Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, November 17, 2016

....Mmmm...

   Alahai.... bersawang blog!Bukan salah ibu mengandung tapi salah sendiri yang tak mengandung!Kik!Kik!Kik!Mengong pulak lama dah tak update blog.Faktor pertama sebab bz... kononnyalah... Faktor kedua sebab banyak sangat kejadian aneh, separa aneh dan tak aneh yang berlaku dalam hidup aku.Hehehe!(Padahal aku sendiri yang malas nak update)

   Oklah... Aku akan cuba dapatkan semula mood blogging.Tak kiralah ada orang baca atau tidak.Yang penting, hidup baliklah blog aku ni.Apa nak tulis ye?Alahai.... susah pulak nak dapat idea....   Aku belanja gambar jelah...


Aku belanja gambar rockers yang aku minat gila-gila suatu waktu dulu
Jangan marah...

   

Saturday, August 27, 2016

..... dan bahtera itu pun belayar

   Hari ini... sebuah lagi bahtera memulakan pelayaran... Moga pelayaran yang ditempuh, tiada badai taufan yang melanda... Moga pelayaran yang bermula, akan tiba ke destinasinya... Moga takkan ada lagi bahtera yang musnah ... seperti bahteraku.... Karam di lautan impian....Yang tak sepatutnya wujud... Aku redha....Terima kasih Allah...

Friday, August 26, 2016

21 tahun usia.....

   21 tahun.... Ye 21 tahun... Bukan usiaku tapi 21 tahun tempoh perkhidmatanku sebagai seorang pendidik.Sepanjang 21 tahun berkhidmat, pelbagai pahit maung dunia pendidkan telah ku himpun. Ibarat seorang bayi, 21 tahun telah menjadikannya seorang gadis mekar. Dengan kata lain, telah cukup lama aku berkhidmat.

   Dengan tendang terajang dunia pendidikan masa kini, aku rasa mereka yang benar-benar berjiwa kental saja mampu menghadapinya.Bukan mudah mendidik insan baru kenal dunia dengan seribu satu ragam.Apatah lagi andai sekolah tempat berkhidmat, adalah sekolah buat anak-anak hampir tak menjadi.

   Namun aku bersyukur kerana setakat hari ini, aku tak pernah menghadapi apa-apa masalah dengan anak-anak didikku.Ngeri bila ku dengar anak-anak yang baru belajar terbang, berani berkata lucah, memaki malah mengugut seorang guru!Kereta tercalar boleh dibaiki namun andai hati guru tercalar, mengajar pun jadi tak sepenuh hati!Namun aku percaya, para pendidik di luar sana cukup gagah menghadapi apa juga rintangan mendatang.Mudah-mudahan....

Tuesday, August 23, 2016

Si Sabina si salamangka!

      Sebelum apa-apa, aku mohon maaf dulu tau.Bukan aku tak sayang Malaysia tapi aku cuma tak berapa seronok menonton drama bersiri Malaysia. (Buat masa ini) . Oleh kerana masa yang tak berapa nak ada, aku cuma dpata mengikuti dua drama bersiri dan kebetulan kedua-duanya dari Filipina. Drama pertama, tajuknya Magika (Sebut mahika) .Drama ni best sebab aku boleh berangan ala-ala tinggal di negeri kayangan.Negeri Saladin, setting of the place cerita ni cantik sangat.Dengan bunga-bunga yang berkembang mekar dan saiz besar pulak tu!Hui... Kalaulah Malaysia ni cantik macam tu!

   Selain pemandangannya yang indah, aku suka drama ni kerana lakonan mantap para pelakonnya.Contohnya Angel Lochsin dan Dennis Trillo yang memegang wtaak hero dan heroin, si Sabina dan si Argo.Walau pun Angel Lochsin ni taklah sejelita Marian Rivera tapi lakonannya sangat bagus.Lebih-lebih lagi babak menangis.Sampai tersedu-sedu dengan air hidung pun keluar!Selain watak protagonis, watak antagonisnya betul-betul buat penonton rasa geram.Terutama sekali watak si Juno, salamangka item @ ahli sihir hitam aka jahat, lakonan Katrina Halili.Betul-betul punya jahat!

