Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, January 13, 2017

Tak semua lelaki sama

   Assalamualaikum.Salam Jumaat 13 Januari 2017 yang indah.Hari ini sempat singgah blog BEN ASHAARI, blogger hebat sifu aku dalam dunia blogging sejak dari 2010.Padaku BEN ASHAARI bukan semata-mata hebat kerana sisi yang biasa kita lihat, tetapi juga kerana sisi lain yang tak dimiliki oleh kebanyakan lelaki di luar, iaitu seorang bapa kepada tiga anak yang penyayang dan bertanggung jawab.

   Dalam realiti kehidupanku, aku juga mengenal seorang bapa seperti Ben Ashaari, yang tanpa jemu menjaga, mendidik dan memberi segenap kasih sayang berserta tanggung jawab kepada 3 orang anak .Cuma bezanya, dialah bapa dan dialah juga ibu kerana statusnya sebagai bapa tunggal.Meski dengan badan ala-ala body builder dan profession yang tak semua orang mampu terajui, dia tak kekok berapron memasak, membasuh, mengemas rumah, menggosok baju dan segala tugas seorang ibu untuk anak-anak.Aku tersentuh!Ternyata masih ada lelaki sebaik ini!

   Moga Allah memberkati hidupnya dan anak-anak, bahagia dunia dan akhirat.Cukup.Aku tak mampu terus menulis.Tiba-tiba rasa sebak.Maafkan aku kerana pernah melabel semua lelaki sama!Semua lelaki tak guna!.......................................................... Catatanku berhenti di sini.





















   

Tuesday, January 10, 2017

Aku dan Facebook.

   Aku dan Facebook.Baru lagi rasanya.Baru setahun jagung.Facebook adalah pelarianku dari dunia pendidikan yang melelahkan.Ye, aku seorang pendidik.Namun aku juga insan biasa.Punya rasa, hati dan perasaan.Aku hanya menjadi diriku sendiri.Menulis apa yang aku rasa.Jiwang? Itu bukan pilihanku tetapi mungkin itu adalah aku.Bagiku ia anugerah kerana jiwaku begitu.Mungkin kerana itu juga ilhamku sentiasa hadir untuk menulis dengan hasil fikiranku sendiri.Bagiku ia biasa namun terlihat indah bagi yang tahu menghargai.Justeru ada insan yang dengan zalimnya mencuri hidup-hidup setiap postingku di Facebook!Aduhai!Tak perlulah disalin hasil tulisanku yang terkadang aku sendiri yang memahami.Kasihanilah aku yang merasa sakitnya tulisanku dinodai!   Postingku di Facebook jarang terkait hal agama.Bukan aku tak islamik namun bagiku amalanku biarlah hanya yang maha Esa yang tahu.Aku tak mahu riak atau takbur.Meski terlihat sering berdendang,tak bermakna solatku kecundang!Insha Allah... Jangan hakimi aku. 

Mana lencana awak?

   Yang!Mana lencana awak? Aku tanya anakkku? Patah teacher!Dengan muka tak berdosa, anakku menjawab.Patah?Aku pelik.Macam mana lencana boleh patah?Lencana tu bukan dibuat dari kayu.Aku tanya pulak anakku yang seorang lagi.Lencana awak pulak mana? Dengan bibir tersenyum, si bujang 13 tahun dengan muka 10 tahun, menjawab,... Koyak cikgu! Aduh! Yang tadi patah.Yang ni pulak koyak!Kami bercakap tentang 'lencana' yang berbeza ke?

   Aku terdiam sekejap.Yang!Lencana yang macam mana yang awak kata patah tu?Aku tanya anakku yang mula-mula tadi.Dia bangun dan menuding jari ke arah kawan d sebelahnya. Itu!Katanya sambil menunjuk tag plastik yang tergantung di leher.Aduh!Itu bukannya lencana!Kata ku dalam hati.Aku tanya pula anakku yang kedua.Lencana awak yang macam mana?Si bujang kuat tersengih di depanku, menunjukkan kertas bertulis nama yang koyak separuh.Aduh!Masak!Terfikir dalam hati.Rupa-rupanya anakku yang dua ketul ini tak tahu apa itu lencana!Seorang  plastik tag dan seorang lagi kertas biasa dalam tag!Memang lah bertulis nama tapi itu bukan lencana!Aduhai!Enam tahun di sekolah rendah, lencana pun tak de dalam kamus kata awak anak-anakku.Tu belum lagi aku tanya, ... Where's your badge?Besar nampaknya cabaran kami sebagai pendidik ni. 

Kisah asal : Puan Norleha Guru kelas 1 Elit.
Kelas KRK / KAA : Jangankan badge, belajar pun guna skan kod bar di buku teks.




Izinkan aku beradu kerana aku lelah

      Hari ini, aku melayan 1001 kerenah ibu bapa anak-anakku. Dari hal sekecil terlupa duit bekal hinggalah hal besar yang tak patut diceritakan meski pun kepadaku guru anak-anakku.Kata orang, kerja mendidik itu mudah.Cukup masa, goyang kaki balik rumah.Namun, orang tak tahu, sekali bergelar cikgu, di mana-mana juga cikgu.Andai dulu perantara hanya telefon rumah, namun zaman canggih kini dengan hanya hujung jari,ibu bapa anak-anakkku dan anak-anakku, dapat hubungi aku meski pun di waktu aku baru nak melelapkan mata di atas katil jam 2 pagi!

   Aku tak marah namun berpada-padalah.Aku letih seharian di sekolah.Pulang ke rumah, buku dulu yang ku capai ,bukan pinggan mangkuk periuk belanga dan sebangsa dengannya.Aku lelah.Berilah aku sedikit waktu untuk diriku sendiri.Pembelajaran alaf 21 bukan mudah bagi mereka yang mengalah.Justeru, andai anak-anak diminta membuat tugasan sekolah di rumah yang memerlukan pendekatan canggih, bantulah.Jangan dikata kami guru bercita-cita terlalu tinggi ibarat tak mengukur baju di badan sendiri.Kami hanya menurut perintah. Mengapa perlu dibantah sedangkan pendidikan setaraf Finland itulah yang selalu diminta?

   Aku lelah.. Izinkan aku beradu sebagai seorang guru.Dengan izin Nya, esok akan ku layan lagi seribu satu kerenah ibu bapa anak-anakku. Namun, berpada-padalah kerana aku bukan pengasuh di sekolah meskipun aku sayang anak-anakku yang beribu itu.Salam Ukhwah...

Image may contain: one or more people, sky, text and outdoor

Aku hanya insan biasa yang ingin ruang waktu ku sendiri bersama dia yang tercinta.

Let's have a break!