Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, September 2, 2018

Aku bersyukur kerana....

  Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi mengasihani,aku mulakan coretan hari ini.Sesungguhnya saat ini Aku ingin memanjatkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi. 

   Pertama,atas kurniaan nikmat kesihatan yang tak mampu ku beli dgn wang ringgit.Walaupun belum sembuh sepenuhnya,aku bersyukur kerana tak perlu berumahtangga di hospital.Home sweet home...Syukur sangat-sangat.Yang masih sihat,jagalah kesihatan selalu.Kalau ada masalah,jgn terlalu difikirkan sgt hingga memudaratkan diri sendiri.Relax je.

   Kedua,atas kurniaan bahagia berkeluarga.Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui tsunami yang pernah melanda hidup aku.Tapi syukur alhamdulillah saat ini laut tenang tanpa gelora.Hidup berumahtangga mmg perlu kesabaran,tolak ansur dan sebagainya.Yg paling penting,ada komunikasi antara suami isteri.Kalau tidak,alamat karamlah kapal yg dikemudi.Apatah lagi andai nakhodanya hanya pentingkan diri sendiri.

   Ketiga,aku bersyukur kerana boleh menjadi diriku sendiri.Baik atau buruk,inilah aku.Tak perlu lagi terlalu memikirkan tentang kebajikan org lain.Bersyukur juga kerana keluarga dan cinta hatiku boleh menerima aku seadanya.Cemburu mmg ada.Ia mmg patut wujud tapi aku anggapkan ia hanya sebagai bisikan syaitan iblis laknatullah.Andai suamiku tak jujur,ITU antara dia dgn Allah.Dosa adalah dosanya.Bukan aku.Jadi tak perlu aku ikutkan hasutan mereka yang dengki dan iri hati.Yang penting anak-anak juga ikut bahagia.Alhamdulillah...

   Akhir sekali,sebagai seorg isteri,aku bahagia kerana walaupun tidak berpangkat dan bergaji besar,makan minumku dan anak-anak ditanggung oleh suami.Suatu nikmat yang dinafikan sebelum ini selama 25 tahun.Hanya mereka yg pernah merasa tahu betapa besar Dan bermaknanya nikmat ini.Syukur alhamdulillah....Semoga segala kurniaan ini akan tetap jadi milikku hingga akhir hayat...


No more loneliness


Friday, July 27, 2018

Kau dah kenapa mancing dalam masjid?

   Patutlah aku rasa tak sedap hati sehari dua ni.Rupanya ada kes yang akan berlaku.Hari ni baru lah aku tahu. Sebelum ni, kalau anak murid aku @ aku jadi guru tingkatannya, kena tarik telinga ke apa dengan cikgu lain pun aku rasa sedih, rasa down... ini kan lagi kena tahan @tangkap? dengan polis dan dibawa ke balai polis dengan kereta polis.Sedihnya!!!Ku sedih sungguh sedih!Lagi la bila pentadbir kata, aduh cikgu!Cikgu buat apa sebagai guru tingkatan?

   Rasa nak menangis time tu jugak!Bukan nak membangga diri tapi selama ni memang dah terlalu banyak aku tolong anak-anak murid aku.Bukan setakat beri pen (beri tau, bukan pinjam) malah duit belanja makan pun kalau ada yang datang mengadu kata tak de duit, aku tetap hulur walau pun masa tu hujung bulan.Hatta beri duit untuk beli beras pun pernah!Tapi bila berlaku kes terpencil seperti ni, jari semua dituding ke muka aku.HELLO!Aku cuma guru tingkatan ye.Rapat macam mana pun aku ada life aku sendiri.Dengan anak-anak aku.Dengan suami aku.Budak tu ada mak malah ada 3 bapak!

   Itulah masalahnya.Ada 3 bapak tapi semua bapak hampeh.Bapak kandung ke bapak tiri sama je tak boleh pakai.Nak salahkan maknya pun tak boleh.Bukan pilihan dia untuk kawin cerai kawin cerai dan jadi miskin tapi tu semua sebab spesis jantan tak guna yang cuma tau wujudkan anak tapi tak tau jadi bapak!Keparat!Sampai anak mancing duit tabung masjid!Tugas aku tamat di sekolah.Masa budak tu lebih di rumah.Pilih kawan pulak yang bawa petaka.Mak sibuk kerja jadi memang tak sempat nak pantau anak.Tapi,jangan salahkan mak dia sebab seburuk-buruk  mak, takkan ajar anak memancing duit tabung masjid.