   Dari segi cerita, walau pun berbelit-belit, tapi susunan plotnya cukup cantik.Pada aku yang tak de ilmu drama ni lah.Orang lain aku tak tau.Setiap siri ada unsur suspens yang buat aku tertunggu-tunggu sambungan seterusnya.Tu belum cerita tentang unsur-unsur dunia ahli sihir tu.Dengan cahayanya, rama-ramanya, dan macam-macam lagilah.Best oo! Dari segi kostume, walau pun ada yang terlebih seksi, dengan lakonan mantap, penonton tak perasan pun pakaian tu seksi maut.Tapi seksi-seksi pun, pakaian tu semua cantik-cantik!Pendek kata, aku suka sangat siri Magika ni.Kalau ada masa, tontonlah sendiri ye.



Image result for magika angel lochsin

Si Sabina @ Angel Lochsin


Image result for magika angel lochsin



Image result for magika angel lochsin

Si Argo @ Dennis Trillo dan yang baju kolar hijau tu Abedin Hamir

Image result for katrina halili majika

Ha.. Inilah si ahli sihir jahat ya ampun lakonan Katrina Halili


Image result for ebrio magika

Ini pulak ayah si Sabina, si Garam ( Nasib baik tak si Gula)
 dan ibu tiri @angkat@mak sedara si Sabina , si Ayesha 

Monday, August 22, 2016

Hingga hujung nyawa....

  Sabtu, 13 Ogos 2016... Sekali lagi aku berpeluang berjumpa sahabat setelah berpuluh tahun tak jumpa.Yang pelik tu, kami tinggal bukan jauh sangat.Mmmmm..... Cuma Allah baru tentukan , hari Sabtu, 13 Ogos tu kami berjumpa.Syukur alhamdulillah.... Mudah-mudahan, ukhwah yang terjalin, akan kekal hingga hujung nyawa...





Saturday, August 20, 2016

Lenalah dalam doaku, sayang!

   Sewaktu entry ini aku siapkan, dah lebih sebulan Kasmir tinggalkan aku.Tinggalkan untuk selama-lamanya.Walau pun dah agak lama, aku masih rindu pada Kasmir.Aku rindu dengar suaranya.Aku rindu untuk melihat mata kuyunya.Aku juga rindu untuk memeluknya!Namun apa daya, Allah lebih sayangkan Kasmir.

   Sebenarnya aku terkilan kerana aku tak berpeluang lebih awal untuk menyelamatkan Kasmir.Selalunya setiap hai Kasmir balik bermanja dengan akuMenunggu aku di depan pintu dan kemudian minta didukung!Tetapi, minggu terakhir usianya, aku terlalu sibuk dengan kerja.Hinggakan aku tak sedar Kasmir tak pulang!Hanya selepas empat hari barulah aku sedar kehilangan Kasmir.

   Aku cari di mana-mana.Aku tanyakan di group WhatsApp barulah aku dapat tahu rupanya Kasmir ada tak jauh dari rumah.Kasmir di rumah jiran sebelah.Dengan segera aku pergi dapatkan Kasmir.Malangnya Kasmir langsung tak mahu keluar dari bawah meja tempat persembunyiannya.Kasmir kenapa?Selalunya Kasmir segera dapatkan aku bila ku panggil.Kemudian, aku alihkan meja tempat Kasmir bersembunyi.Ya Allah!Rupanya Kasmir cedera parah!

   Luka di belakang Kasmir dah melarat.Ku lihat ulat memenuhi luka tersebut.Kesian Kasmir.Kalaulah aku tahu lebih awal, akan ku jaga lukanya agar segera sembuh.Kemudian, tanpa menghiraukan bau busuk akibat luka yang terrdedah, aku segera mendukung Kasmir.Hari itu juga ku bawa Kasmir ke klinik.Keadaan Kasmir kritikal.Rupanya Kasmir dah terhidrat.Doktor beri harapan 50-50.Aku tinggalkan Kasmir untuk rawatan dan aku bergegas ke sekolah.

