Thursday, February 11, 2016

Lanjutan video viral serang suami...

   Baru-baru ini, viral tentang video isteri pertama serang suami yang sedang bersanding.Tempat kejadian, dan cerita lanjut, carilah sendiri ye.Ala...serang manja-manja je.Tak de pun insiden tarik-tarik rambut.Kalau perempuan lain, agaknya dah lebam berbilai muka si laki kena hempuk!Jangan main-main bila perempuan dah mengamuk!Gajah naik minyak pun kalah!Tapi.... apa kaitan dengan aku ye? Tiba-tiba ada pulak yang beria-ia pm di messenger tanya pendapat aku....Hmm.....

   Pada aku mudah je.Kita tak tahu apa masalah sebenarnya.Kita tak tahu sama ada si suami yang betul-betul salah atau si isteri sebenarnya yang salah.Jadi, aku beri pendapat atas pagar, berdasarkan pengalaman sendirilah.Pada aku yang nobody ni, aku akan setia hingga hujung nyawa selagi si laki tak merendahkan tahap aku ke tahap alas kaki.Kalau setakat tak bagi cukup nafkah atau rupa tak berapa handsome, aku boleh terima.Atau mungkin laki tu rasa perlu cari yang lain, go on.Asalkan tahu tanggung jawab yang menanti.

   Aku tak menentang poligami kerana bagi aku yang cetek ilmu agama ni, lelaki mampu menyayangi dua malah empat perempuan serentak, dengan tiap seorang mendapat 100% kasih sayang.Cemburu?Memanglah tapi kenalah ingat tiap satu itu Allah yang aturkan.Terima dengan redha.Tapi, kalau laki yang buat hal tu, budak tingkatan 1 pun lagi pandai hormatkan aku, baik aku angkat kaki.Untuk apa menghambakan diri pada seseorang yang menganggap cinta kita bagai hingus.Nak poligami, konon!Nikah satu lagi pun tak beritahu isteri pertama?Jangan haraplah hidup nak berkat apatah lagi nak bahagia.

   Puan isteri dalam video yang viral tu aku tengok masih muda sangat lagi.Badan slim melim sebijik Syarifah Sakinah.Jadi, tak taulah atas dasar apa si laki nak kawin lagi.Agaknya puan isteri masak tak sedap kot?Alah!Alasan gombal kata orang Indonesia!Buruk isteri nampak, kurap diri sendiri tak nampak.Yang isteri nombor 2 tu kalau dia tahu suami dia tu laki orang dan tak dapat izin isteri pertama, tak patutlah dia teruskan juga.Buat apa nak galas biawak kalau dah sah-sah laki tu mulut macam biawak?(Kesian biawak jadi contoh tak baik)

   Kesimpulannya, seorang perempuan akan setia pada seorang suami andai suami tu betu-betul dapat membuatkan perempuan tu bahagia.Bak kata pepatah jawa, syurgo nunut, neroko katut.Begitulah kalau tak silap bunyinya.Perempuan kalau dah setia, laki AIDS pun dia tak buang.Jadi kalau laki tu dah kena buang, adalah penyebabnya tu.Jadi jangan senang-senang nak simpulkan yang perempuan mudah mungkir janji atau mudah jatuh cinta.Aku bantah!Dengan kata lain, untuk para suami, bukan emas intan berlian yang isteri inginkan , tetapi kasih sayang, cinta, perhatian, hormat dan dahan untuk berpaut.Kalau dahan tu pun reput, macam mana nak berpaut?Jadi jangan salahkan Puan Isteri dalam video yang viral kalau dia ditinggalkan tak bertali.

   Eh!Ada kaitan tak kupasan aku?Macam tak well-organised je? Tak pelah, janji boleh faham dan menjawab soalan seseorang tentang isu cik puan serang suami yang viral.Psst.... Nasib baik tak serang menari-nari macam cerita Madu Tiga.Akhir kata,jadilah seperti isteri Encik Jamil yang nombor 3.Nama dah tak ingat.... Hihihi!Ingatan untuk para suami...  ISTERI BUKANLAH HAK MILIK MUTLAK SEORANG SUAMI HINGGA AKHIR HAYAT.JADI BILA DAH TERLEPAS, JANGAN NAK PAKSA-PAKSA BEKAS ISTERI BALIK SEMULA.( Tak malu betul laki orang yang bersanding atas pelamin tu ye?)

Image result for NYAMUK
Ingat perempuan ni nyamuk ke?

0 comments:

Post a Comment