dan jering kalio

   Ah!Sudah!Penyakit ku datang lagi!Dah seminggu ni aku tak berapa selera nak makan nasi.Entah mengapa nasi yang lazat tu aku rasa macam ulat sampah berjoget-joget!Penyakit jiwa ke apa?Puas aku cuba paksa ulat-ulat berjoget tu masuk ke mulut, namun tetap hampa!Ahh!Terutama nasi beras jenis panjang yang aduhai sebiji macam ulat!Nampak gayanya terpaksalah aku redha dan lupakan nasi buat sementara.Buat masa ini, aku jadi nyau je lah.Dok ratah lauk tanpa nasi.Apa pun syukur alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya aku masih ada selera nak makan lauk.Kalau tak,alamat slim melim lah aku mengalahkan model kelas A yang kalau angin tiup pun boleh melayang.Boleh gitu?Mmm.....



Lunch minggu lepas aku ratah ayam pencen rendang, sardin seketul dan 5 belah jering masak apa entah.Masakan padang tapi sedaplah pulak.Cuma dek kerana pedas melampau, aku basuh dulu jering yang dah jadi kentang tu.Sape nak marah?Janji aku makan...



   Dinner aku 3 hari lepas.Nampak hodoh tapi sedap.Baru je aku berkenalan secara tak sengaja dengan masakan padang ni.Tanya kawan di FB katanya jering masak kalio.Aku tanya kakak Indonesia yang jual dia kata jering masak sambal.Agaknya kakak tu segan nakcakap jengkol kalio (Bahasa Indonesia ) Tak kisahlah janji sedap.Langsung tak de bau atau rasa jering tu.Yang ada cuma rasa lemak-lemak sedap macam kentang.Aku rasa sebelum disambal, jering ni dah kena dera dulu.Kena rebus sampai empuk kemudian diketuk sampai penyek.Nak tau lebih lanjut, aku kena cari resipinya ni.Burrrp...Alhamdulillah...Walaupun tak makan nasi, aku masih diberi nikmat merasai kelazatan makanan lain.Amiin....













Thursday, February 19, 2015

Watashiwa aishitemasu.....Hait!!!

  Yokosho Malesia e ! Watashiwa aishitemasu Fukuoka Dai -Chi Yakka High School, Japan!2 ayat Bahasa Jepun aku belajar 5 minit sebelum naik pentas wakil  pengetua untuk welcoming speech!Bertuah betul!Aku saja join event tu untuk beramah mesra dengan pelawat dari Jepun.Tiba-tiba, aku pulak kena beri ucapan alu-aluan sebagai wakil pengetua!
Berdebar jugalah tapi oleh kerana dah biasa naik pentas untuk impromptu speech,aku fikir positif je.

   Majlis santai je.Tak formal pun.Tapi kena standby lah juga.Jadi, sebelum naik pentas tu, aku toleh ke belakang dan tanya pelajar jepun ayat-ayat mudah tanda alu-aluan.Alahai.... Punyalah susah nak berkomunikasi.Penguasaan bahasa Inggeris yang sangat minimum.Aku tanya lain, dijawabnya lain.Rasanya anak-anak 2 Nurani aku lagi hebat berbahasa Inggeris daripada budak-budak high school mata sepet tu.Tapi bahasa ayam itik kami, ramah bukan main.Hasilnya, dapatlah aku beri ucapan singkat 5 minit.Sebagai balasan, wakil pengetua sekolah tersebut, Mr Toshi, beri juga ucapan, dalam bahasa Inggeris yang sangat mudah sambil membaca dari nota.

   Selepas ucapan alu-aluan, persembahan oleh kami sebagai host dan sekolah Jepun tu sebagai tetamu.Selalunya persembahan pihak tamu, biasa-biasa je.Ala-ala budak sekolah dengan uniform sekolah.Tapi, budak-budak Jepun kali ni, buat breakdance, sketsa, nyanyian dan tarian ala K Pop.Cuma yang tak seronoknya, etika berpakaian kali ni tak diikut.Seksi bukan main.Next time, memang kena tegas hal pakaian .Lepas tu, kami bawa ke stesen permainan tradisional,sepak takraw, sepak yem, congkak, batu seremban dan teng teng.Akhir sekali ke stesen pakaian tradisional.Seronok bukan main....Lepas ni bulan Mei, datang lagi satu kumpulan pelawat dari Jepun.Apa pun... Watashiwa aishitemasu Fufuoka Dai Chi Yakka High School.