   Seharian aku rasa down.Sampaikan kucing lalu pun aku rasa nak beri penampar!Astaghfirullah....Aku tak pasti di sekolah lain tapi di sekolah aku ni sangat-sangat jarang ada kes mencuri dll di sekolah.Anak-anak murid@ didik kami cukup terdidik.Tapi kes berlaku di luar kawasan sekolah. Walau pun dengan uniform sekolah, tali leher dan lencana sekolah, tak adil kalau kami, guru sekolah, terus dilabel sebagai gagal mendidik.Buktinya, anak murid aku yang memancing di masjid tu, tak de pun kes disiplin di sekolah.Di luar sekolah bukan bidang tugas kami, guru jadi tak adillah kalau kami sahaja yang disalahkan.Tolonglah faham...

    Sampai saat ini aku rasa down.Kemurungan aku ... Rosak program nak berjimba-jimba dengan happynya.Tak de mood. Nasib baik la hari ni cuti.Aku hanya mampu berdoa moga cepatlah kemurungan ini berlalu pergi.Malas nak fikir lebih-lebih tapi otak ni degil.Berfikir juga sampai nak lena pun susah.Aku tak habis fikir sebab si pemancing masjid ni anak yang cukup baik, rajin dan berbudi bahasa.Jadi, itulah.... sebab kemiskinan, syaitoooon durjana berjaya menjadikannya seorang pemancing.Memancing di kolam je lah nak oi!Tambah kemurungan aku bila dia kata, terpaksa mencuri sebab nak beli beras.Mak cuma ada RM1.20!Allahu..... Tambah kemurungan aku kerana minggu lepas budak ni jugalah yang belikan aku sepasang pin tudung berharga RM10.Huhuhu!




Dah... belajar ajin-rajin.Jangan memancing lagi.






Wednesday, July 25, 2018

Grab vs Frenzt Ride-Hailing

  Sejak kereta hilang, setiap hari aku naik Grab.(Sebelum ni naik Uber).Pengalaman setakat hari ni, alhamdulillah.Cuma sekali betul jumpa pemandu Grab yang rasa aku nak cucuk biji mata dia.Grrrr...Aku nak cerita dalam entry yang akan datang.Tapi untuk hari ini, aku nak cerita the pros and cons naik Grab.Dengan kata lain dalam bahasa mudah lidah Melayu, keburukan dan kelebihan naik Grab.

   Aku sedar naik Grab ni macam memperjudikan nyawa dan juga nasib.Kalau tak silap, pengguna Grab tak dilindungi insuran. Kalau berlaku apa-apa, alamat kojol macam tu je la.Opps!Tapi nak naik teksi, mmmmm....memang gtak lah.Mahal!Bas pulak ok cuma masa tak sesuai dengan jadual aku yang perlu sampai cepat ke sekolah.Jadi nak ke tak lepak mamak ehh  terpaksalah naik Grab.

   Hari ni aku naik Grab lagi tetapi ditakdirkan berjumpa dengan pemandu Grab yang tau tentang Frenzt Ride-Hailing.Sumpah ni first time aku dengar tentang Frenxt Ride-Hailing.Sebelum ni ada juga pernah dengar e-hailing tapi tak tau secara detail.Mengikut pemandu Grab bernama Mohd Nasir ni, Frenzt ni lebih kurang sama macam Grab cuma bagusnya tu , kami, penumpang dan pemandu dilindungi insuran.Selain dari itu, daftar je kita kan diberi RM2.Naik je pun dapat RM2.Dengan kata lain setiap kali menggunakan perkhidmatan Frenzt ni kita akan diberi RM2.Bukan tunai tapi bank in terus dalam akaun.

   Menarik tau!Servis ni dibangunkan oleh seorang anak Melayu, penuntut di UiTM mengikut kata Encik Mohd Nasir, pemandu Grab aku hari ni.Ada lagi faedah-faedah lain katanya.Rasanya menarik juga kan? Tengoklah hujung minggu ni aku cuba daftar dan guna servis ni pulak.Harap-harap ia tak la indah khabar dari rupa.Ada yang pernah cuba?Ada pengalaman atau apa-apa info?