   Belum pun sehari ku tinggalkan, Kasmir tak mampu terus bertahan.Akhirnya Kasmir pergi juga. Walau pun aku masih ada 4 lagi saudara Kasmir di rumah, bagiku ia tetap takkan sama.Takkan pernah ada lagi kucing kurang upaya yang terteleng-teleng tak cukup imbangan.Takkan ada lagi makanan bersepah akibat susahnya Kasmir untuk makan.Takkan ada lagi si gagah yang setia menanti setiap kali aku pulang sekolah.Meskipun aku terkilan, jauh di sudut hati... aku berdoa moga Kasmir tahu betapa aku sayangkannya.Takkan ada dua atau pun tiga.Selamat tinggal Kasmir!



















Lenalah dalam doaku...

HRMIS hamis sungguh!

   Ops!Sorry!Tajuk bukan cari kontroversi tau.Sekadar melepaskan rasa stress sebab tak dapat-dapat nak hantar maklumat perisytiharan harta.Bagi penjawat awam, aku wajib buat perisytiharan harta.Tak kiralah sama ada ada harta atau tidak.Jadi, terpaksalah aku log on ke HRMIS.Masalahnya dah beratus kali aku cuba, masih gagal nak hantar!!! Grrrrrrrrrrrrr!!!!  Ada je yang tak kena.Mmmmm....... Tapi nak marah orang lain pun tak boleh.Semua ni salah aku sendiri sebab buat kerja last minute.Hari ni last kena hantar.Kalau tidak..... Malulah aku sebab tak ikut due date! Alahai! 

Image result for hrmis

HRMIS ... Please be kind to me.
Harapan terakhir.... Tunggu adik aku tolonglah jawabnya.
Sebab dia dah siap.

Tuesday, July 26, 2016

Sesat

   Alhamdulillah... Akhirnya jumpa juga jalan ke blog ni.Tiba-tiba hilang arah.Sesat di alam siber. Hihihi!!!Sepanjang 3 bulan tak dapat nak update, macam-macam perkara menarik berlaku.Tapi, kena tunggu masa yang sesuai untuk menulis.Tunggu free le.Ok.Jumpa lagi.Assalamualaikum.

Saturday, April 23, 2016

Cuti hujung minggu, boros dan clown Zoo Johor.

   Hujung minggu depan cuti 4 hari sempena hari pekerja. Hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin...Lama tu!Hajat hati nak ajak anak-anak dara aku berjalan di sekitar bandar Johor Bahru.Maklumlah...namanya aku bangsa Johor, anak jati JB, tapi kalau orang tanya apa yang menarik di JB, masih tergagap-gagap aku nak menjawab.Tapi, malangnya, anak-anak dara aku ada plan nak ke Batu Pahat sempena meraikan sahabat yang akan bertunang.Takkan aku nak ikut kot? Tak sesuai! Mmmm...

   Aku fikir, baiklah aku tinggal di rumah sorang-sorang bertemankan anak-anak bulus.Boleh aku sambung projek kraf buat brooch sempena pernikahan anak buah aku bulan ogos depan.Selain itu, boleh aku belajar crochet buat ikan comel jadi keychain.Oh ya!Ingatan untuk diri sendiri... Kena sambung cari bekal akhirat.Ajal maut bila kan tiba, tak siapa tahu jadi eloklah aku sediakan bekalan.Selain itu, aku nak cuci rumah dan make up bagi cantik.Mudah-mudahan kan terlaksana...

   Tambah satu lagi... aku nak buat modul soalan latih tubi kelas exam yang aku ajar.PT3 dah melambai-lambai tu.Daripada buang masa merempit, baik aku beri anak-anak murid aku kerja sekolah seorang seratus!Barulah keputusan A plus plus.Modul yang sekarang pun dah nak habis dijawab.Kos? Rasanya aku tanggung sendiri kot.Maklumlah... Sekolah @ kerajaan pun sedang merangka langkah berjimat cermat.Tapi sebagai guru, aku tak sanggup nak berjimat cermat untuk anak-anak murid aku.Biarlah aku boros untuk mereka... 




Handsome juga clown kat zoo Johor ni.Posing sampai terteleng kepala.