Sekali lambung, sekali sebut, Waaaaaa!!!


Pakaian tak ikut etika, cekci!



Try main congkak.
Psst... Aku tak pandai main congkak.


Daripada 130 orang, si jejaka berkot hitam ni je yang fasih berbahasa Inggeris

Cik Fiyya tengok Maharaja Lawak Mega

   

   Ala....papa!Snap gambar Fiyya tengah gelak!Masa ni Fiyya tengah tengok Maharaja Lawak Mega kot?Fiyya suka Sepahtu...

Cik Fiyya pergi shopping.


   Eh papa!Terkejut Fiyya!Tetiba je papa snap gambar Fiyya.Seronok Fiyya duduk dalam trolley ikut mama shopping.Mama beli apa entah.Lain kali, Fiyya nak ikut mama dan papa shopping lagi.Babai acik-acik!







Cik Fiyya pakai baju mandi.

   Hai acik-acik semua!Dah lama Fiyya tak enterframe.Maklumlah Cik Uji sibuk.Merajuk panjang.Hari ni baru Cik Uji ada masa nak layan Fiyya.Bagi yang tak kenal Fiyya, meh Fiyya kenalkan diri.Nama Fiyya Nur Farah Saffiya binti Ahmad Firdaus.Saya anak saudara Cik Uji.Cik Uji tinggal di Johor tapi Fiyya tinggal di Ampang.Baru je 3 hari lepas Fiyya jumpa Cik Uji masa balik Johor.

   Sebenarnya, banyak yang Fiyya nak share tapi untuk hari ni biarlah Fiyya cerita tentang yai Fiyya.6 hari lepas yai Fiyya masuk hospital.Semua orang susah hati,Fiyya pun susah hati.Sebab tu Fiyya balik Johor.Kesian papa dan mama Fiyya.Cik Mi Fiyya yang tinggal di Shah Alam pun balik.Tapi Cik Mi naik flight.Fiyya naik Jenny papa je.Jenis apa entah.Fiyya pun tak tahu.

   Yai kena masuk wad lepas ambulans ambik pukul 3 pagi.Cik Uji langsung tak sedar sebab masa tu Cik Uji makan ubat.Kesian Cik Uji sebab hari-hari kena makan ubat.Kalau tak silap, baru 2 minggu lepas doktor sahkan Cik Uji kena... alah lupa pulak Fiyya.Sebelum tu pun Cik Uji dah kena makan ubat sakit yang lain.Kalau ikutkan sekarang, sehari 3 kali, sekali makan  8 biji ubat besar-besar Cik Uji kena makan.Tu yang jari Cik Uji jadi kasar dan kejung.Kesan ubat le tu.

   Oh ya.Cerita balik pasal Yai.Yai kena sakit kencing manis.Yai pengsan tak sedar.Sekarang yai kena cucuk insulin untuk ubat kencing manis.Insulin tu apa acik-acik?Kata doktor, selain kencing manis, yai keracunan makanan sebab yai makan lauk yang dihangat tapi lauk tu dah tercemar.Doktor mintak yai tinggal 2 minggu di hospital tapi yai mintak balik.Masa di hospital, ramai yang datang melawat yai.Bila yai balik, ramai pulak yang melawat di rumah.

   Sebelum Fiyya undur diri, Fiyya nak ucapkan terima kasih pada Mak Yong Fiyya sebab tolong jaga Yai di hospital 4 malam.Lepas tu Mak Cak pulak jaga semalam.Cik Uji memang tak dapatlah nak jaga sebab sekolah.Mama Fiyya apa tah lagi.Mak Ti?Mak Ti nampak bangunan hospital pun rasa nak pitam.Kesian Mak Ti.Fiyya pergi juga ke hospital tapi makcik jaga yang baik-baik tu tak beri Fiyya masuk.Tak pelah.Untuk kebaikan Fiyya juga.Jadi terpaksalah mama dan papa bergilir-gilir dukung Fiyya.Oklah cukup sampai di sini celoteh Fiyya.Oh ya.Umur Fiyya baru 9 bulan.Baru pandai duduk.Salam sayang acik-acik....


