Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, August 27, 2016

..... dan bahtera itu pun belayar

   Hari ini... sebuah lagi bahtera memulakan pelayaran... Moga pelayaran yang ditempuh, tiada badai taufan yang melanda... Moga pelayaran yang bermula, akan tiba ke destinasinya... Moga takkan ada lagi bahtera yang musnah ... seperti bahteraku.... Karam di lautan impian....Yang tak sepatutnya wujud... Aku redha....Terima kasih Allah...

Friday, August 26, 2016

21 tahun usia.....

   21 tahun.... Ye 21 tahun... Bukan usiaku tapi 21 tahun tempoh perkhidmatanku sebagai seorang pendidik.Sepanjang 21 tahun berkhidmat, pelbagai pahit maung dunia pendidkan telah ku himpun. Ibarat seorang bayi, 21 tahun telah menjadikannya seorang gadis mekar. Dengan kata lain, telah cukup lama aku berkhidmat.

   Dengan tendang terajang dunia pendidikan masa kini, aku rasa mereka yang benar-benar berjiwa kental saja mampu menghadapinya.Bukan mudah mendidik insan baru kenal dunia dengan seribu satu ragam.Apatah lagi andai sekolah tempat berkhidmat, adalah sekolah buat anak-anak hampir tak menjadi.

   Namun aku bersyukur kerana setakat hari ini, aku tak pernah menghadapi apa-apa masalah dengan anak-anak didikku.Ngeri bila ku dengar anak-anak yang baru belajar terbang, berani berkata lucah, memaki malah mengugut seorang guru!Kereta tercalar boleh dibaiki namun andai hati guru tercalar, mengajar pun jadi tak sepenuh hati!Namun aku percaya, para pendidik di luar sana cukup gagah menghadapi apa juga rintangan mendatang.Mudah-mudahan....

Tuesday, August 23, 2016

Si Sabina si salamangka!

      Sebelum apa-apa, aku mohon maaf dulu tau.Bukan aku tak sayang Malaysia tapi aku cuma tak berapa seronok menonton drama bersiri Malaysia. (Buat masa ini) . Oleh kerana masa yang tak berapa nak ada, aku cuma dpata mengikuti dua drama bersiri dan kebetulan kedua-duanya dari Filipina. Drama pertama, tajuknya Magika (Sebut mahika) .Drama ni best sebab aku boleh berangan ala-ala tinggal di negeri kayangan.Negeri Saladin, setting of the place cerita ni cantik sangat.Dengan bunga-bunga yang berkembang mekar dan saiz besar pulak tu!Hui... Kalaulah Malaysia ni cantik macam tu!

   Selain pemandangannya yang indah, aku suka drama ni kerana lakonan mantap para pelakonnya.Contohnya Angel Lochsin dan Dennis Trillo yang memegang wtaak hero dan heroin, si Sabina dan si Argo.Walau pun Angel Lochsin ni taklah sejelita Marian Rivera tapi lakonannya sangat bagus.Lebih-lebih lagi babak menangis.Sampai tersedu-sedu dengan air hidung pun keluar!Selain watak protagonis, watak antagonisnya betul-betul buat penonton rasa geram.Terutama sekali watak si Juno, salamangka item @ ahli sihir hitam aka jahat, lakonan Katrina Halili.Betul-betul punya jahat!

   Dari segi cerita, walau pun berbelit-belit, tapi susunan plotnya cukup cantik.Pada aku yang tak de ilmu drama ni lah.Orang lain aku tak tau.Setiap siri ada unsur suspens yang buat aku tertunggu-tunggu sambungan seterusnya.Tu belum cerita tentang unsur-unsur dunia ahli sihir tu.Dengan cahayanya, rama-ramanya, dan macam-macam lagilah.Best oo! Dari segi kostume, walau pun ada yang terlebih seksi, dengan lakonan mantap, penonton tak perasan pun pakaian tu seksi maut.Tapi seksi-seksi pun, pakaian tu semua cantik-cantik!Pendek kata, aku suka sangat siri Magika ni.Kalau ada masa, tontonlah sendiri ye.



Image result for magika angel lochsin

Si Sabina @ Angel Lochsin


Image result for magika angel lochsin



Image result for magika angel lochsin

Si Argo @ Dennis Trillo dan yang baju kolar hijau tu Abedin Hamir

Image result for katrina halili majika

Ha.. Inilah si ahli sihir jahat ya ampun lakonan Katrina Halili


Image result for ebrio magika

Ini pulak ayah si Sabina, si Garam ( Nasib baik tak si Gula)
 dan ibu tiri @angkat@mak sedara si Sabina , si Ayesha 

Monday, August 22, 2016

Hingga hujung nyawa....