Friday, April 22, 2016

Elektrik, El Nino dan Gunung Jerai

   Hampir sebulan blog bersawang.Idea banyak tapi my passion has gone with the wind... Ok.. Hari ni aku nak cakap pasal isu semasa iaitu bil elektrik.Ye..Aku tak nafikan bil elektrik aku pun makin meningkat.Tak boleh salahkan orang lain kerana tiga bilik, tiga kipas on 24 jam!Panaih lit lit! (Betui ka?) Tak kiralah disebaban oleh El Nino atau bukan.Bagi aku yang semakin lanjut usia ni, aku anggap semua tu adalah dugaan.Yelah...sesekali kena uji, redha je lah... Bagi yang mampu guna aircon, aku rasa lagi dahsyat bil elektrik tu naik.Kan? Kesimpulannya... pandai guna, pandailah kita bayar! Jom gi bayar bil elektrik! ( Puasa tahun lepas dah bayar? Hihihi...Ingatkan je)


Bestnya kalau panas-panas, dapat berendam dalam jeram di kaki Gunung Jerai ni.
Bilakah dapat bertemu kembali?

Encik Lenovo merajuk!

   Alahai En Lenovo!Time kerja tengah menggunung ni lah kau nak merajuk!Aku baru sempat menaip sikit!Aku tinggal kejap kejar apek sayur.Bila tegur kau balik, tengok-tengok kau dah muncung macam itik tak pandai bertelur!Alahai!dahlah kerja banyak lagi.Ni dah dekat sejam aku tunggu kau merajuk!Rosak program!Merajuk sikit-sikit dah le!Nasib baik aku Cik Lenovo.Walau pun umur dah banyak, masih tetap setia menabur bakti.Aku kejut kejap je dah terus boleh berkhidmat.Terima kasihlah Cik Lenovo.Dapat aku sambung buat kerja balik.



Image result for en lenovo 
Encik Lenovo bujang trang-tang-tang tapi merajuk je kerjanya!Meluat!



Image result for lenovo purple
Cik Lenovo yang ungu tu.Walaupun dah andartu tapi masih setia menabur bakti.

Saturday, March 26, 2016

Buah hatiku abang sado

   Aku sedih.Buah hati aku sedang uzur.Mula hilang sado.Mula menggigil macam kena demam kura.Kalau dulu, dialah abang long kawasan aka samseng kampung dusun.Tapi sekarang, nak mengunyah makanan pun susah!Nak dengar suara macho garang apatah lagi!Alahai ... kesian buah hati aku!Tapi... inilah hidup.Tak selamanya kita muda.Tak selamanya kita gagah, ye sayang.Tapi tak pe.Gigi dah tak de pun tetap jadi buah hatiku sayang... Ingat tu!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Itulah dia buah hatiku sayang Si PANJI (yang belakang)
Makan pun dah mengalah dengan anak bujangnya, Kasmir kucing kurang upaya.
Kalau tak, jangan harap ada peluang melainkan kena pelempang!

Image result for panji kucing scarlett's petals




Thursday, March 24, 2016

Sebelum aku tinggal nama...

    Fenomena luar biasa melanda negara kita.Suhu tinggi mencecah 34 darjah di tempatku!Walau pun hujan tetap turun, tapi suhu tak turun-turun!Rasa pelik tapi dengan kekuasaan Allah, tak jadi pelik.Tiada yang mustahil.Maka, walau pun hujan turun agak lebat, semasa mengajar, aku masih lagi berpeluh dengan banyaknya.Walau pun sewaktu aku di dalam kelas yang ada air con!Subhanallah!Ujian dari Allah buatku.

    Oleh kerana suhu yang melampau, aku belajar minum air tawar.Alhamdulillah kerana walau pun mulanya aku rasa loya dan perut rasa tak selesa, lama-lama aku mula biasa.Syukur kerana dapat kurangkan minuman manis.Mudah-mudahan aku tambah sihat. Itupun jika Allah beri peluang untuk aku lebih lama menghirup udaranya.Andai sebaliknya, aku redha je lah.... Sekurang-kurangnya aku diberi peluang untuk membuat persediaan sedikit sebanyak sebelum aku hanya tinggal nama...



Syoknya peluk botol sejuk!

