Thursday, February 22, 2018

Allah maha mengetahui...


   Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. It sounds cliche. Biasa kita dengar.Tapi ia memberi seribu makna buat seorang sahabatku. Aku tak tahu di mana dia mendapat kekuatan untuk menghadapi apa juga masalah yang mendatang.Bila ku pandang wajahnya, dia kelihatan biasa. Happy.Bahagia.Senyuman sentiasa terukir di bibir. Namun, jauh di lubuk hatinya, sebesar-besar gelora sedang membadai.

   Pertama, dia pernah menjadi seorang isteri untuk tempoh masa yang cukup panjang. Segala tendang terajang dunia rumah tangga pernah dia alami.Dihina, dimaki, dicaci, ditipu dan macam-macam lagi.Namun dia tetap setia dalam rumahtangga yang zahirnya terlihat bahagia namun hakikatnya aku sendiri tak tahu.Kesabaran sahabatku setinggi gunung Kinabalu.Atau mungkin mencecah puncak Everest. Hinggalah suatu saat, dia tak mampu lagi bertahan apabila bekas suaminya menghina keturunan dan keluarganya. Dengan kekuatan yang entah datang dari mana, dia berjaya lepas dari sebuah perkahwinan yang palsu.

   Selepas lama sendiri, pintu hatinya diketuk oleh seorang lelaki.Puas aku memintanya untuk menunda hasrat menikah lagi namun dia yakin dengan pilihan hatinya. Menurut sahabatku, dia telah cuba mendapatkan petunjuk dengan melaksanakan istikharah. Bukan sekali.Tetapi 3 kali.Hasilnya memang jelas, katanya yang itulah dia anugerah yang Allah pilih untuknya. Aku mula nampak riak bahagia di wajah sahabatku.Senyuman sentiasa berbunga di bibirnya dan kali ini aku rasa jiwanya juga mula tersenyum bahagia.Alhamdulillah....

    Allah masih lagi ingin memuji sahabatku. Setelah lapan bulan bahagia melayari bahtera rumah tangga, kerana desak hati sahabatku sendiri, tanpa niat untuk menyelidiki, sahabatku mendapat tahu yang suaminya menipu!Sahabatku terbaca kiiman mesej di whatsapp ber 'mama', ayah, ber 'mama' papa! Ya Allah!Luluh rasa hatinya!Kalau akulah di tempat sahabatku, mau saat itu juga aku minta pisah!Ditipu hidup-hidup!Sadis!Musnah segala harapan dan impian!Bahkan bukan dengan seorang sahaja perempuan!Kalau akulah!Aku lapah jantan tu hidup-hidup!

   Anehnya sahabatku tetap tersenyum.Tetap tabah.Dua hari kemudian, kerana desak hati yang mulai curiga, sahabatku cuba mencari petunjuk lain.Ya Allah!Ujian apa lagi ditimpakan ke atas sahabatku!Rupa-rupanya selama ini dia bermadu!Yang anehnya, madu sahabatku tahu dari mula sahabatku berkenalan dengan suaminya, bertunang dan akhirnya menikah!Memang dasar penipu!Bukan setakat isteri si suami, keluarga, sahabat malah rakan sekerja juga tahu status suami sahabatku yang sebenarnya bukanlah duda!Hebat sahabatku kerana tetap mampu tabah.Aku yang mendengar rasa seolah-olah ingin ku cabut kepala manusia-manusia penipu itu satu-satu!Kurang ajar!

   Entah kekuatan dan ketabahan siapa yang sahabatku warisi.Atau mungkinkah kerana ia terlalu alim dengan menerima semua ketentuan Allah.Memang benar, Allah yang mengatur semuanya.Allah yang maha mengetahui.Namun, dia tak patut ditipu bahkan dicurangi suami yang sangat dia cintai.Tak patut!Aku rasa cukup marah!Ada lagi rupanya wanita seperti sahabatku.Berita terkini yang ku tahu, kononnya suami sahabatku telah mula meninggalkan perangai buaya dan hanya setia padanya.Entahlah!Susah untuk aku percaya seorang yang benama lelaki.Aku cuma mampu mendoakan yang terbaik untuk sahabatku.Mudah-mudahan pengorbanannya mendapat balasan pahala yang setimpal.Hingga ke hari ini ku lihat mereka masih lagi bahagia.Masya Allah.Aku terkelu.Hilang kata-kata untuk bicara.Kalau aku, aku tak sanggup!Bia aku hidup sendiri daripada dipermainkan lelaki. Mmmmm.... Moga kau bahagia, sahabatku.....