Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, January 26, 2016

Mengumpat Fasha waktu azan.

    Aku tak kenal FASHA SANDHA secara peribadi.Aku juga bukan peminat tegar FASHA SANDHA.Tapi aku rasa aku tau apa yang FASHA rasa apabila bercerai dengan suami.Orang memang hanya tau melabel macam-macam.Mentang-mentang Fasha baru 4 tahun berumah tangga, segala yang buruk dilemparkan padanya.Seolah-olah airmata Fasha di perkarangan mahkamah syariah, serupa dengan airmata dalam drama.Kesian Fasha.Tiada wanita normal yang waras akal fikiran, yang bernikah untuk bercerai!Apatah lagi apabila rumah tangga yang dibina atas dasar cinta.

   Move on je Fasha!Peduli apa orang nak kata.Janda muda ke.Janda meletup ke.Persetan!Fokus pada anak-anak je.Andai ada jodoh, menikah lah lagi.Peduli pada kata-kata sumbang masyarakat yang serba tahu!Tak perlu dedahkan punca berceraian kerana itu hanya akan menjadi senjata dan bakal memakan diri sendiri.Yang penting terus sabar dan redha menerima apa juga ujian Allah.Allah lebih mengetahui.Jangan takut pada umpat keji orang.Tapi hanya takut kepada Allah yang maha esa.Moga hidupmu lebih diberkati dan bahagia.

Image result for fasha sandha

Tiba-tiba terasa nak tulis entry ni kerana ada orang yang asyik dok mengata Fasha 
walau pun azan sedang berkumandang.

Friday, January 15, 2016

Set make up Dato' Aliff

   Bukan nak iklan ye.Cuma sekadar perkongsian pendapat.Tengah hari tadi, sambil-sambil aku mencuci pakaian, aku tertonton rancangan di TV3.Wanita Hari Ini kalau tak silap.Aku tengok sambil lalu je tapi bila terdengar suara Dato' Aliff Syukri, pengarah urusan D'Herbs, aku terus terpikat nak menonton.Bukan sebab suara dia tapi sebab produk dia yang nampak menarik.Produk kali ini adalah set make up yang terdiri dari lipstik kollagen, diamond foundation dan celak arab.

   Model yang dipilih pun cantik walau pun sebelum memakai make up.Mula-mula wajah model ada bintik-bintik hitam.Tapi lepas disapu foundation tu, bintik hitam terus hilang!Ha...Produk macam ni la baru betul magic!Aku pasti ramai yang terpikat nak beli.Apa tah lagi Dato' Syukri ni bijak kerana harga produk dia sangat mampu milik.Untuk set make up tu cuma RM59.90!Bak kata Dato' Alif Syukri, bukan orang kaya je mampu beli, orang kerja kerajaan, swasta, kilang, malah makcik-makcik cleaner pun boleh beli!Cayalah!

set makeup

Terlajak laris!

Salam baju lembab

   Salam Jumaat yang mendung.Pakaian masih lembab di ampaian kerana mesin basuh rosak.Hebat sungguh nenek moyang kita zaman dulu.Dahlah tak de mesin basuh, air paip pun tak de.Mandi, membasuh dan lain-lain semua di telaga atau pun di sungai.Aku baru kena uji sikit, mesin basuh rosak, dah menggelabah.Nasib baik rumah ayah dekat.Sambil jenguk emak, ayah, tumpang basuh baju.Tak payah hantar dobi.


10 tahun tu tapi 3 tahun je dah keok.

Thursday, January 14, 2016

Guru duka lara

   Hari ni aku nak beli suratkhabar.Nak baca berita tentang GURU DUKA LARA.Siapa yang tak tahu makna GURU DUKA LARA, bolehlah baca suratkhabar hari ni.Sebagai penjawat awam, kami, para guru rela je ditugaskan di mana-mana.Tetapi andai terpisah antara suami isteri, bukan setahun dua tetapi hingga anak naik ke darjah satu, memang duka laralah kami.Jadi, jika benar mulai 15 Januari ini, kami boleh memohon tukar mengikut pasangan masing-masing, alhamdulillah.... Andai sebaliknya , duka laralah kami... Eh!Kami pulak.Aku tak termasuk dalam kumpulan guru duka lara.Walau pun aku memang duka lara.Lain kes. Ok.Jumpa lagi.

Tuesday, January 12, 2016

Ini jawapannya...

   Terima kasih kepada yang masih sudi singgah sama ada teman-teman blogger atau yang lain.Juga kepada anak-anak murid dan ibu ayah anak-anak murid yang ramai bertanya kenapa kurang update blog berbanding tahun-tahun sebelumnya.Jawapannya adalah kerana kesihatan yang tak menentu.Terharu tau sebab tak sangka ada juga yang sentiasa mengikuti .Rindu tu memanglah rindu tapi terpaksalah dengar nasihat doktor untuk lebihkan rehat.Maklumlah biasanya sempat untuk blogging selepas selesai tugas maknanya selepas 11 malam.Tapi dr marah tidur lewat jadi tak dapatlah kerap sangat blogging.Inshaallah...jika keadaan mengizinkan, blog ni akan lebih kerap dikemas kini.Hmm... Rasanya cukuplah dulu.Jam dah pukul satu... dah lewat sangat masa untuk bobok. Assalamualaikum semua!



Selalu pukul sebelas je jadi macam ni.

Let's have a break!