Wednesday, March 23, 2016

Ajal menjemput anakku

   Baru je minggu lepas aku curi ambil gambar dia.Aku jarang ambil gambar anak aku yang seorang ni.Tak tahulah kenapa.Bukan sebab dia anak angkat walau pun hakikatnya memang dia anak angkat.Tapi minggu lepas, aku teringin sangat nak ambil gambar dia.Tak terfikir pun rupa-rupanya itulah gambar pertama dan terakhir yang mampu aku ambil.Huhuhu!

   Dua hari lepas, aku perasan anak aku tu berbunyi keliling rumah tak henti-henti.Kebetulan, aku betul-betul tengah sibuk mengadap laptop buat kerja sekolah yang tak habis-habis.Terdetik hati untuk keluar tapi bila anak aku tu dah senyap, aku pun terus sambung buat kerja sampailah aku terlupa langsung untuk tengok kenapa anak aku tu tak henti berbunyi.Biasanya balik dari sekolah, anak aku tu dah menunggu depan pintu.Tapi semalam, tak de langsung kelibatnya.

   Hari ni, aku tak ke sekolah kerana cuti sempena keputeraan Tuanku Sultan Johor, Tuanku Ibrahim.Dari lepas subuh aku memerap di bilik kerana badan tak sihat.Niat nak ke sekolah untuk mengecat pun terpaksa aku batalkan. Kemudian, aku terhidu bau busuk seperti bangkai.Aku jenguk ke luar tingkap.Bau makin kuat.Aku keluar ke anjung dapur.Aku tengok di belakang bilik setor.Tiba-tiba, aku ternampak, anak aku dah kaku dihurung lalat.Sedihnya!!!Mungkin dua hari lepas, dia asyik berbunyi kerana nak ucap selamat tinggal.... Walau pun anakku tak de penyakit, tengah sihat walafiat dan umur masih bujang trang tang tang.....Allah ambil nyawanya bila tiba masa....Hanya gambar menjadi kenag-kenangan..... Hari ini. seharian aku tak de mood.  :-(




ENDO anakku! Huhuhu!
Satu-satunya gambar yang ada untuk kenang-kenangan...

Friday, March 18, 2016

Anak orang anak sendiri...

   Aku - seorang guru - di sebuah negara aman,merdeka, maju dan rasanya lengkap serba-serbi.Terkadang aku stress kerana tugas yang menimbun.Rasa nak resign serta-merta!Walaupun mulut tak  kata apa, namun dalam hati... sesekali terdetik rasa alangkah ruginya aku mendidik anak-anak 'orang' sedangkan 'anak aku sendiri' tak mampu aku didik!Sedih!Tambah lagi bila di wall FB aku, asyik lalu je kisah anak-anak didik aku yang 'anak orang' dengan kejayaan masing-masing sedang 'anak aku' selesa dengan apa yang ada.(Soalnya aku 'tak selesa') Aku selalu nasihatkan 'anak orang', beri motivasi tentang betapa perlunya mengejar ilmu setinggi mana yang mampu.Tapi... aku tak mampu lakukan perkara yang sama dengan 'anak aku sendiri'.... Sedih!Tapi... siapa yang tahu? Salah ku sendirikah?
Terabai 'anak sendiri' kerana aku lebih komited didik 'anak orang'!Aku ikhlas... bukan tak ikhlas... Cuma aku sedih... Mungkin ada sedetik dalam hati aku tak ikhlas semasa mendidik 'anak orang' yang aku sendiri tak perasan maka Allah beri padaku 'rasa sedih kerana tak mampu didik anak sendiri'... Maka sebagai hambaNya yang amat lemah tak berdaya, aku redha... pasrah ... Moga-moga 'anak aku sendiri' akan berjaya dengan caranya sendiri... Meskipun saat itu aku tak mampu turut sama kerana perpindahanku ke alam lain.... 

