Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, May 9, 2015

Seekor katak melompat.. Ong!Ong!

   Aku seekor katak.... Symbolisme?Imagery?Or hyperbole?Ah!Tak kisahlah.Yang penting, aku ikhlas.Ye...tahun ini aku menjadi seekor katak.Bukan katak ujikaji tetapi katak yang berkhidmat untuk negara demi anak bangsa.Dengan kata lain aku menjadi makhluk dua alam.Istilah guru yang bertugas di kedua-dua sesi, pagi dan petang...Hmmm....letih?Memanglah letih tapi aku seronok.Kenapa seronok?Jom baca faedah-faedah menjadi seekor katak seperti aku..

   Faedah pertama menjadi seekor katak: Dengan menjadi katak melompat pagi dan petang, aku mahir sukatan pelajaran setiap tingkatan.Campaklah aku ke kelas mana, pasti beres.

 Faedah kedua menjadi seekor katak:Aku tahu teknik menjawab soalan tak kiralah kelas mana.Sama ada tingkatan 1 atau tingkatan 5.Semua bisa diatur kalau ada anak-anak bertanya.

   Faedah ketiga menjadi seekor katak: Lebih ramai pelajar yang aku kenal.Dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5.Rasa lebih mesra dan dihargai oleh anak-anak.Contohnya, tak kiralah anak-anak dari kelas mana, tak rasa malu nak minta tolong aku kalau ada masalah.

  Faedah keempat menjadi seekor katak:Aku faham selok-belok sesi pengajaran dan pembelajaran di kedua-dua sesi.Contohnya masa setiap kelas, dan lain-lain.Tak payah nak rujuk jadual waktu untuk semak masa p&p.

   Faedah kelima menjadi seekor katak : Aku mahir menyemak dan memeriksa atau istilah di sekolah menanda buku atau kertas peperiksaan tak kiralah kelas mana.Contohnya untuk soalan esei kelas PT3 tentulah tak sama untuk esei tingkatan 5.Kalau aku seekor cicak kenyang yang hanya bertugas di satu sesi, tentu ada masalah aku nak menanda aras yang berbeza.

   Faedah keenam menjadi seekor katak : Aku kenal guru-guru di kedua-dua sesi.Bukan apa, kadang-kadang adik-adik guru junior aku cuma kenal yang sekepala je.Yang tak, tak kenal atau buat-buat tak kenal.Wallahu alam.Dengan menjadi seekor katak melompat ke sana sini, lebih ramai junior yang aku kenal.Senior kalau aku tak kenal memang melampau!

   Faedah ketujuh menjadi seekor katak : Aku terbiasa dengan suasana bekerja di bawah tekanan.Maksudnya biarpun lebih kurang sama sama ada pagi atau petang, di sesi pagi stressnya lebih.Bukan stress dengan anak-anak tetapi pentadbir dan juga pelawat yang tak putus-putus tiba.Suka sungguh melawat sekolah aku.

   Faedah kelapan menjadi seekor katak : Aku rasa lebih cergas dan cerdas.Almaklumlah... kena melompat ke sana dan ke sini.Kalau tak jaga kesihatan, macam mana aku nak melompat.Lagi pun tahun lepas dan tahun sebelumnya, aku dah banyak cuti sebab tak sihat.Jadi, kira adillah kalau tahun ni aku jadi seekor katak; katak melompat yang berbakti untuk nusa dan bangsa.Chaiyok!


   
Dengan anak-anak form 1.
Tengok gelagat manja anak-anak aku tu!

Yang ni anak-anak tingkatan 5.
Sopan je, kan?

Wednesday, May 6, 2015

Tuesday, May 5, 2015

Kembar seiras yang pelik

   Dah lama tak update pasal keluarga.Hari ni, kebetulan terjumpa gambar aku dan kembar seiras aku jadi, aku update la.Idea lain entah kenapa malu-malu nak muncul.Mentang-mentanglah dah lama tak bersiaran.Jadi, untuk warm up balik, aku share gambar kembar seiras aku yang pelik.Selalu orang tersilap antara aku dan kembar aku ni.Mana yang sama entah.Aku pun tak pasti.Yang nyata, kami memang kembar seiras yang pelik.Apa taknya.Aku muda 5 tahun dari kakak aku.Kan pelik tu!Hihihi!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kakak kembar seiras ku yang pelik.

Serious cute!

   Tak de kerja bongkar album-album lama.Tiba-tiba , aku terlihat sekeping gambar yang sangat cute.Serious.Tak bohong.Memang cute.Tak percaya?Cuba tengok sendiri. Scroll down, please...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cute kan?
Baby Dumex @ Scarlett O'Hara versi cute umur setahun.

Mauntoux test... Apa tu?

   Saat ini hatiku gundah gulana.Dah lah asyik ulang alik ke HSI @ Hospital Sultan Ismail je, esok aku mesti @ wajib ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang pulak.Risau tau!Aku diwajibkan untuk hadir check up Mauntoux test.Menda apa aku pun tak faham.Tapi yang pasti, aku wajib check up untuk saringan tuberculosis!!!Aduhhh!!!Kenapalah aku peluk dia hari tu!Kalau tak, tak delah aku kena tercongok menunggu entah berapa jam di klinik esok!!!Stress!!Stress!!!Apa-apa pun, aku update esok.Letih la.... Nak tidur! Wo hen lei!!!



Gambar pinjam Google.


Let's have a break!