Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, February 12, 2016

Antara dua darjat ; Pasangan cicak dan buaya

   Isu menikah antara dua darjat, dah lama diketengahkan oleh Tan Sri P.Ramlee dalam filem dengan tajuk yang sama.Nampak macam isu remeh tapi isu inilah yang telah banyak menyebabkan perceraian.Dengan kata lain, perkahwinan antara dua darjat bukan mudah.Ia menuntut 1001 macam pengorbanan, kesabaran dan sebagainya.Andai tak sanggup hadapi, baiklah pilih yang sama darjatnya.

   Kepada adik-adik atau anak-anak yang sedang mencari-cari pasangan hidup, kalau boleh elakkanlah mencari pasangan berlainan darjat.Darjat maksudnya bukan kerabat diraja tetapi yang berlainan taraf hidup, pendidikan dan pemikiran.Kalau boleh, carilah yang sama taraf.Bukan maksudnya pasangan berlainan taraf pasti akan membawa derita tetapi itu adalah kemungkinan yang mungkin dihadapi.Berumah tangga ibarat belayar di lautan.Ada kalanya lautan itu tenang tapi ada masanya ia bergelora dengan ribut dan taufan yang pasti boleh menyebabkan kapal kita karam.

   Kadang kita tak sedar peranan filem atau drama yang selalu menunjukkan janji indah menjadi seorang Cinderella atau seorang Bawang Merah.Namun hakikatnya ia umpama tipu musihat belaka.Bukan mudah untuk menjadi Cinderella atau Bawang Merah yang terpaksa hidup dengan pasangan yang berlainan darjat.Apatah lagi andai kita sendiri yang berdarjat tinggi.Dengan kata mudahnya, carilah pasangan yang sekufu.Lebih mudah untuk melayari bahtera rumah tangga yang penuh dengan onak dan duri tajam menikam.

   Kepada adik-adik atau anak-anak yang telah terlanjur jatuh hati atau beri hati kepada seseorang yang berlainan darjat, bersedialah untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang lebih banyak buruk dari baik.Mungkin sesekali atau seringkali terpaksa menjadi orang lain demi untuk kelangsungan sebuah perhubungan.Andai dengan pengorbanan demi pengorbanan tapi masih tetap gagal, janganlah takut untuk memilih bahtera yang lain.Bahagia itu kita yang tahu maka carilah bahagia walau di mana ia berada dan walau perlu membayar dengan sebuah pengorbanan.Akhir kata, pilihlah pasangan yang sama darjat atau sama taraf kerana mana mungkin seekor cicak menjadi pasangan seekor buaya meski pada zahirnya lebih kurang sama.Biarlah cicak sama cicak, buaya dengan buaya.......

Image result for latifah omar bawang putih bawang merah
Bawang Merah dari Google

Image result for cicak   

       Image result for buaya

Cicak dan buaya....Sama tapi tak serupa

0 comments:

Let's have a break!