Image for the news result

Friday, March 11, 2016

Lori Vico dan dosa

Isu viral tentang lori Vico terbalik menarik minat aku hari ini.Ada yang siap mengutuk lagi konon orang kampung tak tau hukum halal haram. Kemudian share terus berita tak sahih.Satu dunia orang boleh tengok wajah mereka yang kononnya tak tau hukum tu.Bukan yang terlibat je yang malu tapi yang sama segama pun malu.Macam kebulur sangat. Tak lama kemudian, keluar pulak cerita kononnya mereka tu cuma membantu pemandu lori yang kemalangan. Cuma membantu memindahkan bungkusan-bungkusan Vico yang elok ke lori lain. Manakala Vico yang dah rosak, disedekah oleh pemandu dengan izin tuan punya Vico. Kalau cerita yang kedua betul,maka senang -seang je si kaki kutuk dapat dosa.Lain kali, semaklah dulu betul atau tidak berita yang dibaca barulah share. Nitidak.Gelojoh sangat nak jadi ustaz ustazah celup. Sekarang kena cari orang kampung yang terfitnah tu dan minta maaf. Kalau tak, berdosa sampai bila-bila. Psst.. Vico tu sedap ke? 😃 

Monday, March 7, 2016

Resipi puding karamel anak dara

   Siapa suka makan puding karamel?Sila bayangkan puding karamel yang wangi, lazat, lemak dan berkrim.Nyam!Nyam!Nyam!Kalau google, macam-macam resipi yang kita dapat.Ada yang ok dan ada yang tak berapa ok.Hasil daripada mencuba pelbagai resipi di internet, aku jumpa dua resipi yang umpph!Satu resipi dari Facebook (Lupa pulak dari FB siapa..Ampun!!) dan satu lagi resipi anak dara aku sendiri.Tak caya sungguh!Kedua-dua resipi ni sesuai untuk mereka yang tak suka minum susu... Macam aku...

Resipi pertama dari Facebook.

3-6 sudu makan gula pasir .
7 biji telur ayam.
3/4 tin susu pekat
3/4 tin air
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar tepung 

Cara:

1.Jerang air dalam pengukus.
2.Karamelkan gula dengan api sederhana hingga warna nampak perang.Guna loyang terus atas api.
3.Bila dah jadi karamel, cepat-cepat lenggangkan gula tu ke keliling loyang.
4.Blend semua bahan lain dan tapis.
5.Tuang ke dalam loyang yang ada karamel 
6.Kukus 20-30 minit.
7.Sejukkan dan simpan dalam peti.

Resipi anak dara aku:

12 sudu makan gula pasir
5 biji telur ayam
1 tin susu sejat
1 tin susu pekat
1 susu teh esen vanilla

Caranya:
sama seperti di atas

Kedua-dua resipi sangat lazat.Bezanya cuma resipi pertama lebih keras kerana ada tepung.
Silalah cuba!

Image result for puding karamel

Pinjam gambar di Google.




Anak dara tudung berbunga  .... tuan punya resipi





Saturday, March 5, 2016

Bahagia itu di hati...

   Setiap insan di dunia ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t untung nasibnya.Ada takdir yang boleh diubah dengan doa dan ada takdir yang tak dapat diubah.Sebagai hambaNya, aku redha walau apa pun takdir Allah untukku.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Inshaallah... aku akan terus kuat walau apa pun dugaan yang mendatang.Bahagia?Alhamdulillah... Bahagia itu di hati.Bahagia itu pilihan kita sendiri.Biar tsunami melanda, andai di hati redha dan terima, tentu bahagia ganjarannya.Aku percaya dan yakin sesungguhnya, Allah maha mengetahui.Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan.Aku yakin dan pasti setiap satu yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.Jadi sekali lagi redha dan pasrah jadi jalan menuju kebahagiaan.

Sunday, February 14, 2016

PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE Mmmm.....

   Entry ni tak berbayar ye.Hanya berdasarkan pengalaman.Sekadar nak berkongsi pengalaman menggunakan PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE.Setelah tiga hari, badan rasa lebih segar dan sihat.Yang paling penting, rasa bersemangat nak buat kerja.Maklumlah..Bila usia dah makin meningkat ni, gerak sikit je dah makan banyak tenaga.Tapi dengan PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE, semua beres!Untuk tahu lebih lanjut tentang jus ni, silalah ke LAMAN PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE.


PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE
PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE

MUDAH + MURAH + JIMAT + SELAMAT

Kesan Seawal 3 HARI


Pinjam gambar dari laman sesawang PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE

Let's have a break!