Image result for frenzy ride-hailing malaysia

Bila hati rasa tak sedap.... Guru Tingkatan siri 1

   Alahai... Hari ni buat kerja semua tak menjadi.Kenapa entah.Hati rasa tak senang.Ni mesti syaitoon punya kerja!Nak suruh aku jadi pemalas la tu!Kan?Kan? Jadi, untuk mengelakkan pembaziran masa, aku pos entry la dulu.Kenapa entah tiba-tiba rajin dan bersemangat pulak nak blogging semula.Cukup-cukuplah dengan kenangan yang menghanyutkan.Tak de faedah nak bersedih lama-lama.Lantak ko lah!

   Hari ni aku nak cerita sedikit pengalaman aku sebagai seorang guru.Tahun ni aku sukarela mohon dengan pentadbir untuk jadi guru tingkatan.Tahun lepas aku penyelaras tingkatan.Dua-dua ada pros and cons.Tapi sejujurnya aku lebih suka jadi guru tingkatan.Aku tak suka jadi penyelaras dan selalu kena kejar cikgu-cikgu yang lambat sikit buat kerja.Lambat sikit je tau!*Blink!Blink!

  Tugas sebagai guru tingkatan bukan mudah.Kalau nak disenaraikan sehari suntuk pun tak siap entry aku ni.Jadi aku kongsi la sikit-sikit yang agak-agak penting.Ok...lepas je aku punch in, aku terus ke meja dan semak apa yang patut aku buat hari tu.Contohnya jumpa pelajar A untuk bincang pasal dot dot dot.Atau jumpa pelajar B untuk pulang resit ke apa and bla bla bla. Kemudian, terus ke dewan untuk ambil kedatangan.(Ini kalau tak de apa-apa program la.Kalau ada program, wajib la terus ke dewan.Semak apa patut nak buat otw ke dewan je)

   Di dewan aku kena semak kedatangan anak-anak kelas aku.29 orang je tapi wajib aku kenal sorang-sorang.Tak de la nanti anak murid sendiri pun aku tak cam.Tick nama sorang-sorang dalam jadual kedatangan atau register.Register ni dokumen yang sangat penting tau.Tak boleh dibawa ke mana-mana ikut suka hati.Lepas tick kehadiran, wajib terus beri pada penyelaras.Jadi untuk menyenangkan tugas aku sebagai gutu tingkatan, aku sediakan jadual kedatangan ala-ala register aku sendiri.Jadi mudah untuk aku rujuk 24/7 hatta dalam bilik tidur pun sebab aku boleh simpan sendiri.

   Bila dah tau siapa yang tak de dalam barisan, aku wajib contact parents. Kadang berjawab tapi selalunya tak.Agaknya parents menyampah kot sebab cikgu sibuk nak tau kenapa anak-anak dia orang tak datang.Tapi sebagai guru, aku kena la call.Takkan aku sesuka hati nak letak 'sebab ketidakhadiran' budak-budak tu.Whatsapp pun kadang blue tick je tapi hampeh tak sudi nak jawab.Huhuhu!Sedih tau!Dah la duit top up sendirian berhad.Tu tak campur rugi top up beri anak murid pinjam phone sebab nak call parents nak beritau macam-macam.Opps!

~ Ala... rasa tak sedap hati pulak.Sambung nanti la ye ~



Ni yang lama punya.

Tuesday, July 24, 2018

Cara untuk kekal sihat.

   Alahai ...  berdenyut-denyut pulak pergelangan tangan aku yang pernah retak.Walau pun dah 5 tahun berlalu, sesekali bisanya masih terasa. Takkan asyik nak telan pain killer je kan? Jadi, sudi apalah kiranya, mereka yang ada petua atau nasihat, kongsilah cara nak hilangkan atau kurangkan bisa akibat retak tulang ni.Sakit tau!Tapi, still positive. :-)

   Hal-hal lain, alhamdulillah...Aku tambah sihat walafiat. Dah boleh makan nasi yang dua tahun dulu aku rasa nasi tu macam ulat sampah.Semua tu dikawal dengan minda dan tentulah minda yang sihat.Betullah kata doktor yang merawat aku dulu, walau apa pun  dan seberat mana pun penyakit yang menimpa, selalulah berfikir positif.Redha dan percaya bahawa semuanya dengan kehendak Allah.Insha Allah, badan dan minda akan rasa lebih sihat.



   
 

Thursday, February 22, 2018

Allah maha mengetahui...


   Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. It sounds cliche. Biasa kita dengar.Tapi ia memberi seribu makna buat seorang sahabatku. Aku tak tahu di mana dia mendapat kekuatan untuk menghadapi apa juga masalah yang mendatang.Bila ku pandang wajahnya, dia kelihatan biasa. Happy.Bahagia.Senyuman sentiasa terukir di bibir. Namun, jauh di lubuk hatinya, sebesar-besar gelora sedang membadai.

   Pertama, dia pernah menjadi seorang isteri untuk tempoh masa yang cukup panjang. Segala tendang terajang dunia rumah tangga pernah dia alami.Dihina, dimaki, dicaci, ditipu dan macam-macam lagi.Namun dia tetap setia dalam rumahtangga yang zahirnya terlihat bahagia namun hakikatnya aku sendiri tak tahu.Kesabaran sahabatku setinggi gunung Kinabalu.Atau mungkin mencecah puncak Everest. Hinggalah suatu saat, dia tak mampu lagi bertahan apabila bekas suaminya menghina keturunan dan keluarganya. Dengan kekuatan yang entah datang dari mana, dia berjaya lepas dari sebuah perkahwinan yang palsu.

   Selepas lama sendiri, pintu hatinya diketuk oleh seorang lelaki.Puas aku memintanya untuk menunda hasrat menikah lagi namun dia yakin dengan pilihan hatinya. Menurut sahabatku, dia telah cuba mendapatkan petunjuk dengan melaksanakan istikharah. Bukan sekali.Tetapi 3 kali.Hasilnya memang jelas, katanya yang itulah dia anugerah yang Allah pilih untuknya. Aku mula nampak riak bahagia di wajah sahabatku.Senyuman sentiasa berbunga di bibirnya dan kali ini aku rasa jiwanya juga mula tersenyum bahagia.Alhamdulillah....

    Allah masih lagi ingin memuji sahabatku. Setelah lapan bulan bahagia melayari bahtera rumah tangga, kerana desak hati sahabatku sendiri, tanpa niat untuk menyelidiki, sahabatku mendapat tahu yang suaminya menipu!Sahabatku terbaca kiiman mesej di whatsapp ber 'mama', ayah, ber 'mama' papa! Ya Allah!Luluh rasa hatinya!Kalau akulah di tempat sahabatku, mau saat itu juga aku minta pisah!Ditipu hidup-hidup!Sadis!Musnah segala harapan dan impian!Bahkan bukan dengan seorang sahaja perempuan!Kalau akulah!Aku lapah jantan tu hidup-hidup!

   Anehnya sahabatku tetap tersenyum.Tetap tabah.Dua hari kemudian, kerana desak hati yang mulai curiga, sahabatku cuba mencari petunjuk lain.Ya Allah!Ujian apa lagi ditimpakan ke atas sahabatku!Rupa-rupanya selama ini dia bermadu!Yang anehnya, madu sahabatku tahu dari mula sahabatku berkenalan dengan suaminya, bertunang dan akhirnya menikah!Memang dasar penipu!Bukan setakat isteri si suami, keluarga, sahabat malah rakan sekerja juga tahu status suami sahabatku yang sebenarnya bukanlah duda!Hebat sahabatku kerana tetap mampu tabah.Aku yang mendengar rasa seolah-olah ingin ku cabut kepala manusia-manusia penipu itu satu-satu!Kurang ajar!

   Entah kekuatan dan ketabahan siapa yang sahabatku warisi.Atau mungkinkah kerana ia terlalu alim dengan menerima semua ketentuan Allah.Memang benar, Allah yang mengatur semuanya.Allah yang maha mengetahui.Namun, dia tak patut ditipu bahkan dicurangi suami yang sangat dia cintai.Tak patut!Aku rasa cukup marah!Ada lagi rupanya wanita seperti sahabatku.Berita terkini yang ku tahu, kononnya suami sahabatku telah mula meninggalkan perangai buaya dan hanya setia padanya.Entahlah!Susah untuk aku percaya seorang yang benama lelaki.Aku cuma mampu mendoakan yang terbaik untuk sahabatku.Mudah-mudahan pengorbanannya mendapat balasan pahala yang setimpal.Hingga ke hari ini ku lihat mereka masih lagi bahagia.Masya Allah.Aku terkelu.Hilang kata-kata untuk bicara.Kalau aku, aku tak sanggup!Bia aku hidup sendiri daripada dipermainkan lelaki. Mmmmm.... Moga kau bahagia, sahabatku.....

Let's have a break!