Fiyya belanja gambar.Fiyya pakai baju belang-belang


Fiyya dah standby nak swimming


Fiyya mama dukung .Comel tak Fiyya pakai kaler biru?



   

Wednesday, February 18, 2015

Inai zaman sekarang...

   Inai?Semua orang tahu.Kalau dulu inai cuma untuk bakal pengantin.Tak pun orang guna untuk ubat kuku yang sakit.Tapi zaman sekarang ni inai dah jadi bahan kosmetik.Bukan setakat warna merah inai yang biasa, tapi macam-macam ada.Pink,purple, hijau,biru.... Nasib baik tak warna pelangi.Jadi, bila nampak jari aku warna purple, jangan pandang semacam ye.Sebab aku pakai inai, bukan cutex ye.


Ala... cincin tak purple.

Terima kasih Rahmad Mega!

   Fuh!!Happy bukan main bila Rahmad Mega beritahu CD yang aku tunggu dah sampai.Bukan satu tapi 3.Jadi tanpa membuang masa, tengah hari tu juga lebih kurang jam 12, aku ke rumah Rahmad Mega.Selain CD, Rahmad beri aku 3 helai T shirt Rahmad Mega.Alhamdulillah... Budimu dikenang.Walau pun kawan, aku tetap minat Rahmad Mega dari zaman Bayangan Gurauan lagi.Lepas ambil CD tu aku terus ke sekolah.

   Dalam perjalanan, sempat juga aku dengar lagu yang aduhai... Sekali Lagi.Tak kiralah orang lain suka ke tidak.Tapi bagi aku, bukan setakat sekali lagi, beribu kali lagi pun takkan jemu aku dengar.Sejak kali pertama Rahmad Mega share lagu tu di whatsapp, aku dah jatuh cinta.Begitu juga dengan lagu Takkan Membencimu... Ada aku tanya, kenapa promote lebih pada lagu Hujan, sedangkan waktu itu aku tak berapa minat lagu Hujan.Aku rasa, lagu Sekali Lagi dan Takkan Membencimu lagi best.Tapi Rahmad kata, lagu Hujan tu kalau sekali dengar biasa je.Cuba dengar banyak kali.Meresap!!!Dalam hati kata, biar betul!

   Selepas berapa kali entah aku ulang-ulang main semua kelima-lima lagu tu, waaa..... betullah!!!Lagu-lagu yang aku tak berapa gemar tu mula meresap ke jiwa.Best pulak!Mudah-mudahan, lagu-lagu dalam album Rahmad Mega ni akan meletup.Takkan lagu orang muda je nak meletup! Sementara nak tunggu lagu-lagu tu meletup, tiap-tiap hari aku ulang-ulang dengar.Tapi peliklah!Sikit pun aku tak jemu bahkan makin meresap ke jiwa!!Cayalah Rahmad.Moga tambah sukses.



Ku serbui malam ini
Bersaksikan pelita keacuhan
Dalam hati yang ku cinta
Kini tiada lagi
Sepi kegelapan malam ini
Sepi lagi kekosongan yang kau beri
Tinggal pergi airmata

Aku marah ni!!!

   Fuh!!!Jauh aku merangkak....bertatih... berjalan.... kemudian barulah aku berlari.... Mencari kekuatan untuk menyambung minatku sebagai seorang blogger.Bloggerkah aku?Emmm.... Tak kisahlah asalkan bahagia.Ah!Cliche!Sebenarnya aku marah!!!Aku marah pada dunia!!Aku marah pada semut!!!Aku marah pada burung!!!Aku marah pada rama-rama!!!Aku marah pada bulan!!!Aku marah pada mentari!!Aku marah pada bintang!!!Aku marah pada pelangi!!!Aku marah pada awan!!!Aku marah pada angin!!!Aku marah ada semua!!!   Tapi, akal sihatku menyatakan:Apa guna marah berpanjangan andai ia hanya akan melukakan ku sendiri.Maka, di sinilah aku ... menyambung nyawa sebagai seorang blogger... blogger anchovy...

Image result for angry cat

Don't let me come near you.
I will bite!

Let's have a break!