  Sabtu, 13 Ogos 2016... Sekali lagi aku berpeluang berjumpa sahabat setelah berpuluh tahun tak jumpa.Yang pelik tu, kami tinggal bukan jauh sangat.Mmmmm..... Cuma Allah baru tentukan , hari Sabtu, 13 Ogos tu kami berjumpa.Syukur alhamdulillah.... Mudah-mudahan, ukhwah yang terjalin, akan kekal hingga hujung nyawa...





Saturday, August 20, 2016

Lenalah dalam doaku, sayang!

   Sewaktu entry ini aku siapkan, dah lebih sebulan Kasmir tinggalkan aku.Tinggalkan untuk selama-lamanya.Walau pun dah agak lama, aku masih rindu pada Kasmir.Aku rindu dengar suaranya.Aku rindu untuk melihat mata kuyunya.Aku juga rindu untuk memeluknya!Namun apa daya, Allah lebih sayangkan Kasmir.

   Sebenarnya aku terkilan kerana aku tak berpeluang lebih awal untuk menyelamatkan Kasmir.Selalunya setiap hai Kasmir balik bermanja dengan akuMenunggu aku di depan pintu dan kemudian minta didukung!Tetapi, minggu terakhir usianya, aku terlalu sibuk dengan kerja.Hinggakan aku tak sedar Kasmir tak pulang!Hanya selepas empat hari barulah aku sedar kehilangan Kasmir.

   Aku cari di mana-mana.Aku tanyakan di group WhatsApp barulah aku dapat tahu rupanya Kasmir ada tak jauh dari rumah.Kasmir di rumah jiran sebelah.Dengan segera aku pergi dapatkan Kasmir.Malangnya Kasmir langsung tak mahu keluar dari bawah meja tempat persembunyiannya.Kasmir kenapa?Selalunya Kasmir segera dapatkan aku bila ku panggil.Kemudian, aku alihkan meja tempat Kasmir bersembunyi.Ya Allah!Rupanya Kasmir cedera parah!

   Luka di belakang Kasmir dah melarat.Ku lihat ulat memenuhi luka tersebut.Kesian Kasmir.Kalaulah aku tahu lebih awal, akan ku jaga lukanya agar segera sembuh.Kemudian, tanpa menghiraukan bau busuk akibat luka yang terrdedah, aku segera mendukung Kasmir.Hari itu juga ku bawa Kasmir ke klinik.Keadaan Kasmir kritikal.Rupanya Kasmir dah terhidrat.Doktor beri harapan 50-50.Aku tinggalkan Kasmir untuk rawatan dan aku bergegas ke sekolah.

   Belum pun sehari ku tinggalkan, Kasmir tak mampu terus bertahan.Akhirnya Kasmir pergi juga. Walau pun aku masih ada 4 lagi saudara Kasmir di rumah, bagiku ia tetap takkan sama.Takkan pernah ada lagi kucing kurang upaya yang terteleng-teleng tak cukup imbangan.Takkan ada lagi makanan bersepah akibat susahnya Kasmir untuk makan.Takkan ada lagi si gagah yang setia menanti setiap kali aku pulang sekolah.Meskipun aku terkilan, jauh di sudut hati... aku berdoa moga Kasmir tahu betapa aku sayangkannya.Takkan ada dua atau pun tiga.Selamat tinggal Kasmir!



















Lenalah dalam doaku...

HRMIS hamis sungguh!

   Ops!Sorry!Tajuk bukan cari kontroversi tau.Sekadar melepaskan rasa stress sebab tak dapat-dapat nak hantar maklumat perisytiharan harta.Bagi penjawat awam, aku wajib buat perisytiharan harta.Tak kiralah sama ada ada harta atau tidak.Jadi, terpaksalah aku log on ke HRMIS.Masalahnya dah beratus kali aku cuba, masih gagal nak hantar!!! Grrrrrrrrrrrrr!!!!  Ada je yang tak kena.Mmmmm....... Tapi nak marah orang lain pun tak boleh.Semua ni salah aku sendiri sebab buat kerja last minute.Hari ni last kena hantar.Kalau tidak..... Malulah aku sebab tak ikut due date! Alahai! 

Image result for hrmis

HRMIS ... Please be kind to me.
Harapan terakhir.... Tunggu adik aku tolonglah jawabnya.
Sebab dia dah siap.

Let's have a break!