Sunday, September 2, 2018

Aku bersyukur kerana....

  Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi mengasihani,aku mulakan coretan hari ini.Sesungguhnya saat ini Aku ingin memanjatkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi. 

   Pertama,atas kurniaan nikmat kesihatan yang tak mampu ku beli dgn wang ringgit.Walaupun belum sembuh sepenuhnya,aku bersyukur kerana tak perlu berumahtangga di hospital.Home sweet home...Syukur sangat-sangat.Yang masih sihat,jagalah kesihatan selalu.Kalau ada masalah,jgn terlalu difikirkan sgt hingga memudaratkan diri sendiri.Relax je.

   Kedua,atas kurniaan bahagia berkeluarga.Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui tsunami yang pernah melanda hidup aku.Tapi syukur alhamdulillah saat ini laut tenang tanpa gelora.Hidup berumahtangga mmg perlu kesabaran,tolak ansur dan sebagainya.Yg paling penting,ada komunikasi antara suami isteri.Kalau tidak,alamat karamlah kapal yg dikemudi.Apatah lagi andai nakhodanya hanya pentingkan diri sendiri.

   Ketiga,aku bersyukur kerana boleh menjadi diriku sendiri.Baik atau buruk,inilah aku.Tak perlu lagi terlalu memikirkan tentang kebajikan org lain.Bersyukur juga kerana keluarga dan cinta hatiku boleh menerima aku seadanya.Cemburu mmg ada.Ia mmg patut wujud tapi aku anggapkan ia hanya sebagai bisikan syaitan iblis laknatullah.Andai suamiku tak jujur,ITU antara dia dgn Allah.Dosa adalah dosanya.Bukan aku.Jadi tak perlu aku ikutkan hasutan mereka yang dengki dan iri hati.Yang penting anak-anak juga ikut bahagia.Alhamdulillah...

   Akhir sekali,sebagai seorg isteri,aku bahagia kerana walaupun tidak berpangkat dan bergaji besar,makan minumku dan anak-anak ditanggung oleh suami.Suatu nikmat yang dinafikan sebelum ini selama 25 tahun.Hanya mereka yg pernah merasa tahu betapa besar Dan bermaknanya nikmat ini.Syukur alhamdulillah....Semoga segala kurniaan ini akan tetap jadi milikku hingga akhir hayat...


No more loneliness